Dengan rasanya yang manis dan lazat, durian salah satu buah yang digemari oleh rakyat Malaysia.
Selain lazat, durian yang mempunyai banyak duri besar tajam pada kulitnya ini sebenarnya menyimpan kelebihan kesihatan yang cukup banyak.
Buah durian adalah termasuk buah-buahan yang bersaiz besar dan termasuk buah terbesar dengan kulitnya berduri tajam dan keras.
Buah durian memiliki berat biasanya antara 1 kg – 4 kg, sementara diameternya boleh mencapai 15 cm hingga 30 cm.
Pokok durian tumbuh liar di hutan-hutan di Asia, seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand, dan terdapat juga yang tumbuh kerana ditanam, ini senario yang paling banyak.
Pokok durian akan berbuah apabila mencecah usia 4 tahun. Pokok durian akan terus membesar sehingga mencapai ketinggian 50 meter.
Pokok ini akan tumbuh selama usia mencecah beberapa dekad.
Isi buah durian biasanya berwarna kuning ke keemasan, namun ada juga yang isinya berwarna putih agak pucat (biasanya tidak manis).
Biji durian ada yang besar dan ada yang bersaiz kecil bergantung pada jenis-jenis durian itu sendiri.
Berikut adalah beberapa kelebihan untuk makan buah durian yang dijuluki raja buah untuk tubuh kita. Bersumberkan laman tempo.co.
1 Kaya nutrisi

Buah durian mengandungi pelbagai vitamin yang penting untuk tubuh. Antara lain adalah vitamin B, C, dan E.
Selain itu, durian juga kaya dengan mineral penting seperti zink, mangan, besi, natrium, magnesium, kalsium, kalium, dan fosfat.
2 Anti lemak buruk

Ramai orang berfikir bahawa durian mengandungi kolesterol tinggi. Sebenarnya, durian ini tidak mengandungi kolesterol dalam buahnya.
Durian mempunyai ciri-ciri antilipidemik. Iaitu, dapat membantu mengawal paras kolesterol dan lemak buruk (LDL) dalam darah.
Walaupun begitu, durian juga mengandungi kalori, jadi jangan kita makan banyak buah yang manis ini. – aliffchannel.com
3 Antioksidan

Durian mempunyai kesan antioksidan dari kandungan fenol, flavonoid, dan karotenoid. Antioksidan ini penting untuk mengatasi radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam badan.
4 Durian membantu masalah kesuburan

Menurut beberapa kajian, durian berpotensi mengurangkan risiko Polycystic Ovarian Syndrome atau PCOS. Keadaan ini merupakan salah satu punca ketidaksuburan pada wanita.
PCOS ditandai dengan munculnya kista-kista kecil di dalam indung telur atau ovari.
Kandungan pada buah durian dapat memperbaiki metabolisma glukosa dan lemak sehingga dapat mengurangkan rintangan insulin yang merupakan salah satu penyebab munculnya PCOS.
Akhir kata, perlulah juga diketahui secar umum bahawa bahaya durian paling parah adalah apabila dimakan bersama alkohol, kerana kandungan sulfur dalam durian akan menghalang metabolisma alkohol dan ini boleh mengakibatkan kematian.
Oleh itu, berhati-hati dengan buah ini, selain rasanya yang enak dan manis, terdapat juga sejumlah racun didalamnya.