senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Tips

6 Jenis Perempuan Yang Dapat Dilihat Dari Genre Muzik Kegemaran

leav by leav
September 13, 2018
in Tips

Foto ilustrasi - Unsplash.com/juan pablo rodriguez

1.3k
SHARES
575
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Muzik adalah salah satu bentuk hiburan yang sentiasa menemani anda di pelbagai keadaan. Dengan mendengar muzik, anda boleh melepaskan emosi negatif yang anda rasai dan menjadikan diri anda lebih tenang.

Namun demikian, muzik bukan sahaja satu bentuk hiburan untuk pendengar, muzik juga boleh mencerminkan karakter peribadi seseorang. Semak karakter anda berikut ini mengikut genre muzik kegemaran anda.

1. Perempuan yang suka muzik pop kurang kreatif tetapi mempunyai keyakinan yang tinggi

Foto ilustrasi – Unsplash.com/Wenni Zhou

Perempuan yang suka muzik pop biasanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kejujuran dan bekerja keras. Pencinta muzik pop biasanya seorang extrovert yang menikmati muzik mengikut mood mereka. Malangnya, perempuan yang suka muzik pop kerap rasa lebih cemas dan kurang kreatif.

2. Jika anda suka dengar muzik klasik, anda adalah seorang gadis yang kreatif dan pintar

Foto ilustrasi – Unsplash.com/Manuel Nägeli

Reflektif dan kompleks adalah ciri-ciri khas muzik klasik dan juga buat orang-orang yang menikmatinya. Biasanya perempuan yang suka muzik klasik introvert, kreatif, dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Menurut Dr. Notrh, pencinta muzik klasik juga mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi. Ini terbukti dengan skor ujian yang lebih tinggi dari pencinta muzik klasik seperti Beethoven daripada muzik lain seperti pop atau hip-hop.

3. Walaupun muziknya bingit, gadis yang suka lagu heavy metal mempunyai hati nurani yang lembut dan sensitif

Foto ilustrasi – Unsplash.com/Diego Sulivan

Siapa sangka, disebalik muzik keras, gadis yang suka genre muzik heavy metal sebenarnya seorang yang sensitif dan mempunyai hati yang lembut. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Adrian North, pencinta muzik heavy metal mempunyai watak yang sama dengan peminat muzik klasik, hanya rentangan usia mereka biasanya jauh lebih muda.

BACA JUGA  Cara Baik Pulih Masalah Cermin Kereta Yang Retak Tanpa Mengeluarkan Modal Yang Banyak

4. Minat rap dan hip-hop? Anda adalah seorang gadis ekstrovert yang mudah bergaul

Foto ilustrasi – Unsplash.com/bruce mars

Muzik yang bertenaga dengan irama yang menyenangkan menjadikan pencinta muzik hiphop mempunyai watak yang easy going, extroverted, dan mudah untuk bergaul dengan orang lain. Berdasarkan penyelidikan, gadis yang suka muzik rap cenderung bersikap jujur dan akan menyatakan apa yang mereka fikirkan secara terang-terangan.

5. Pencinta muzik folk, jazz dan blues adalah seorang pemikir yang matang

Foto ilustrasi – Unsplash.com/Joseph Pearson

Tidak jauh berbeza dari pencinta muzik klasik, gadis-gadis yang suka jazz, blues, dan genre rakyat biasanya seorang yang reflektif. Mereka cenderung menggunakan muzik untuk melatih minda dan otak supaya mereka menjadi pemikir yang hebat. Peminat genre muzik ini juga terkenal kerana kreatif, pintar, dan sikap yang tenang.

ADVERTISEMENT

6. Perempuan yang suka muzik rock biasanya easy going tetapi kadang-kadang mementingkan diri sendiri

Foto ilustrasi – Unsplash.com/Matthew Kalapuch

Perempuan yang suka mendengar muzik rock, terutamanya rock klasik biasanya bekerja keras dan rasa selesa dengan diri mereka sendiri. Berdasarkan kajian, peminat musik rock lebih mementingkan diri daripada para pencinta genre muzik lain.

Walau bagaimanapun, tidak semua pencinta muzik rock mempunyai watak yang sama. Contohnya pencinta muzik indie rock sebenarnya lebih kreatif dan terbuka untuk pengalaman baru tetapi lebih introvert dengan keyakinan diri yang rendah. Peminat muzik punk pula mempunyai watak yang bertenaga dengan memiliki rasa empati diri yang rendah.

Siapa sangka bahawa muzik di dalam kehidupan seharian anda sebenarnya boleh menunjukkan watak dan keperibadian seseorang. Apakah genre muzik yang anda minati?

ADVERTISEMENT
Tags: muzikperempuan

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved