senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh

leav by leav
March 15, 2018
in Hubungan
2.1k
SHARES
106
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tidaklah semua insan diduga dengan perkara yang sama, ada pasangan diduga dengan perkahwinan jarak jauh. Bukanlah satu perkara baharu tetapi telah berlaku sejak lama lagi atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Bezanya, jika zaman dahulu si suami keluar rumah berbulan-bulan lamanya kerana mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri. Pada zaman sekarang, isteri atau suami terpaksa berpisah kerana masing-masing mempunyai kerjaya di tempat yang berbeza. Buat yang tengah melaluinya sekarang, berikut tips yang anda boleh amalkan bagi mengukuhkan lagi hubungan cinta yang telah terbina.

Menerima dengan hati terbuka

Setiap pasangan perlu menerima segala yang berlaku sebagai takdir. Pasti ada kebaikan dan hikmah mengapa mereka terpaksa berjauhan selepas berkahwin. Lihat dari sudut yang sangat positif dan berusaha untuk menyatukan semula keluarga jika ada peluang bertugas di negeri dan tempat yang sama dengan pasangan.

Gunakan masa berkualiti bersama

Jika selalu berjauhan, sesekali pulang ke rumah pasangan. Pastikan anda menggunakan masa dengan berkualiti. Habiskan masa yang berkualiti bersama isteri dan anak-anak dan lakukan aktiviti bersama supaya ia dapat mengeratkan silaturahim dalam keluarga serta ikatan kasih dalam keluarga dapat dikukuhkan lagi. Buat aktiviti yang boleh melibatkan seluruh ahli keluarga seperti isteri suami dan anak-anak.

Yakin dengan kesetiaan

Setiap pasangan yang terpaksa melalui PJJ mesti yakin pada isteri atau suami masing-masing. Apa yang kita fikirkan adalah doa. Sekiranya kita fikir baik, maka baiklah juga yang kita peroleh sebaliknya jika kita fikir yang buruk, buruk juga yang kita dapat.

ADVERTISEMENT

Berkomunikasi

Di zaman serba moden dan teknologi yang canggih, berpisah beribu batu dapat dihubungkan dengan teknologi canggih seperti telefon, Internet, skype dan E-mel. Penggunaan teknologi dapat merapatkan hubungan suami dan isteri. Hubungi pasangan sekerap yang boleh. Bertanya khabar dan sentiasa meluangkan masa untuk bersms dan bercakap dengan pasangan melalui telefon dan sebagainya.

BACA JUGA  6 Tanda Teman Lelaki Sudah Bersedia Memperkenalkan Diri Kepada Keluarga Anda

Sentiasa berdoa

Melalui fasa perkahwinan PJJ memerlukan banyak kesabaran dan ketabahan diri. Sentiasa melihat sesuatu dari sudut kebaikan dan sentiasa berdoa. Satu senjata yang paling kuat bagi orang yang terpaksa tinggal berjauhan dengan pasangan ialah doa dan sentiasa dekatkan diri pada Allah.

ADVERTISEMENT

Sumber: Facebook

Tags: Cinta

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved