senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Gajet

Ini Telefon Yang Patut Miliki, Dilengkapkan 4 Kamera A.I Terkini Dengan Selfie Yang Sempurna

leav by leav
September 6, 2018
in Gajet
432
SHARES
14
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram



Huawei telah memperkenalkan peranti telefon terbaru dengan ciri premium yang baru sahaja memasuki pasaran telefon pintar di Malaysia. Huawei Nova 3i, seperti pada nama yang terkenal pada kameranya, adalah satu telefon pintar yang didatangkan dengan empat kamera.

Huawei Nova 3i

Foto ilustrasi – GSM Arena

Nova 3i ini dihadirkan dengan aspek paparan skrin 6.3 inci, resolusi Full HD+, dengan layar top notch. Jika anda seorang yang tidak menyukai top notch ini, anda boleh menghilangkannya pada halaman tetapan pada EMUI 8.2.

Perkara utama yang menarik perhatian adalah gradasi warna biru dan ungu pada salah satu warna variasi untuk telefon Huawei Nova 3i. Huawei menyebut warna corak yang menawan mata itu sebagai Iris Purple. Gradasi warna Nova 3i Iris Purple adalah sangat mirip dengan corak warna pada telefon perdana Huawei P20 Pro, variasi warna Twilight. Dengan gradasi warna ini, Nova 3i tampil berbeza dari telefon mid-range yang lain. Selain itu, anda juga boleh memilih warna hitam atau putih (pearl white).

Dengan pemacu pemprosesan Octa Core 2.2Ghz atau dikenali juga sebagai Kirin 710 yang terbaru, Huawei Nova 3i dibina dengan keupayaan kecerdasan buatan A.I, anda akan dapat rasai perbezaan yang ketara pada kelancarannya, contohnya ketika anda bermain permainan video namun tanpa perlu lagging! Huawei 3i juga disematkan RAM 4GB dengan pilihan ROM 128GB.

Untuk penggemar selfie, 128GB ini sudah cukup memudahkan mengambil foto tanpa membuang semua gambar-gambar cantik anda yang terdahulu kerana masalah storage, ini biasanya terjadi pada telefon yang majoritinya bersaiz kapasiti 64GB.

Huawei Nova 3i turut didatangkan dengan bateri berkapasiti 3,340 mAh. Bukan itu sahaja, dengan berteraskan pengurusan kecerdasan buatan atau A.I power management, bateri telefon Nova 3i malah mampu bertahan lebih dari sehari. A.I power management ini menguruskan dan memberi prioriti tertentu pada aplikasi-aplikasi yang anda kerap gunakan dan mengoptimumkan penggunaan tenaga bateri untuk setiap aplikasi-aplikasi telefon yang menyenangkan hari-hari anda.

BACA JUGA  5 Ciri Baru WhatsApp Yang Akan Dikeluarkan Pada Awal 2019

Dengan penjimatan bateri ini, anda tidak perlu lagi mengecas bateri telefon ada 2 atau sehingga ke 3 kali sehari. Walaupun ada banyak telefon murah yang berada di pasaran yang didatangkan juga dengan pengecasan bateri pantas tetapi tidak seperti Huawei Nova 3i ini yang baterinya mampu bertahan sehingga lebih dari sehari.

Soal fotografi pula, seperti disebutkan di atas tadi, Nova 3i dilengkapi empat kamera. Dua diletakkan di belakang dan dua pada bahagian hadapan. Di belakang, Huawei memasang kamera resolusi 16 MP dan 2 MP yang mampu mengenalpasti 22 kategori scene berbeza. Sementara kamera hadapan pula, adalah 24 MP dan 2 MP dengan kelebihan fungsi a.i.

Buat kaki selfie anda boleh bersorak gembira, kamera depan Nova 3i mampu mengenali 8 scene yang berbeza, memiliki mode HDR Pro backlight, dan tak ketinggalan fungsi Qmoji.

https://senangcite.com/wp-content/uploads/2018/09/huawei-nova-3i-acvid-1.mp4

 

 

Dengan A.i selfie, apabila anda mengambil gambar, A.i selfie akan memasukkan a.i icon dengan  mengenalpasti beberapa scene pada kelajuan nyata yang membuatkan gambar selfie anda menjadi cantik dan wajah yang flawless! Menarik bukan?

Dengan semua ciri-ciri ini, dengan apa yang anda boleh lakukan dengan Huawei Nova 3i, ianya hanya berharga RM1,249 di sini. Huawei Nova 3i adalah telefon pintar mid-range terbaik sepanjang tahun ini.

Sumber: gizmochina.com

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: advhuawei

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved