senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

6 Tips Buat Ibubapa Agar Anak Membesar Lebih Bahagia

leav by leav
April 3, 2024
in Family

Ilustrasi - Foto: pinterest.com

39
SHARES
91
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Menghabiskan masa bersama di hujung minggu
  • 2. Menikmati makan malam bersama
  • 3. Mengajarkan anak untuk memiliki jiwa sosial yang tinggi sejak kecil
  • 4. Mengajarkan anak-anak untuk menganalisa dan mengatasi masalah
  • 5. Ibubapa perlu hindari stres, agar tidak mempengaruhi jiwa anak
  • 6. Jangan memaki, atau memukul anak

Buat ibubapa yang terlalu sibuk, waktu kebersamaan bersama anak adalah kurang. Ibubapa yang sibuk, menyerahkan sepenuhnya untuk pengasuh bayi dalam mengawasi anak mereka. Sementara, diri mereka pula sibuk di luar mencari wang sebanyak mungkin untuk masa depan si anak itu. Memetik laman brightside.me, 6 tips untuk ibubapa berikut ini agar anak membesar lebih bahagia walaupun sibuk:

1 Menghabiskan masa bersama di hujung minggu

Ibubapa yang mempunyai pekerjaan sebagai usahawan, pasti sukar untuk memiliki waktu kualiti bersama buah hatinya. Jadual kerja jam pejabat dari pagi hingga petang, dan kerap pulang ke rumah larut malam, menyukarkan waktu untuk bermain dengan anak. Tips terbaik untuk ibubapa dengan pola kerja seperti ini adalah, luangkan masa penuh bersama anak atau isteri pada waktu hujung minggu. Tinggalkan telefon pintar anda, dan raihlah waktu kebersamaan yang berkualiti dengan anak.

2 Menikmati makan malam bersama

Anak-anak yang hanya menikmati makan malamnya bersendirian, secara psikologi akan rasa depresi. Para pengkaji dan ahli psikologi mendapati bahawa, makan malam bersama orang tua, akan meningkatkan rasa kepercayaan diri anak, dan anak akan berfikiran positif.

3 Mengajarkan anak untuk memiliki jiwa sosial yang tinggi sejak kecil

Penting untuk mengajari anak-anak mengambil kisah keadaan orang lain dan memiliki jiwa sosial yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa orang-orang yang biasa mengekspresikan rasa syukur lebih suka membantu, menyayangi, dan memaafkan. Ditambah, mereka rasa lebih bahagia dan sihat. Didiklah anak-anak kita agar mudah bersyukur dan mengambil kiah pada sesama manusia.

BACA JUGA  Tugas Suri Rumah 2.5 Kali Ganda Lebih Teruk Berbanding Kerja Sepenuh Masa

4 Mengajarkan anak-anak untuk menganalisa dan mengatasi masalah

Di negara barat, ibubapa sudah mulai memberikan ruang yang lebih kepada anak untuk menghadapi dan menyelesaikan persoalan dan permasalan. Tetapi pola ini tentu tidak dibebankan pada si anak untuk masalah-masalah yang dirasakan sangat berat. Mulailah memberikan ruang ekspresi pada anak, agar si kecil mampu menganalisa setiap permasalahan dan persoalan yang kecil terlbih dahulu.

5 Ibubapa perlu hindari stres, agar tidak mempengaruhi jiwa anak

Kajian menyimpulkan bahawa perasaan dan stres ibubapa, secara langsung mempengaruhi ahli keluarga yang lain. Ibubapa yang mengalami tekanan emosi dan stres akan membuatkan anak-anak mereka merasakan perkara yang sama.

6 Jangan memaki, atau memukul anak

Memukul anak di bahagian dimanapun, walaupun dirasakan tidak membahayakan anak, adalah sikap ibubapa yang tidak bijak. Para ahli psikologi menyebut, anak-anak yang tidak pernah mengalami kekerasan fizikal atau makian dari ibubapanya, lebih berkemampuan mengendali emosi lebih baik, dan memiliki ingatan yang tajam. Tidak memukul anak, bukanlah bererti memanjakan anak-anak ya. Ada cara bijak lain bagaimana memberi hukuman jika anak kita melakukan kesalahan.

ADVERTISEMENT

Semoga anak semakin bahagia menbesar ya 🙂

ADVERTISEMENT
Tags: anak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved