senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Tips & Tricks

Aplikasi Whatsapp Business Mula Mengenakan Bayaran Terhadap Pengguna

leav by leav
August 2, 2018
in Tips & Tricks

Foto: TheCoverage.my

41
SHARES
27
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

WhatsApp Business yang mula diperkenalkan setahun yang lepas bagi memudahkan pelanggan berhubung secara terus dengan peniaga atas talian.

Pengguna akan mempunyai profil khas yang mengesahkan mereka adalah sebuah perniagaan. Ini membolehkan peniaga meletakkan alamat perniagaan, nombor telefon, emel, laman web dan maklumat mengenai syarikat pada bahagian profil.

Automasi pada sistem pemesejan membolehkan jawapan pantas diberikan kepada soalan lazim dan penghantaran mesej kepada pelanggan ketika peniaga sibuk untuk melayan pelanggan.

Pemilik perniagaan boleh berinteraksi dengan pelanggan secara lebih profesional. Namun, WhatsApp telah mengumumkan peniaga akan mula dikenakan bayaran untuk menggunakan beberapa fungsi aplikasi ini.

Pertama sekali pemilik perniagaan boleh membalas mesej yang dihantar secara percuma jika dijawab dalam masa 24 jam. Selepas itu, peniaga perlu membayar untuk menjawab mesej yang sama. Pada waktu yang sama, perniagaan boleh menghantar maklumat pengesahan alamat penghantaran dan pas penerbangan kepada pelanggan menerusi aplikasi ini.

Iklan di Facebook pula akan menyokong penghantaran mesej WhatsApp terus kepada perniagaan. Butang untuk berbual dengan pegawai perkhidmatan pelanggan menerusi WhatsApp turut boleh dipaparkan pada laman web.

Dengan sokongan perniagaan yang lebih menyeluruh ini, WhatsApp akan akhirnya menjana pendapatan seperti perkhidmatan lain di bawah syarikat induk Facebook.

Sumber: Whatsapp

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  10 Bandar Tempat Tinggal Terbaik Buat Para Gamer Di Dunia
Tags: aplikasiWhatsapp Business

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved