senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

Cara Mengelakkan Batuk Akibat Makan Buah Rambutan, Disini Ada Petuanya

Adenan by Adenan
January 17, 2018
in Tips
281
SHARES
65
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jika nak mengelakkan panas badan selepas makan buah durian, orang dulu-dulu, selalu nasihat agar minum air dalam kulitnya. Namun berlainan pula dengan buah yang paling manis ini, iaitu buah rambutan.

Banyak orang takut nak makan buah rambutan secara berlebih-lebihan, kerana bimbang masalah batuk. Bagi yang takut dan khuatir akan batuk berpanjangan, apa kata kita cuba cara yang dikongsikan wanita ini di facebooknya.

Menurut Muna Masrur, petua ini memang mujarab. Jadi penggemar buah rambutan jangan lupa cuba petua ini.

“Hidup dah lebih 20 tahun, baru tahu bahawa rambutan ada banyak jenis keturunan. Secara umumnya, kita ketahui bahawa cuma ada rambutan merah, rambutan kuning saja.

Baru-baru ni mak saudara bagi rambutan nama nasab keturunan nya, rambutan gula batu. Warnanya merah pekat ala maroon, buahnya juga amat manis ya, isi dan biji tak lekat apabila dimakan.

Aku mula takut nak makan. Takut batuk-batuk. Maklumlah baru saja baik dari batuk dan selsema. Orang tua tu paksa juga aku cuba.
Kata dia, “alah kau jangan takut la makan rambutan ni. Petua tak nak batuk, kau kopek dulu buah ni, lepas tu kau basuh dengan garam. Garam halus. Basuh lama-lama sikit. Lepas tu boleh la makan. Tak habis makan, simpan dalam tupperware. Letak peti sejuk.

Di rumah aku cuba lah petua ni. Alahai memang sedap manis, terasa sampai ke anak tekak. Isi dia tak buat gigiku menyelit. Isinya padat. Terasa ranggup bila dikunyah.

ADVERTISEMENT

Entah kebetulan atau petua ni memang mujarab, tak pulak kena batuk walau berisi isi rambutan masok perut. Alhamdulillah.”

Begitulah ceritanya bagaimana terdapat petua untuk mengelakkan batuk dalam makan buah rambutan ini.


Caranya ialah:
1. Kopek buah dan asingkan isinya.

2. Basuh buah rambutan dengan garam halus dan biarkan direndam sekejap.

ADVERTISEMENT

3. Boleh lah dimakan seperti biasa.

Sumber: Petuaibu.com

Tags: Batukpetua

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    430 shares
    Share 172 Tweet 108
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    147 shares
    Share 59 Tweet 37
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    234 shares
    Share 94 Tweet 59
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    121 shares
    Share 48 Tweet 30
  • “Sebab Nak 200k Tu Ke?” – Mangsa Buli Dah Meninggal Tapi Uqasha Senrose Tak Nak Tutup Kes?

    98 shares
    Share 39 Tweet 25

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved