senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

7 Tanda Anda Seorang Yang Berfikiran Kreatif

leav by leav
August 17, 2018
in Lifestyle

Foto ilustrasi - pixabay.com

202
SHARES
90
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tidak semua orang diberkati dengan akal fikiran yang kreatif sejak lahir. Sebagai seorang dengan daya fikir kreatif, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai kelebihan sebagai pengasas. Daripada tujuh tanda berikut ini, berapa nombor yang anda perolehi?

1. Anda sering dianggap berbeza

Ramai menganggap anda adalah seorang yang berbeza. Ini kerana anda mempunyai daya fikir dengan perspektif yang banyak dalam menjawab pelbagai permasalahan. Perspektif unik pada diri anda membuat anda mempunyai identiti yang berasingan. Di sini, pemikiran berbeza dengan orang lain bukanlah maksud untuk mengasingkan diri.

2. Suka dengan cabaran dan perkara-perkara baru

Anda seorang yang senang untuk mencuba perkara baru adalah salah satu petunjuk bahawa anda seorang dengan daya fikir yang kreatif. Anda tidak takut untuk mencuba dan sentiasa cuba menerokai potensi diri anda dan mengekspolarasikan kepekaan teknik sosial anda. Terima kasih kerana ‘suka’ ini menjadikan anda lebih memahami tentang apa yang diperlukan oleh orang lain. Dan anda menjadi pengasas untuk perkara ini.

3. Pengetahuan anda tidak terhad

Seorang yang ada daya fikir kreatif adalah seorang dalam memberi pandangan adalah relevan dengan luasnya ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Dalam berfikir, mereka cenderung untuk membandingkan perkara yang mereka tahu dan kemudian membuat persediaan untuk menjadikannya sesuatu yang baru.

Foto Ilustrasi

4. Mempunyai mentaliti yang kuat

Daya fikir kreatif adalah seorang dengan mental yang kuat. Ini kerana, cara berfikir yang berbeza tidak sering difahami oleh orang lain sering membuat mereka dijatuhkan. Lihat sahaja kisah-kisah pengasas terkenal sebelum berjaya dalam kerjaya mereka.

5. Anda seorang yang dinamik

Anda bukan orang yang dapat bertahan dengan satu perkara sahaja. Seorang dengab daya fikir kreatif adalah orang yang mudah menyesuaikan diri dan menerima sebarang perubahan. Di dalam fikiran anda, bahawa semua perkara pasti akan berkembang.

BACA JUGA  Kerap Lambat Tanda Anda Seorang Yang Kreatif

6. Trend semasa tidak mempengaruhi cara anda melihat dunia

Mempunyai identiti dan perspektif anda tersendiri membuat anda tidak terlalu terpengaruh dengan trend masa kini yang ada. Anda adalah orang yang rasional dan tahu bahawa trend sentiasa berubah-rubah mengikut keadaan semasa. Sebaliknya, anda lebih berorientasikan ke arah trend yang seterusnya.

7. Pandai membaca peluang

Seorang berfikiran kreatif adalah seorang yang mengamati sesuatu perkara supaya mereka mengetahui kekurangannya. Mereka mempunyai sensitiviti yang tinggi dan gembira dapat menghasilkan sesuatu yang baru untuk menampung keinginan yang tidak terpenuhi.

ADVERTISEMENT

Cukup 7 tanda yang menunjukkan anda seorang yang berfikiran kreatif. Berapa nombor di atas ada pada diri anda?

Semoga urusan anda dipermudahkan dan mempunyai hari-hari yang baik!

ADVERTISEMENT
Tags: fikirankreatif

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved