senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

7 Sifat Wanita Yang Disukai Oleh Lelaki, Anda Yang Mana Satu?

Adenan by Adenan
June 28, 2018
in Hubungan

Ilustrasi - Foto: Tribun Bogor

586
SHARES
76
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sememangnya kebanyakkan lelaki mengidamkan wanita yang mempunyai beberapa sifat yang boleh menyebabkan mereka jatuh cinta.

Disini ada 7 ciri-ciri sifat wanita yang digemari oleh lelaki. Jadi, anda wanita yang macam mana?

Wanita yang prihatin

Walaupun lelaki tidak selalu menyatakan sifat yang disukainya, ternyata sikap prihatin adalah sikap yang paling disukainya. Lelaki akan merasai anda seorang yang sangat penting bagi hidupnya jika anda memberi lebih perhatian terhadapnya.

Wanita yang tidak mudah marah

Segala permasalahan yang berlaku terhadap hubungan kamu tidak seharusnya diselesaikan dengan kemarahan atau menuding jari. Lelaki lebih suka jika permasalahan boleh diselesaikan dengan cara yang berhemah dan tidak terburu-buru. Hal ini kerana dengan kemarahan anda, lebih membuatkan lelaki cepat berasa bosan dan boleh jadi si dia akan mencari orang lain yang lebih memahami diri mereka.

Memahami

Lelaki lebih suka wanita yang memahami tentang diri mereka, hobi, keperluan dan kehendak mereka. Hal ini akan membuatkan mereka lebih selesa dengan diri anda. Sudah tentunya anda akan lebih disayangi dan dicintai.

Tidak mudah cemburu

Perasaan cemburu sememangnya mesti ada pada setiap pasangan namun cemburu yang keterlaluan akan merimaskan perhubungan anda. Jadi adalah lebih baik untuk berasa kurang cemburu dan memberikan sedikit kepercayaan dalam hubungan anda. Hal ini kerana setiap orang mempunyai sebab tertentu dalam hubungan kawan pejabat atau kawan perempuan yang kadang kala tiada mempunyai perasaan yang lebih melainkan hanya teman biasa. Namun, perasaan cemburu juga merupakan salah satu sikap yang datang bila perasaan cinta dan sayang. Boleh cemburu tetapi memadai dengan keadaan.

Foto: Ilustrasi

Baik dan bijak

Siapa yang tidak menyukai pasangan yang baik dan juga bijak? Semestinya mereka sangat bangga jika anda mempunyai sifat baik dan bijak untuk ditunjukkan kepada keluarga mereka. Malah sifat baik ini akan membawa kebaikan dalam meneruskan hari-hari yang bakal ditempuhi dalam kehidupan seharian.

BACA JUGA  Cara Buat Bekas Kekasih Cemburu Dan Menyesal Memutuskan Hubungan

Menyukai anak-anak

Bagi wanita yang mempunyai sifat yang menyukai anak-anak, anda sangat bertuah! Hal ini kerana lelaki sangat menyukai wanita yang mempunyai sifat keibuan yang tinggi. Masa depan juga sangat cerah dalam hidup berkeluarga yang sangat dititik beratkan oleh kaum lelaki.

ADVERTISEMENT

Tidak kasar

Percayalah, kecantikan diri wanita itu semakin pudar dimata lelaki jika wanita itu bertutur kasar, dan berkelakuan kasar. Perkara ini tidak baik dalam perhubungan malah boleh melukakan hati dan perasaan lelaki itu.

Inilah antara 7 sifat yang disukai oleh lelaki. Jadi jangan putus asa untuk berubah menjadi lebih baik supaya terus dicintai dan disayangi oleh pasangan anda.

Sumber: vebma.com

ADVERTISEMENT
Tags: sifat wanita yang disukai

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved