senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

8 Sejarah Asal Nama Mata Wang Di Dunia

leav by leav
September 9, 2018
in Tips

Foto ilustrasi - AFP/Tengku Bahar

82
SHARES
92
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Wang adalah medium pertukaran yang mempunyai kisah sejarah yang panjang. Begitu juga dengan namanya. Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa terdapat banyak mata wang dengan nama yang berbeza?

Memetik dari laman leftovercurrency.com, berikut ini aliffchannel.com susulkan sejarah asal beberapa nama mata wang di dunia.

1. Dolar

Foto ilustrasi – Unsplash/Sharon McCutcheon

Dolar adalah salah satu mata wang yang paling terkenal di dunia. Dolar (dollar) adalah kata-kata dan sebutan orang Amerika moden untuk thaler. Dolar pertama kali dicetak secara rasmi pada tahun 1792. Walaupun simbol ($) itu sendiri mungkin merupakan variasi peso atau potongan dari angka lapan.

2. Euro

Foto ilustrasi – starecat.com

Nama euro secara rasmi diterima pakai di Madrid European Council pada tahun 1995. Kata euro dipilih kerana ia jelas merujuk kepada Eropah. Di samping itu, perkataan “euro” adalah sama dalam semua bahasa rasmi Kesatuan Eropah.

3. Pound

Foto ilustrasi – pixabay.com

Nama pound itu sendiri berasal dari bahasa Latin “pondus” yang bermaksud “berat”. Sementara itu, dalam bahasa Inggeris Lama, “paun” adalah satu unit berat yang pada asalnya disamakan dengan berat Rom Purba yang disebut “libra”. Itulah sebabnya simbol mata wang pound adalah “£” yang merujuk kepada huruf “L” pada libra.

4. Riyal

Foto ilustrasi – leftovercurrency.com

Riyal merupakan mata wang dalam Arab Saudi. Asal nama riyal berasal dari bahasa Arab yang bermaksud ‘nyata’. Nama ini digunakan sebagai nama duit syiling perak besar dari Eropah.

5. Ringgit

Foto ilustrasi – AFP/Tengku Bahar

Ringgit atau dikenali sebagai ringgit Malaysia merupakan unit mata wang Malaysia yang secara rasminya digunakan pada tahun 1975. Nama “ringgit” itu sendiri berasal dari duit syiling perak Sepanyol yang digunakan pada zaman purba.

6. Rupee

Foto ilustrasi – jalewa.com

Rupee adalah mata wang yang digunakan di beberapa negara Asia, seperti India, Pakistan dan Nepal. Pada asalnya, dalam bentuk syiling perak pada abad ke-16. Nama Rupee itu sendiri berasal dari bahasa Sansekerta “rüpya”, yang bermaksud “syiling perak”.

ADVERTISEMENT

7. Rupiah

Foto ilustrasi – ANTARA FOTO/Wahyu Putro A

Rupiah berasal dari bahasa “rupiya” yang merujuk kepada bahasa Sanskrit “rupyakam” yang bermaksud perak. Nama rupiah sendiri digunakan kerana pengaruh budaya India yang kuat selama kerajaan Hindu-Budha berkuasa di kepulauan Nusantara beratus-ratus tahun yang lalu.

BACA JUGA  Gen Z dan Milenial, Ini Cara Mudah Nak Kumpul Duit Untuk Masa Depan!

8. Yen

Foto ilustrasi – elsumario.com

Yen adalah mata wang Jepun. Nama yen diambil dari bahasa Cina “yuan” yang bermaksud “sesuatu yang bulat”, “lingkaran” dan “syiling”.

Itulah antara asal usul nama mata wang yang sering kita dengari. Sebenarnya, terdapat banyak lagi nama-nama mata wang yang dipengaruhi oleh bahasa lain.

ADVERTISEMENT
Tags: duitwang

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved