senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Gajet

Tips Ambil Gambar Bulan Yang Cantik Menggunakan Telefon Dan Setanding Kamera DSLR

leav by leav
August 27, 2018
in Gajet, Tips & Tricks

Foto: cbc.ca

748
SHARES
1.3k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Bulan sudah pasti kelihatan indah menghiasi suasana pada waktu malam dan kadang-kadang kecantikkan cahaya bulan membuatkan kita mahu mengambil gambar di angkasa tetapi tiada kamera yang bersesuaian.

Jangan putus asa, tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan kamera DSLR, dan cuma gunakan kamera telefon pintar anda yang kami petik dari pelbagai sumber di internet.

1 Gunakan tripod telefon pintar

Foto: cbc.ca

Jika anda mengambil gambar bulan pada waktu malam, anda pasti akan menghadapi keadaan yang kurang terang. Kamera telefon pintar biasanya akan menyesuaikan exposure atau shutter speed secar automatik apabila berada dalam keadaan cahaya yang rendah.

Sekiranya kelajuan shutter speed berada dalam keadaan yang perlahan atau long exposure, foto biasanya akan nampak bergegar dan kurang fokus. Atas sebab ini, anda memerlukan tripod dalam keadaan ini.

Tripod ditambah ciri timer yang biasanya terdapat pada kamera telefon pintar akan membantu anda menghasilkan foto yang lebih tajam apabila merakam gambar bulan.

2 Pilih tempat mengambil gambar yang betul

Foto: cnet.com

Memilih tempat yang tepat tentu akan memberi kesan kepada hasil foto anda. Pilih tempat yang cahaya rendah dan pencemaran udara tidak terlalu tinggi dan tidak mengaburkan cahaya bulan yang indah.

Tempat megambil gambar yang betul juga boleh menunjukkan skala perbandingan antara bulan dan objek-objek sekitarnya. Sebagai contoh, pantai boleh memaparkan bulan-bulan yang berhampiran dengan ufuk horizon atau angkasa.

3 Gunakan telefon pintar yang berkebolehan

Foto: cbc.ca

Mengambil gambar bulan tidak perlu menggunakan kamera DSLR yang canggih yang terlalu mahal. Tetapi kualiti kamera telefon pintar yang baik juga diperlukan supaya foto tidak mengecewakan.

ADVERTISEMENT

Telefon pintar seperti iPhone 7 Plus mempunyai beberapa ciri yang sangat berguna untuk mengambil gambar objek tertentu seperti bulan.

BACA JUGA  Biarkan Dia Bosan, Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar

Ciri-ciri ini termasuk dalam mod manual yang boleh digunakan untuk tetapan yang lebih fleksibel, dan juga ciri zum optik yang berfungsi untuk memperjelas objek tanpa perlu memecah imej.

4 Perhatikan komposisi gambar

Foto: newsweek.com

Ramai mengatakan komposisi sangat mempengaruhi sama ada foto itu baik atau tidak. Ini juga penting ketika mengambil gambar bulan. Anda boleh mengaktifkan garis grid yang biasanya berada dalam tetapan kamera telefon pintar anda.

Garis ini berguna untuk membantu anda mencari objek utama. Komposisi yang baik biasanya meletakkan objek dalam salah satu daripada empat titik grid. Anda juga boleh mengalih keluar elemen yang tidak sepadan dengan tema foto anda. Tetapi anda juga perlu mengekalkan elemen yang baik supaya ia tidak terpotong atau di luar frame gambar.

ADVERTISEMENT

5 Jika perlu, gunakan alat bantuan

Foto: skyandtelescope.com

Gerakan bulan sangat optimum apabila menggunakan kanta teleskop. Tetapi jika anda menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan alat seperti teleskop atau teropong. Konsep ini memerlukan anda untuk meletakkan dan menyelaraskan kamera dengan lensa mata (eyepiece) yang dipasang pada teleskop.

Tags: fotografikameratelefon

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved