senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Sikap Lelaki Yang Membuatkan Isteri Memusuhi Suami

leav by leav
March 1, 2017
in Hubungan

Foto ilustrasi

4.3k
SHARES
115
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Asyik bermasam muka dengan pasangan? Kadang suami tak sedar yang perbuatan mereka dibenci oleh si isteri. Kebanyakkan suami selalu menyalahkan isteri apabila isteri kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya.

Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap isterilah yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran. Cuba anda semak kalau ada 15 sikap berikut ini dalam diri, jika ada anda kenalah ubah. Buang terus pun lagi ok…

15 Sikap Dalam Diri Yang Kena Ubah Agar Suami Sentiasa Sayang

1 Suka tunjuk baran

Pantang silap sikit, terus nak maki. Lagi parah, kaki tangan cepat nak tampar atau mencekik leher isteri nak tunjuk dia berkuasa. Kalau dah selalu hadap, wanita akan jadi trauma dan benci dengan lelaki. Tapi ada juga yang sanggup bertahan, terpaksalah berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan!

2 “Semua tak boleh!”

Kontrol sudut yang betul tak apa, ini kalau nak keluar dengan kawan-kawan perempuan sesekali pun kena marah. Kalau cakap elok-elok tak apa. Yang tak adil, kalau dia keluar melepak malam-malam sampai ke pagi, isteri tanya lebih terus dicop ‘queen control’. Aduhaaaiii… tolonglah saling memahami dalam dunia masing-masing. Mungkin cemburu, tapi jangan sampai seksa isteri, ya.

3 Buat salah tak minta maaf

Kalau gaduh, wanita selalu dipersalahkan. Kadang marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri nak tunggu isteri pujuk. Sesekali boleh, tapi jangan sampai perempuan merajuk dan keluar ego dia pula.

ADVERTISEMENT

4 Suka cuci mata

Tak semua tapi ada yang jenis isteri dah cantik, mata masih lagi suka pandang wanita lain. Bayangkan kalau berjalan sebelah dengan anak isteri pun mata sempat ‘cuci mata’ tengok perempuan lain. Eh, ada ke isteri tak kisah bab ini?

5 Cepat mesra dan over

Peramah biar bertempat. Ini ada kes sampai nak tolong hantar ke rumah (dah kahwin), ada lagi pelik yang pantang jumpa wanita cantik terus banyak cakap sampai tak malu minta nombor telefon. Konon nak berkawan. Tak payah nak jadi ‘teman tapi mesra’ sangatlah.

ADVERTISEMENT

6 Tak sensitif perasaan wanita

Wanita kadang suka merajuk, tapi lelaki kenalah tahu pujuk. Mungkin dah lama berumah tangga jadi ada yang buat tak kisah. Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Isteri perlu rasa dirinya disayangi dan dibelai dengan penuh kasih sayang.

BACA JUGA  Kelebihan Menikahi Janda: Kenapa Anda Perlu Pertimbangkan?

7 Lebih pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan perjanjian keluar dengan isteri semata nak menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Ya, ada lelaki terlalu pentingkan kawan-kawan dalam segala hal. Merana juga kalau sampai terabai anak bini.

8 Tidak tahu menghargai

Penat isteri memasak, langsung suami tak sentuh. Haruslah sedih, terus hilang semangat wanita nak bahagiakan lelaki. Cubalah ambil hati wanita sikit, walau tak ikhlas.

9 Cakap tengking atau tinggi suara

Ada suara yang macho sekali pun ,tak payah nak tinggikan suara depan orang ramai. Atau mungkin depan mak ayah isteri. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

Kalau isteri meninggikan suara sikit, mulalah kata isteri dah pandai melawan. Tapi kalau dah selalu sangat suami guna nada tinggi, mana wanita tak buat perangai!

10 Asyik bagi alasan dan tipu

Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama-kelamaan akan membuatkan isteri cepat meluat dan benci. Lelaki akan kerap menipu sekiranya dia ada bermain kayu tiga. Oppss…

11 Selekeh dan tak jaga penampilan

Nabi adalah contoh suami yang selalu kemas dan harum. Ingat bahawa Allah SWT Maha indah dan sangat menyukai keindahan. Jadi jagalah penampilan untuk sebahagian dari keimanan.

12 Malas buat kerja

Minta tolong kemas rumah pun macam-macam alasan si dia guna. Habis kalau dah isteri pun bekerja, janganlah pentingkan diri sangat.

13 Kurang bercakap dan bergurau

Jangan fikir bila dah kahwin, anda tak perlu tanya khabar. Isteri cepat bosan, jadi cubalah caring lebih untuk jaga perasaan dia. Apa salahnya hantar mesej sekali sehari tanya khabar walau sibuk dengan urusan kerja. Sekarang ni lagi canggih, WhatsApp dan Facebook pun boleh. Dan curilah peluang bergurau senda, bukan kena bayar pun.

14 Tidak bertanggungjawab terhadap anak

Semua nak suruh isteri yang buat, cubalah sesekali dekatkan diri dengan anak. Mendidik biarlah bersama, barulah lengkap. Ini biar je isteri dengan anak-anak. Letihlah emosi wanita kalau asyik diarah itu ini.

BACA JUGA  Ramai Suami Tak Mahu Bantu Isteri Takut Digelar Dayus

15 Berat sebelah

Kadang ada kes mentua tak suka menantu, ya bab inilah suami kena lebih peka. Tak bolehlah dengar sebelah pihak saja, peranan suami lebih berat kalau isteri tak ngam dengan Mak. Dengar saja cerita buruk, suami kena semak dan tidak keruhkan keadaan. Banyakkan doa dan mohon pada Allah, bukan hanya tahu salahkan isteri. Ya, isteri kena mengalah dengan Mak, tapi suami kena cari jalan terbaik untuk maniskan hubungan kekeluargaan.

Buat suami yang mempunyai masalah konflik rumahtangga, ketahuilah jangan sampai ada suami mudahnya memukul isteri sehingga membuat isteri menangis. Ya, walaupun ada juga seorang suami yang marah kerana isterinya membuat tuduhan melulu curang dibelakangnya. Suami mengeluarkan kata-kata yang tidak pantas diucapkan.

Hukum Suami Menyakiti Isteri Dalam Islam

Kerana masalah yang mungkin dihadapi suami, isteri menjadi pelampiasan kemarahan dari suami dan akhirnya mendapat perkataan yang kurang baik atau dibentak oleh suami. Hal yang demikian tentunya sangat berlawanan dengan apa yang sudah disampaikan Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kalian, (iaitu) yang paling baik untuk isterinya serta saya iaitu orang yang paling baik diantara kalian pada isteriku. [HR. Tirmidzi].

Perasaan wanita itu sangat lembut dan penuh kasih sayang tentunya akan rasa sakit hati dan patah hati. Untuk itu, setiap suami harusnya berfikir berulangkali jika terniat untuk berbicara dengan nada tinggi pada isteri.

16 Jagalah perasaan isteri

Hati isteri hanya akan rasa terluka tidak hanya di hati namun juga menyebar ke seluruh tubuhnya sehingga semakin lama akan membuat isteri merubah sikapnya menjadi benci, penuh dendam dan hilang perasaan cinta yang dulunya tulus, kini terganti dengan perasaan benci pada suaminya.

17 Renungan untuk suami

Semua lelaki yang sudah menjadi seorang suami harusnya melakukan renungan dan berfikir berulangkali mengenai semua hal yang sudah dilakukan oleh isteri dan juga memikirkan hukum menyakiti hati wanita dalam Islam. Sebagai seorang suami yang bijaksana, suami seharusnya memeluk isteri dan menyayanginya sekaligus selalu bertutur kata yang lembut sehingga menyejukan hati isteri sebab kepedihan tersebut akan terlihat di mata isteri dan menghancurkan hatinya.

BACA JUGA  Bersyukurlah Wahai Suami, Tiada Wanita Yang Dilahirkan Sempurna

18 Doa isteri mustajab

Dari sekian banyak doa, salah satu doa yang mustajabah merupakan doa isteri untuk suaminya. Namun, isteri juga tidak mungkin akan mendoakan suami jika dikasari dan juga dibentak suami. Doa yang dipanjatkan isteri sangatlah berguna untuk meningkatkan kejayaan anda sebagai suami, kebahagiaan dan juga rezeki yang sangat berlimpah.

19 Wanita berasal dari tulang rusuk lelaki

Seorang wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok dan berada dekat dengan hati serta untuk dicintai.

Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk, ia tidak bisa lurus untukmu di atas satu jalan. Bila engkau ingin bernikmat-nikmat dengannya maka engkau bisa bernikmat-nikmat dengannya namun padanya ada kebengkokan. Jika engkau memaksa untuk meluruskannya, engkau akan memecahkannya. Dan pecahnya adalah talaknya.”[HR. Muslim].

Sebenarnya, wanita merupakan makhluk yang kuat dan sanggup untuk menahan pelbagai derita apapun hanya demi suami dan juga keluarganya. Akan tetapi, dalam sekejap akan hilang segala kekuatan yang dimiliki wanita dan tidak apabila tidak merasakan hidup bahagia. Suami hanya akan membuat hati dan perasaannya terluka sekaligus menghancurkan segala jiwa dan raganya.

Inilah yang membuat wanita jadi mudah jatuh sakit yang boleh berhujung dengan tekanan perasaan sebab sudah nyaris habis seluruh kekuatan tubuhnya hilang.

20 Menyakiti Isteri Bererti Menyakiti Anak

Perlu disedari hal tersebut boleh berhujung kepada anak. Dengan perasaan hati yang sakit, tentunya isteri sebagai ibu tidak akan menjaga anak-anaknya dan akhirnya memberi kesan buruk buat perkembangan anak anda sendiri.

Perbuatan suami yang suka menyakiti isteri, hanya mampu menutupkan pintu rezeki suami dan ini juga berlaku sebaliknya dan menjadi ciri-ciri suami durhaka terhadap isteri. Jika suami membahagiakan hati isteri, pintu rezeki akan semakin lebar.

Baik suami atau isteri, jagalah rumah tangga anda dengan susunan dan petua hidup yang teratur. Jangan asyik mengarah, sesekali bagi ruang, beransurlah dan memberi peluang kepada pasangan untuk meluah dan berkongsi masalah.

Ketahuilah lelaki, emosi wanita sangat cepat berubah dan hatinya rapuh. Semua terpulang pada layanan dan kasih sayang anda sebagai suami. In shaa Allah bahagia itu datang…

Source :
Wixsite.com
Tags: suami

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved