senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Biarkan Anak Menangis Selagi Tidak Memudaratkan

Yuyue by Yuyue
March 14, 2018
in Family
44
SHARES
11
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Anak-anak dan tangisan sememangnya tidak boleh dipisahkan. Suka merengek, suka menangis, kadangkala anda sendiri tidak tahu apa puncanya anak anda menangis.

Jangan risau, itu adalah perkara biasa, namun bukan semua ibu bapa mampu bertahan dan akhirnya anak dimarah dan dirotan bagi menghalang mereka dari terus menangis, tetapi sebenarnya cara itu adalah salah. Jika tangisan tersebut tidak keterlaluan dan tidak memudaratkan anak, sebaiknya seketika biarkan mereka menangis.

Menurut seorang pakar kanak-kanak, Maryam Jamadi mengatakan bahawa tidak merbahaya bagi bayi bawah usia 2 tahun menangis tanpa tujuan kerana mungkin saja itu hanyalah salah satu cara mereka ingin menarik perhatian anda.

Biarkan mereka menangis

Bayi di bawah usia dua tahun memang akan menangis bila tidak mendapat apa yang dia mahukan. Sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tetapi menjadi masalah bila kita secara tidak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia mahukan demi tak nak anak menangis.

Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya apabila membeli mainan, bila kita dah biasa memberi apa yang dia mahukan seawal bawah usia dua tahun. Bila dah berusia 3-5 tahun, semakin susah untuk kita menghalangnya.

Walaupun nampak dalam skop kecil, “alah, murah je mainan”, “alah, takpelah kecil lagi”. Tetapi semakin dia membesar, semakin dia belajar yang “apa yang aku nak, aku mesti dapat”. Bila no means NO, ini kena train seawal usia bayi sebab inilah masa penting untuk develop kepercayaan.

Frustration tolerance

Sangat-sangat penting untuk perkembangan emosi anak, untuk persiapan ke dunia luar yang lebih mencabar. Kena ajar anak perasaan ‘frust’, tak dapat apa yang dia nak main, tak dapat apa yang dia nak makan, tak dapat apa yang dia nak pakai, tak dapat pergi ke tempat yang dia nak dan sebagainya.biarkan anak menangis, anak menangis, jangan cepat pujuk anak, ajak anak frustrated, Frustration tolerance, ajar anak Frustration tolerance.

ADVERTISEMENT

Ini kerana di dalam dunia sebenar, bukan semua apa yang kita nak, kita boleh dapat. Melainkan melalui usaha, tetapi usaha pun tidak menjamin kita akan mendapat apa yang kita mahukan.

BACA JUGA  Benarkah Anak Kedua Lebih Sukar Diuruskan Berbanding Anak Pertama?

Contohnya:

Anak jatuh sikit sebab terlanggar meja.

Mula-mula tengok respon dan keadaan. Kalau okay, kita kena biarkan dia dahulu dan terangkan kepada jatuh dan bagaimana nak mengelakkan terjatuh daripada kita terus berlari dengan reaksi muka dan suara terkejut.

Anak menangis nak coklat Kinder Joy.

ADVERTISEMENT

Sebelum pergi ke kedai yang ada menjual coklat jenama ini, kalau memang kita nak belikan, bolehlah minta dia siapkan kerja atau buat sesuatu dahulu baru dapat. Kalau dia mengamuk tantrum, biarkan dia. Bila dah okay dan tenang, barulah kita terangkan kenapa tak boleh (social story).

Anak menangis bila kalah main game.

Biarkan dia. Bagi dia rasa ‘frust’ dan belajar sendiri cara mengawalnya.

Anak mengamuk nak ikut kita keluar.

Biarkan dia settle ‘luahkan’ perasaan. Selepas itu barulah distract anak dengan benda yang lain.

Anak mengamuk tak nak makan sebab nak makan junk food.

Okay, tak payah makan. Nnati selepas masa makan, dia akan belajar yang bila skip makan, nanti lapar.

Kadang-kadang risau bila jumpa ada kanak-kanak berusia enam tahun masih makan bersuap, tak pandai pakai baju sendiri tetapi ABC, 123 pandai. Bukan sebab ‘developmental delay’ tetapi sebab semua A-Z mak yang buatkan. Selepas diberi ceramah 30 minit, sebulan selepas itu tiba-tiba terus pandai makan dan pakai baju sendiri. Biarkan anak menangis, anak menangis, jangan cepat pujuk anak, ajak anak frustrated, Frustration tolerance, ajar anak Frustration tolerance.

Semakin kita ‘overprotective’, semakin kita membesarkan ‘adult baby’

Tak perlu takut anak menangis, biarkan dia menangis sekejap selagi tidak memudaratkan. Biarkan dia belajar untuk ‘memujuk’ diri sendiri sebab menangis adalah salah satu cara untuk kita meluahkan perasaan.

BACA JUGA  Dugaan Semasa Bertunang: Tips Cara Menghadapinya

Anak lelaki atau anak perempuan, biarkan mereka menangis. Biarkan mereka bukan tanda kita tidak sayangkan mereka tetapi sebab kita mahu melatih mereka untuk cope dengan ‘frustration’.

Kita selalu dimomokkan dengan kata-kata, “lelaki tak boleh menangis”, ini salah. Menangis adalah proses natural yang Allah kurniakan kepada semua manusia untuk meluahkan perasaan, bukan untuk perempuan sahaja. Sebab itu, kebanyakan penghuni institusi mental adalah lelaki sebab mereka terlupa cara untuk meluahkan perasaan. Sebab apa? Sebab “lelaki tak boleh menangis”.

Mental kita seperti getah, kalau terlampau tegang, ia akan putus. Tugas kita kena menguatkan ketahanan ‘getah’ itu. Untuk mempersiapkan mereka menghadapi dunia yang mencabar.

Sekian bebelan saya.

Maryam Jamadi
Occupational Therapist

Sumber: Petuaibu.com

Tags: anak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved