senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Ketahui 30 Perkara Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan Di Jepun

leav by leav
February 20, 2017
in Netizen, Travel
jep[un
0
SHARES
33
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Untuk menyesuaikan diri di negara orang memang agak susah, tapi anda perlu bersikap rendah diri supaya dapat belajar adat Jepun dengan cepat.

Jika anda ingin ke Jepun, anda hendaklah tahu selok belok adat masyarakat di sana. Kadang kala cara adat mereka tidak sama seperti kita di sini. Seperti kata pepatah: “Lain padang, lain belalang”.

Di tempat orang kita harus ikut cara mereka. Kalau mereka mengembek, kita pun mengembek. Kalau di kandang ayam, berkokok.

Untuk menyesuaikan diri di negara orang memang agak susah, tapi anda perlulah bersikap rendah diri supaya korang dapat belajar dengan cepat adat dan budaya mereka.

Semakin banyak pengalaman, semakin banyak ilmu pengetahuan yang kita dapat.

adat jepun
Foto: deenamik.com

Pelajari Adat Di Jepun, Ketahui Apa Yang Boleh Dan Tidak Boleh Dilakukan

Ini hanya beberapa kompilasi pengalaman peribadi sahaja. Setiap orang barangkali ada cerita dan kisah mereka yang berbeza dan tersendiri.

1. Orang Jepun ini ‘particular’ bab masa, mereka jalan cepat tak perlahan macam raksasa.

2. Jepun ini memang terkenal dengan kebersihan, walaupun tak pernah dengar hadis nabi dan ayat dari Tuhan.

3. Bila bagi laluan jalanraya terangguk-angguk sampai nak terhantuk, jarang sekali bunyi ‘hon’, keluar ‘stereng lock’ apatah lagi mengutuk.

ADVERTISEMENT

4. Meja makan di kedai dibersihkan sendiri, rumah takde ‘grill’ jarang sekali dimasuki pencuri.

5. Memang ada orang Jepun yang malas macam Nobita, tapi ramai yang rajin dan kuat bekerja tak terkata.

6. Dalam kenderaan awam kebanyakan mereka senyap, susah juga nak lihat kucing, anjing dan tikus merayap.

7. Generasi muda Jepun tak ambil peduli sangat pasal politik dan menteri, tapi bila ada skandal menterinya tunduk lama dan undur diri.

ADVERTISEMENT

8. Orang Jepun kurang yang obesiti, kemalangan jalanraya juga kurang kes mati.

BACA JUGA  Apa Rahsia Anak-anak Jepun Paling Sihat Di Dunia

9. Banyak ‘parking’ basikal bertingkat-tingkat, senyuman manis gadis Jepun boleh terpikat.

10. Memang tak salah Dasar Pandang Ke Timur, orang Jepun tak sama dengan mat saleh yang suka ‘two piece’ dan berjemur.

11. Orang Jepun jalan dan makan pun laju, depa panggil ‘shinkansen’ itu keretapi laju.

12. Elakkan cakap ‘mangkuk’ dan ‘cincin’ bila di Jepun, salah sebut susah nak minta ampun.

13. Jepun juga terkenal dengan manga dan animasi, hati-hati di ‘konbini’ ada majalah seksi.

14. Masuk ‘parking’ kereta kebanyakan undur bontot, orang Jepun la ni dah tinggi-tinggi tak lagi ketot.

15. Orang Jepun sanggup tunggu lama dan berdiri, masa di sekolah rendah banyak bermain dan berlari.

16. Kekurangannya banyak juga kes bunuh diri, tapi bab kerja memang terbaik dan tak lari.

17. Pertama kali jumpa mereka angguk dan jarang salam, bab Bahasa Inggeris memang suram dan kelam.

18. Di Jepun tak takut jalan seorang malam-malam, ayat ‘konnichiwa’ tu umpama salam.

19. Memanglah Jepun terkenal dengan Ultraman, tapi tak bolehlah suka-suka ambil gambar mereka wahai ‘cameraman’.

20. Minta izin dulu sebelum ambil video atau gambar, pastinya mereka suka dan tersenyum lebar.

21. Anak-anak kecil pergi sekolah jalan kaki sendiri, katanya nak latih anak berdikari.

22. Jepun ramai orang tua yang berumur, tak dinafikan negaranya aman dan makmur.

23. Mereka merokok ikut tempat bukan ikut suka, jarang sekali hisap rokok di tempat awam atau terbuka.

24. Banyak kelihatan kedai 24 jam atau ‘konbini’, urusan bayar bil, keluar duit dan macam-macam boleh di sini.

25. Di pasar dan kedai Jepun tiada sangat istilah sediakan wang kecil, tandas awam berbayar tiada dan di ‘konbini’ boleh singgah kalau nak terkucil.

BACA JUGA  Bos Dari Jahannam: Aisyah Hijanah Suka Maki Hamun & Jerit Di Pejabat?

26. Banyak tempat ‘shopping’ sediakan kaunter bayar sendiri, tapi susah pula nak jumpa yang cuba tipu atau lari.

27. Di Jepun jarang berlaku kejadian pecah tingkap kereta, tapi kereta tak bolehlah ‘parking’ merata-rata.

28. Pemandu teksi Jepun bawa kereta agak laju, tak tahu cakap Bahasa Jepun bagi sahaja alamat destinasi yang ingin dituju.

29. Kereta terpakai boleh dikatakan murah, bila bab kerja memang tenaga bagai diperah.

30. Bukan semua orang Jepun hidup senang dan selesa, walaupun selalu gempa bukanlah disebabkan Ultraman dan raksasa.

**Ini hanyalah beberapa kompilasi pengalaman peribadi. Setiap orang barangkali ada cerita dan kisah mereka yang berbeza dan tersendiri.

Source :
Facebook/Isma Addi Jumbri
Tags: adatjepun

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved