senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Hantaran Kahwin Beg Tangan, Kasut, Jam Sudah Ketinggalan Zaman

leav by leav
September 17, 2018
in Netizen

Foto ilustrasi - Pexels/Ana Paula Lima

6.3k
SHARES
25
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sebut sahaja hantaran perkahwinan, ada beberapa perkara yang terngiang-ngiang di fikiran kita seperti kita semua set persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barangan berjenama.

Memetik penulis buku kewangan, Azizul Azli Ahmad bersumberkan vanillakismis.my, hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah ketinggalan zaman di zaman kini. Dikatakan lagi, pengantin yang masih menyediakan barangan sebegini tidak mengikut arus semasa.

Azizul menitikberatkan hantaran perkahwinan barangan mewah ini adalah barangan kehendak dan sepatutnya, hantaran perkahwinan untuk zaman sekarang barangan yang perlu disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan selepas berkahwin.

Ada 10 perkara yang aliff channel rasakan bermanfaat untuk dikongsikan di sini buat bakal pengantin di luar sana. Jom kita semak berikut ini.

Foto ilustrasi – Pexels/Ana Paula Lima

Gubahan hantaran terkini

Jika kita masih buat hantaran kahwin beg tangan, kasut, kek, jam tangan kita dah ketinggalan zaman.
Ini zaman ahmad maslan, hantaran mesti ikut keperluan.

1. Jika nak buat hantaran, mintak pihak pengantin beli barang keperluan. Bukan barang kehendak.

2. Jam tangan Tag Heuer, beg tangan Gucci, pewanggi CK, kasut LV, hp iphone X itu semua adalah kehendak dik bukan keperluan !

3. Itu semua bukan keperluan dalam berumah tangga, beg tangan gucci bukan boleh bantu masak sedap waktu perut sedang lapar.

ADVERTISEMENT

Beli barang keperluan

4. Mesin basuh, periuk nasik, peti sejuk, seterika baju, tong gas antara keperluan lepas kahwin dik.
5. Tilam Vono atau tilam kawin juga keperluan pengantin, tak ada katil pun tak mengapa. Janji ada tilam dan bantal. Tengah manis nie tidur kat dapur pun tak mengapa.

6. “Takkan nak letak peti sejuk dalam dulang”?. Soalan dari makcik bawang!. Pegilah Seng Heng dan jadikanlah peti sejuk dalam bentuk voucer. Letak gambaq cantik dan pakaikan reben warna warni.

BACA JUGA  "Sedar Tak Sedar Dah 10 Tahun"- So Sweet, Nota Cinta Aeril Zafrel Membuatkan Ramai Memuji

7. “Ishhhh…. Nanti orang gelakkan kita, tak pernah orang buat pun”. Nak bagi orang gelak atau nak hidup bahagia lepas kahwin dik?

8. “Ishhhh… Nanti takdelah gambaq cantik cantik nak upload kat insta”. Hidup kita bukan untuk berkongsi semua benda dengan orang dik, simpan sikit rasa riak tu dalam dalam!

ADVERTISEMENT

9. Zaman ini zaman keperluan, bukan zaman letak buah plastik dalam dulang lagi dik. Kalau nak habiskan duit buat hantaran, sediakan barang keperluan bukan barang yang orang bangga ambil gambar letak dalam instagram.

10. Jangan kata abang tak payung dik, abang nak adik jadi pengantin bijak dan hebat.

Kalau nak hebat lagi, buatlah replika kunci rumah yang dah beli. Tulis ditengah kunci nama pengantin, “u telah berjaya bukakan pintu hati i”. Jadikan hantaran pengantin baru nanti.

Apa yang dikatakan oleh Encik Azizul ada banyak betulnya. Diharapkan selepas ini buat bakal pengantin, kita haruslah bersedia dari segi mental kerana barangan keperluan sememangnya diperlukan selepas kahwin.  Semoga berbahagia till jannah!

Tags: hantarankahwin

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved