senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

10 Trend Gaya Rambut Pendek Yang Boleh Membuatkan Perempuan Nampak Lebih Comel

leav by leav
September 13, 2018
in Lifestyle

Foto ilustrasi - Pexels.com/Min An

4.5k
SHARES
1.1k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Cuba anda perhatikan sekeliling anda, semakin ramai wanita kini yang tampil berani dengan memotong rambut panjangnya menjadi pendek. Trend rambut pendek ini disukai oleh wanita kerana wajah akan kelihatan lebih segar sepanjang masa.

Mungkin ada daripada anda pembaca yang sedang membaca, juga tengah merancang untuk menukar gaya rambut menjadi rambut pendek tetapi masih tidak tahu jenis potongan rambut pendek yang mana yang diinginkan? Berikut ini aliffchannel.com kongsikan 6 saranan untuk jenis potongan rambut pendek yang popular kini. Cuba semak berikut ini, siapa yang tahu jika anda akan terinspirasi.

1. Bob lurus

Foto ilustrasi – instagram.com/awkarin

Ini adalah jenis potongan rambut yang paling mudah dan senang disesuaikan dalam setiap gaya dan fesyen. Bagi anda yang hanya mahu mencuba rambut pendek untuk kali pertama, ini adalah yang paling disyorkan! Anda boleh cuba memotong sehingga paras bahu jika anda tidak berani untuk memotongnya sehingga paras telinga.

2. Bob dengan pony

Foto ilustrasi – instagram.com/bclsinclair

Potongan rambut ini adalah sama dengan jenis potongan rambut bob, hanya menambah pony untuk memberikan kesan ‘tajam’, atau manis. Selaras dengan bentuk wajah.

3. Pixie cut

Foto ilustrasi – instagram.com/evacelia

Gaya potongan rambut ini lebih drastik dari jenis potongan rambut bob. Bagi anda yang mahukan perubahan yang ketara, anda boleh mencubanya!

4. Sci-fi bob

Foto ilustrasi – instagram.com/agnezmo

Potongan jenis ini adalah kombinasi bob dan undercut, yang dipanggil sci-fi bob kerana gaya potongannya agak futuristik dan tajam. Berani mencuba gaya rambut yang unik ini?

5. Pendek bergelombang

Foto ilustrasi – instagram.com/kendalljenner

Potongan ini juga sesuai untuk anda yang masih mahu ‘mencuba’ rasanya mempunyai rambut pendek. Bahagian bawah dipotong dengan memberikan kesan bergelombang supaya kelihatan manis.

6. Kerinting pendek

Foto ilustrasi – huanmianmo8.com

Anda yang mempunyai rambut kerinting juga tidak perlu takut untuk mencuba potongan pendek. Potongan rambut ini akan menjadikan gaya anda bergaya dan unik!

ADVERTISEMENT

7. Graduated bob

Foto ilustrasi – instagram.com/SIGATONY

Gaya potongan jenis ini mempunyai bahagian belakang yang lebih pendek daripada bahagian depan. Selalunya juga dikenali sebagai inverted bob. Biasanya pemilik wajah bulat sangat menyukai potongan ini kerana menjadikan wajah kelihatan langsing.

BACA JUGA  Bukan Code Semata, 5 Pekerjaan IT Ini Tidak Perlu Kemahiran Coding

8. Potongan pendek

Foto ilustrasi – Suara.tv

Tidak ramai wanita yang berani memotong gaya yang sama dengan gaya maskulin. Tetapi, potongan rambut ini telah mula digunakan secara meluas oleh fesyenista dan selebriti contohnya seperti Fasha Sandha.

9. Potongan Spike

Foto ilustrasi – Theright hairstyles.com

Sama seperti potongan pendek, spike juga akan membuat anda rasa maskulin. Tetapi, anda akan kelihatan cool dan manis pada masa yang sama.

10. Layer lurus pendek

Foto ilustrasi – Elyana.info

Potongan ini adalah yang paling mudah dan sesuai untuk anda yang mahu kelihatan lebih ‘tenang’.

ADVERTISEMENT

Jadi, adakah anda sudah tahu jenis potongan rambut yang mana anda mahu cuba?

Tags: perempuanrambut

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved