senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

7 Panduan Cara Didik Anak 2 Tahun Mampu Hafal 42 Surah

leav by leav
January 12, 2018
in Netizen
1.4k
SHARES
17
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Nurul Shahida Lukman, 27, akui anak tunggalnya, Ahmad Ziyyad Bin Mohd Zahir sudah memahami, kenal ABC dan nombor sejak berusia 8 bulan.

Mendengar anak kecil seusia 2 tahun 9 bulan ini memperdengarkan bacaan surah dari Al Quran. Allah, sejuknya rasa hati yang mendengar. Kita yang orang luar pun dah rasa seronok, mak dan ayahnya lagilah bahagia.

Posted by Viral Media Johor on Thursday, 4 January 2018

Memetik laman Mingguan Wanita yang menghubungi ibu hafiz cilik ini bertanyakan apakah amalan-amalan yang menjadi sandarannya sejak mengandungkan Ahmad Ziyyad, melalui fasa berpantang sampailah sekarang. Berikut perkongsiannya:

7 Panduan Tanpa Memaksa Anak Usia 2 Tahun Dekati-Hafaz Al Quran

Pertama: Masa Mengandung Saya Pun Baca Al Quran

Sepanjang mengandung saya amalkan membaca Al Quran dan beri Ahmad Ziyyad mendengar audio. Baby dalam kandungan dah boleh dengar dunia luar rahim.

Ini Surah Wajib Dibaca Ketika Saya Hamil

ADVERTISEMENT

Semasa hamil, ibu ini mewajibkan dirinya membaca surah-surah ini setiap hari. Iaitu surah Al Mulk, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Maryam dan surah Al Kahfi.

Kedua: Ini Makanan Yang Takkan Saya Ambil Waktu Hamil

Makanan semasa mengandung pun Nurul Shahida menjaga dengan penuh teliti.

ADVERTISEMENT

“Saya tak ambil minuman atau makanan yang ada kandungan kafien, makanan jajan pun saya tak makan.”

Ketiga: Hari Pertama Ziyyad Lahir Ini Amalannya

Dalam tempoh berpantang, tak adalah amalan-amalan yang lain. Saya berpantang macam biasa. Cuma sejak hari pertama dia lahir, saya dah beri dia dengan Al Quran.

Keempat: Pasang Juz Amma Dalam Kereta

Saya selalu pasang audio ngaji. Malah Saya selalu pasang juzz amma dalam kereta. Qari kanak-kanak pilihan saya untuk Ziyyad. Tak pernah pasang lagu-lagu dengan hiburan-hiburan dalam kereta.

BACA JUGA  Anak Degil Lebih Berkemungkinan Menjadi Orang Dewasa Yang Berjaya - Kajian

Saya tak nak bagi hati dia gelap. Susah nak terima ilmu. Qari favourite Ziyyad, Muzammil Hasballah dan Mishary Rashid. Yang ini saya selalu pasang di rumah sambil-sambil dia main.Saya gantikan hiburan lagu kanak-kanak dia dengan Al Quran.

Kelima: Ziyyad Sentiasa Dengan Saya

Kerjaya Nurul Shahida sebagai pemilik butik pengantin memerlukan wanita ini bergerak sentiasa. Ziyyad tak pernah ditinggalkan. “Kalau saya pergi setting pelamin pun saya bawa dia sekali.“Tak pernah tinggal, 24 jam ada dengan saya.”

Keenam: Saya Baca Al Quran Untuk Ziyyad Ikut

Selalu saya baca Al Quran bagi rangsang minat dia untuk ikut baca Al Quran sekali. Lepas maghrib, dia dah tau dah. Selesai saja solat dia akan ambil Al Quran, buka mana-mana surah yang dia nak.

“Saya tolong bacakan sepatah demi sepatah ayat untuk dia ikut. Lama-lama dia jadi lancar dan cam ayat Al Quran itu kat mana mula dan berhenti baca kat mana.”

Ketujuh: Saya Bukan Penghafaz Al Quran, Ziyyad Buat Saya Usaha Jadi Contoh Terbaik

Sejujurnya saya bukan jenis penghafaz Al Quran. Tapi sejak ada anak, saya berusaha untuk menghafaz sekali dengan Ziyyad supaya dia boleh ikut contoh yang terbaik daripada saya dan suami.

Banyak surah-surah yang saya hafal dulu untuk tunjuk ajar dia hafal. Bila Ziyyad biasa dengan Al Quran, ilmu-ilmu lain pun dia senang nak terima. Alhamdulillah sekarang dia dah mula pandai membaca. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook/Shahidah Lukman , Mingguanwanita.my

Tags: anakibu

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved