senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Gajet

10 Smartphone Tercanggih Tahun 2018, Anda Pasti Teruja!

Adenan by Adenan
June 30, 2018
in Gajet

Ilustrasi - Foto: eWARTA MARA

203
SHARES
16
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dapat kita perhatikan tahun demi tahun, ada saja keluaran smartphone terbaru, dengan spesifikasi yang telah dikemaskini dengan peranti yang lebih canggih dari sebelumnya. Hampir setiap semua syarikat smartphone di dunia akan melancarkan siri smartphone dengan model terkini seperti Syarikat Samsung, Apple dan lain-lain. Melalui laman sesawang duahp.com, dapat kita lihat 10 ranking telefon pintar di dunia yang mampu bersaing hebat dalam kecanggihan telefon pintar yang ada pada zaman sekarang.

Pada tahun 2018 ini, banyak juga smartphone yang canggih di dunia yang akan menembusi pasaran smartphone dunia. Bukan hanya syarikat-syarikat besar saja yang menghasilkan smartphone tercanggih pada tahun ini, malah masih banyak lagi syarikat lain yang cuba untuk menembusi pasaran smartphone baru untuk bersaing mendapatkan Top 10 Smartphone Tercanggih 2018. Mari kita lihat beberapa jenis smartphone yang berada di tangga 10 teratas.

1 Samsung Galaxy S8 & S8 EDGE

Seperti biasa, setiap tahun Samsung sering tampil dengan smartphone Galaxy S series, dan bagi tahun 2018 ini Samsung menampilkan siri S8 dan S8 Edge yang terbaru dimana generasi S series ini selalu membawa perubahan spesifikasi yang dikemaskini dengan lebih canggih. Samsung Galaxy S8 series ini akan keluar dengan paparan skrin seluas 5.7 inchi dengan panel Super AMOLED beresolusi QuadHD. Menariknya, Samsung Galaxy S8 series akan dilengkapi dengan RAM sebesar 8 GB dan juga keluar dengan inovasi terbaru iaitu dua kamera belakang bersama kamera belakang berukuran 12 MP.

2 Apple iPhone 8 Series

Smartphone Tercanggih 2018 yang kedua iaitu iPhone 8 series, dimana Apple merupakan pemilik iPhone juga sering mengeluarkan siri terbarunya setiap tahun. Pada tahun 2018 ini Apple telah memperkenalkan siri terbarunya iaitu iPhone 8 series. Smartphone terbaru dari Apple ini juga akan mempamerkan konsep dan spesifikasi yang tak jauh berbeza. Dimana keluaran terbarunya mempunyai skrin seluas 5 inchi, kamera utama 12 MP, kamera depan 7 MP. Terkini, didalamnya dimuatkan dengan chipset Apple A11 dan iOS 11 yang akan menghiasi smartphone terbaru dari Apple.

BACA JUGA  13 Kesan Negatif Tidak Melarang Anak Guna Telefon Pintar Sejak Kecil

3 Xiaomi Mi6

Smartphone yang berada TOP 10 Telefon Tercanggih 2018 selanjutnya ialah Xiaomi Mi 6, dimana produk terbaru dari Xiaomi ini mempunyai prestasi yang sangat luar biasa. Hal ini disebabkan Xiaomi Mi 6 ini telah diperkukuh dengan chipset Snapdragon 835 dengan gandingan prosesor Octa Core dan juga RAM sebesar 6 GB.

ADVERTISEMENT

Menariknya lagi Xiaomi Mi 6 ini sangat hebat dalam fotografi, dimana telefon pintar Xiaomi Mi 6 telah hadir dengan dua kamera sekaligus pada bahagian belakang yang berukuran sebesar 12 MP. Selain itu pada bahagian skrinnya juga nampak mewah hasil resolusi skrin yang mencapai QuadHD serta teknologi 3D Touch display.

4 Asus Zenfone AR

Asus Zenfone AR merupakan telefon tercanggih yang dihasilkan oleh Asus. Ini kerana telefon pintar ini telah dilengkapi dengan spesifikasi yang belum pernah digunakan oleh smartphone Asus lainnya. Ia menggunakan tatapan skrin Super AMOLED yang berukuran seluas 5.7 dan memiliki resolusi mencapai Quad HD. Selain itu smartphone Asus Zenfone AR ini juga diperkuat dengan Chipset Snapdragon 821 yang dipadukan dengan CPU Quad-core dan juga RAM sebesar 8 GB.

ADVERTISEMENT

5 LG G6

LG juga tidak mahu ketinggalan untuk menjadi senarai 10 Smartphone Tercanggih 2018, dimana LG muncul dengan siri LG G6, berspesifikasi layar yang beresolusi Quad HD serta memiliki prestasi yang hebat dengan adanya chipset Qualcomm Snapdragon 830. Lebih hebatnya lagi smartphone ini juga keluar dengan dua kamera sekaligus pada bahagian belakang yang berukuran sebesar 16 MP.

6 HTC X10

HTC juga turut menghasilan smartphone canggih pada tahun ini, dimana HTC wujud dengan smartphone terbarunya, HTC X10. Smartphone ini memiliki potensi yang sangat hebat kerana penggunaan chipset Mediatek MT6755 Helio P10 yang berkolaborasi dengan CPU Octa-core. Tetapi pada bahagian belakang kamera smartphone ini masih bertahan dalam penggunaan satu kamera belakang sebesar 16 MP dan kamera depan berukuran sebesar 8 MP.

BACA JUGA  Hanya Orang Kaya Sahaja Yang Menggunakan iPhone Dan iPad - Ahli Ekonomi

7 Huawei Mate 9

Seterusnya smartphone yang masuk dalam senarai TOP 10 Hp Tercanggih 2018 adalah Huawei Mate 9, dimana siri Mate 9 dari Huawei memang merupakan siri premium. Sebagai siri premium, tentu saja smartphone ini datang dengan spesifikasi yang sukar seperti reka bentuk yang menawan serta skrin AMOLED Display seluas 5.5 inchi dengan resolusi QuadHd atau 1440 x 2560 piksel.

Selain itu smartphone Huawei Mate 9 ini dipasang dengan chipset buatannya sendiri iaitu HiSilicon Kirin 960 yang bekerja di atas OS Android Marshmallow. Didalam chipset tersebut, terdapat prosesor Octa-core yang berterusan dengan RAM 6 GB dan memori internal 128 G serta bateri sebesar 400 mAh. Ia mempunyai kamera belakang sebesar Dual 20 MP dan 12 MP serta kamera depannya berukuran sebesar 8 MP.

8 Coolpad Cool S1

Satu lagi smartphone yang masuk dalam senarai Smartphone Tercanggih 2018 iaitu smartphone hasil kolaborasi antara Coolpad dan Leeco, siri Coolpad Cool S1. Smartphone ini juga datang dengan kapasiti RAM 6 GB dan juga menggunakan OS Android v6.0.1 (Marshmallow). Selain itu, smartphone ini dibekalkan dengan chipset Snapdragon 821 dan prosesor Quad-core. Kameranya belakangnya pula sebesar 16 MP dan kamera depan sebesar 8 MP.

9 Oppo R9S Plus

Salah satu jenama smartphone dari China yang sedang meningkat popular iaitu Oppo. Ia juga memiliki sebuah smartphone bertaraf premium iaitu siri Oppo R9S Plus. Smartphone ini didalam senarai 10 Smartphone Tercanggih 2018 kerana ia dibekalkan dengan spesifikasi yang sangat baik. Kelebihan yang diutamakan dalam smartphone ini adalah adanya RAM 6 GB dan juga daya tahan bateri sebanyak 4000 mAh serta kamera belakang sebesar 16 MP.

10 Google Pixel XL

Smartphone terakhir yang termasuk didalam TOP 10 Smartphone Tercanggih 2018 ialah smartphone Android buatan Google iaitu siri Google Pixel XL. Smartphone ini sebenarnya telah dikeluarkan pada akhir tahun 2016 lalu, namun ia juga termasuk di dalam senarai Smartphone Tercanggih 2018 kerana ianya memang smartphone yang  pertama yang telah menjalankan OS Android v7.1 (Nougat). Selain itu smartphone Google Pixel XL ini juga telah hadir dengan spesifikasi yang sangat teliti di semua sisi, jadi sangat sesuai jika Google Pixel XL ini termasuk dalam senarai 10 Smartphone Tercanggih 2018.

BACA JUGA  Huawei Nova 2i, Telefon Pintar Murah Setanding Oppo F7 dan Vivo V9 Yang Patut Anda Miliki

Demikian antara 10 Smartphone yang tercanggih pada tahun 2018 yang mampu bersaing dalam pasaran telefon pintar di peringkat dunia. Semoga info ini sedikit sebanyak membantu anda dalam pemilihan telefon pintar yang bakal anda beli.

Tags: canggihsmartphonetelefon pintar

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved