senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Tanda Anda Bersemangat, Berjiwa Besar & Mampu Lalui Kegagalan!

leav by leav
August 21, 2018
in Lifestyle

Unsplash/Kendyle Nelsen

65
SHARES
21
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dalam kehidupan ini, kita kerap menghadapi keadaan yang tidak dijangka dan kegagalan pula berlaku. Pada masa itu, kita merasakan bahawa sesuatu yang besar telah memukul mentaliti atau diri kita.

Perasaan kecewa, sedih, marah menguasai. Sebaliknya, orang yang lebih mudah mengabaikan pengalaman buruk sebenarnya adalah orang yang mempunyai ketahanan mental yang kuat. Orang seperti ini lebih bersedia dan sanggup menerima kekalahan, mereka lebih mudah bergerak ke hadapan.

Ramai orang yang berjaya tidak benar-benar kisah dengan pengalaman jatuh bangun yang mereka alami. Mereka hanya rasa gembira apabila melakukan sesuatu, bangkit semula apabila mereka gagal, dan terus melakukan apa yang membuatkan mereka puas dan selesa. Adakah anda juga jenis orang seperti ini? Berikut adalah tujuh tanda-tandanya.

1. Hala tuju hidup anda adalah passion anda

Foto ilustrasi – Unsplash

Tidak semua orang berani memilih untuk mengikuti minat yang mereka mahu. Banyak perkara yang diambil kira kerana orang yang memilih mengikuti kata hati nurani kadang-kadang harus menghadapi orang yang tidak menyokong apa yang mereka lakukan. Mementingkan passion bermaksud anda bersedia untuk tidak makan, bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu yang telah memberikan anda makna kehidupan. Mengimbangi idealism dan realiti kehidupan sememangnya tidak mudah, tetapi anda mampu berjalan di antara kedua-duanya.

2. Masa dan pengalaman adalah perkara yang paling berharga buat anda

Tidak semua orang boleh menghargai masa mereka yang ada, walaupun mereka memerlukan lebih banyak masa untuk bangun ketika mereka gagal. Tetapi anda tidak seperti orang-orang yang tidak dapat menggunakan masa mereka secara produktif. Daripada duduk kerana penolakan yang berlaku di sini dan di sana, anda adalah jenis orang mengetahui keutamaan dan apa yang akan dilakukan seterusnya. Pengalaman merupakan guru yang paling berharga untuk mengasah kemahiran.

BACA JUGA  Boleh Mati Jika Tidak Dirawat, Ambil Tahu Apa Itu Batuk Kokol & Gejala

3. Anda menghormati dan menghargai proses

Foto ilustrasi – Unsplash

Setiap pekerjaan dan kerja keras yang anda lakukan tidak semestinya terbentuk dengan serta-merta. Orang seperti anda akan menghormati orang lain yang telah berjaya melalui proses yang panjang dan mencapai titik kejayaan tertentu.

Bagi anda orang seperti ini harus dihargai. Anda juga jenis orang yang bekerja keras yang kebal terhadap pelbagai masalah. Mereka yang telah gagal tetapi masih mempunyai hati adalah jenis orang seperti ini.

4. Kekalahan yang paling jelas untuk anda apabila anda berhenti, bukan apabila anda gagal

Foto ilustrasi – Unsplash

Anda tahu untuk mencapai destinasi anda terdapat banyak laluan yang boleh diambil. Satu cara mungkin akan hilang, tetapi seperti taman labirin ala filem Maze Runner, anda boleh menggunakan jalan lain sehingga anda sampai ke penamat.

ADVERTISEMENT

Jika anda telah terhenti untuk beberapa sebab, anda tidak mudah putus asa dan tidak pernah berhenti sebelum mendapat apa yang anda mahukan. Inilah yang anda alami sebagai orang yang berjiwa besar menghadapi apa yang ada dalam hidup anda.

5. Anda menjadi lebih bermotivasi apabila anda jatuh

Daripada rasa rendah diri atau musnah dan tidak dapat berdiri lagi, kegagalan sebenarnya mencetuskan semangat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Kegagalan adalah langkah pertama supaya anda dapat mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mencapai matlamat hidup yang anda inginkan.

Mungkin anda kini berada di titik terendah dalam hidup anda, tetapi anda percaya bahawa selalu terdapat sesuatu yang lebih besar yang dapat dicapai kemudian. Tentunya dengan semangat berterusan dan pemikiran yang lebih realistik dalam mencapai sasaran yang akan dicapai.

6. Anda adalah jenis orang yang boleh introspeksi sendiri

Foto ilustrasi – Unsplash

Apabila kegagalan mendekati, anda juga tahu bahawa ada perkara yang perlu diperbaiki. Bukannya anda tidak mahu menerima kelemahan ini, tetapi anda lebih mengetahui apa yang menyebabkan anda tidak berjaya mencapai impian anda. Anda tahu lebih baik bahawa ada perkara yang perlu ditangani.

ADVERTISEMENT

Anda mempunyai pandangan bahawa apabila anda memerlukan kebenaran, akan ada kesilapan datang terlebih dahulu untuk menunjukkannya. Itulah cara mereka yang masih boleh berlapang hati, boleh belajar dari pengalaman yang telah dialami.

BACA JUGA  9 Tips Agar Sentiasa Kurus Walaupun Banyak Makan

7. Anda lali terhadap setiap masalah

Mentaliti anda lebih diasah dan akan menjadi lebih kuat seperti besi yang terus menerus semakin keras. Anda tidak takut terhadap semua cabaran kehidupan di masa hadapan, anda adalah bebas dan boleh membungkus kesukaran menjadi memudahkan. Membuat apa yang kelihatan mustahil menjadi tidak mustahil. Itulah watak peribadi anda yang berhati luas, seluas Laut China Selatan.

Akhir kata, ada beberapa tanda di atas ini di dalam diri anda? Kethauilah, semua orang mengalami kegagalan, tetapi mereka yang terua menerus bersemangat meningkatkan dan menetapkan hasrat mereka akan lebih mudah untuk maju ke hadapan. Begitu juga dengan apa yang anda alami.

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved