senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Tanda Teman Lelaki Tidak Lagi Mencintai Anda Tetapi Malas Mahu Berterus Terang

leav by leav
May 2, 2018
in Hubungan

Ilustrasi - Foto: pexels.com

5.6k
SHARES
222
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tiada formula khas untuk mewujudkan hubungan yang sihat. Setiap hubungan masing-masing mempunyai pola hubungan yang berbeza atau coraknya sendiri. Mewujudkan hubungan yang berkekalan mungkin rasa sukar. Ya, lebih kurang sama perihalnya seperti jatuh cinta.

Namanya juga hubungan mesti selalu ada masalah. Bercakap tentang masalah, kadang-kadang ada masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh salah satu pihak. Anda sebagai contoh, apabila ada sesuatu yang berbeza dengan kelakuan teman lelaki anda, anda akan melihat dengan teliti. Bolehkah anda menjamin bahawa dia sentiasa mahu menjalinkan dengan anda? Sudah tentu tidak. Oleh itu, tanda-tanda cinta kekasih sudah pudar berikut ini anda perlu sedar awal-awal. Mengolah dari laman Hipwee.com

Teks mesej yang anda hantar tiada balasan

Sebelum masalah berlaku, anda perlu bersedia terlebih dahulu. Terutama jika masalah berkenaan dengan kesinambungan hubungan anda dengannya.

Satu tanda bahawa dia telah mula tidak selesa dengan anda adalah apabila mesej yang anda hantar tiada balasan. Tiba masanya anda perlu waspada dengan mengingatkan lagi jika anda pernah melakukan sesuatu yang salah berkaitan dengan kekasih anda.

Semakin sukar bertemu walaupun tidak sibuk

Satu lagi tanda untuk menyiratkan bahawa hubungan anda tidak baik adalah dia enggan berjumpa dengan anda. Anda tahu bahawa sebenarnya teman lelaki anda tidak sibuk. Sudah terang lagi bersuluh, anda sudah tahu jawapannya. – aliffchannel.com

Bila bertemu-janji dia sibuk dengan halnya sendiri

Mungkin anda sering berjumpa dengannya, menghabiskan masa bersama-sama. Lihat sekali lagi adakah ada sesuatu yang pelik mengenainya atau tidak? Seperti ini, ketika dia sibuk lagi menjaga perkara lain, seperti mengurus kerja pejabat, bermain permainan telefon, atau mengelamun, bukannya bercakap dengan anda.

BACA JUGA  Percayalah, Tuhan Akan Menghantar Anda Orang Yang Tepat Pada Masa Yang Sesuai

Anda mesti peka bahawa sesuatu tidak betul. Ini bermakna dia tidak lagi mencintai diri anda.

Menjadi kurang terbuka

Ketika anda memancing-mancing cerita, dia malah menutup diri dan tak ingin berkongsikannya. Perkara seperti ini sudah cukup membayangkan bahawa dia sudah tidak merasakan cinta yang dulu dia rasakan.

ADVERTISEMENT

Dia tidak berlaku jujur

Anda sepatutnya dapat membaca hati budi teman lelaki anda. Jika dia seperti ini, anda tidak perlu menunggu dia bercakap mengenainya. Anda adalah satu-satunya yang harus lebih aktif dalam merangsang keterbukaannya.

Pilih waktu untuk bertanya masalahnya dan buatkan dia bercakap

Siapa yang tidak ketar-ketir menghadapi teman lelaki yang berubah? Digabungkan dengan ketertutupan dirinya terhadap anda menjadikan keadaan lebih menjengkelkan. Dalam situasi sedemikian, perlu diingat yang apa yang anda perlu anda lakukan ialah bersabar. Jangan biarkan emosi menguasai diri anda.

Tunggu waktu apabila dia selesa untuk bercakap, dan ketika itulah anda patut tanya apa masalah sebenar. Jangan bimbang atau mengesyaki dia akan meninggalkan anda. Mungkin dia hanya dalam fasa bosan. Yakinlah anda boleh menyelesaikan masalah ini dan setiap masalah itu ada jalan keluarnya. Bersikap terbuka dan carilah penyelesaian yang terbaik.

Semoga dengan mengetahui tanda-tanda di atas ini, anda boleh mengatasi setiap masalah anda dengan pasangan anda.

ADVERTISEMENT
Tags: Cinta

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved