senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Cara Berkesan Merawat Batu Karang Hempedu Secara Semulajadi

Adenan by Adenan
March 3, 2023
in Kesihatan, Tips
127
SHARES
2.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kebanyakkan pesakit yang menghidapi penyakit batu karang dalam hempedu, pastinya tahu betapa sakitnya bila tiba-tiba diserang kesakitan penyakit tersebut. Rasa nak putus nyawa kalau nak diluahkan dengan kata-kata.

Kali ini, kita mempunyai beberapa cara atau petua untuk menghilangkan batu karang ini, sama ada ia terhakis atau terkeluar sendiri.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati dan jauh lebih murah dari rawatan moden. Hanya sebagai peringatan kepada anda yang mahu mencuba, jangan sesekali meninggalkan ubat-ubatan yang diberikan oleh pihak hospital. Sebaik-baiknya gunakanlah seiring dengan rawatan alternatif ini.

Bila dah kena serang semula sakit hempedu ni, terus kita akan terfikir macam mana lah nak buat. Nak ‘operate’ sampai sekarang takut.

Cara ini disyorkan oleh Prof Dr. Hamid Arsyat dengan testimonial pesakit yang dah buat, keputusannya memang memberi impak positif.

Bahan-bahan

Epal Hijau- 30 biji (utk 6 hari)
Lemon (3 biji)- setengah gelas
Garam Epsom – 2 sudu teh
Minyak Zaitun/Olive Oil – setengah gelas)
Nota:

Epal hijau berfungsi melembutkan batu karang.
Minyak zaitun melincirkan batu karang keluar dari saluran hempedu.
Sebaik-baiknya, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

ADVERTISEMENT

Caranya

Hari 1 hingga hari ke 5

Minum jus epal minimum 4 gelas bersamaan 5 biji epal atau minimum 1 liter sehari.
1 gelas jus satu biji epal, (jika bulan puasa minum 2 gelas masa berbuka dan 2 gelas masa sahur). sebiji lagi makan begitu sahaja.
Kalau bukan puasa makan nasi seperti biasa dan seeloknya jangan makan banyak.

Hari Ke 6

6 pagi – Minum setengah gelas air suam dicampur 1 sudu teh garam epsom.
12 tengahari – Ulang minum air garam epsom.
6 petang – minum pati lemon (125ml) campur minyak zaitun (125ml) dapatkan anggaran 250 ml. Suamkan gelas untuk memudahkan campuran jus.

BACA JUGA  5 Risiko Kencing Berdiri Yang Harus Diketahui Oleh Setiap Lelaki

Waktu malam, jangan atau kurangkan pengambilan nasi.

Proses Pengeluaran Batu Karang

Tidur dan batu karang akan keluar keesokan paginya melalui pembuangan air besar. Proses pengeluaran batu karang yang keluar bewarna kehijauan dan biasanya terapung. Jangan terkejut jika batu yang keluar berjumlah lebih dari 100 biji bergantung pada keadaan hempedu kita ketika itu. Petua ni memang menjadi, lebih dari 50 biji batu karang keluar dari hempedu, Alhamdulillah.

ADVERTISEMENT

Untuk kesan lebih baik, 3 bulan akan datang detox akan di buat sekali lagi dan 6 bulan selepas itu sekali lagi. Petua ni juga elok diamalkan oleh semua orang untuk bersihkan hempedu dan hati.

***

Kesakitan akibat batu karang dalam hempedu boleh memberi kesan yang sangat buruk terhadap kesihatan dan kualiti hidup seseorang. Oleh itu, mencari cara untuk merawat penyakit ini adalah sangat penting. Terdapat banyak cara untuk menghilangkan batu karang dalam hempedu, termasuk rawatan moden dan alternatif.

Namun, penting untuk diingat bahawa setiap cara mempunyai risiko dan kesan sampingan yang berbeza-beza. Oleh itu, sebelum memilih cara untuk merawat batu karang dalam hempedu, pastikan anda memahami risiko dan manfaatnya dengan teliti. Jangan lupa untuk berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum mencuba petua atau rawatan alternatif yang tidak diiktiraf secara rasmi.

Sekiranya anda menghidapi penyakit batu karang dalam hempedu, jangan biarkan kesakitan ini terus berlarutan. Ambil tindakan segera untuk merawatnya dan jangan abaikan tanda-tanda awal. Dengan melakukan perubahan gaya hidup yang sihat, mengamalkan diet yang seimbang dan mencuba cara-cara merawat batu karang dalam hempedu yang berkesan, anda boleh memperbaiki kesihatan anda dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Source :
Facebook/Dr Hamid Arshat
BACA JUGA  Dulu Bongkok, Setelah Melakukan 4 Senaman Ini, Tulang Belakang Jadi Tegak
Tags: batu karanghempedukesihatan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved