senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Random

Remaja Berpotensi Membunuh Diri Bila Kurang Tidur

leav by leav
October 4, 2018
in Random

Foto ilustrasi - Pexels/Min An

111
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Perubahan tingkah laku di kalangan remaja didakwa berisiko untuk membunuh diri kerana kurang tidur.

Para pengkaji menulis di The Journal of the American Medical Association (JAMA) Pediatrics menyebutkan bahawa remaja sekolah yang kurang tidur pada waktu tidur malam meningkatkan peluang bagi dirinya untuk melakukan tingkah laku membahayakan.

“Risiko seperti memandu dalam keadaan mabuk, melakukan aktiviti seksual tidak selamat, berkelakuan agresif, dan menggunakan alkohol, tembakau, dan ubat-ubatan lain,” tulis para penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam jurnal JAMA Pediatrics, memetik laporan CNN, Rabu (3 /10/2018).

Dalam kajian ini, para penyelidik melibatkan peserta remaja yang mempunyai lapan atau lebih jam tidur, dan tujuh jam, enam jam atau kurang dari enam jam. Rupa-rupanya, pasukan penyelidik mendapati hubungan yang kuat antara kekurangan tidur dan suasana hati dan kecederaan diri. Remaja yang tidur kurang dari enam jam setiap malam adalah tiga kali berisiko cuba membunuh diri berbanding remaja yang mempunyai lapan jam atau lebih tidur.

Mereka juga dilaporkan pernah cuba membunuh diri yang menyebabkan memerlukan rawatan.

Foto ilustrasi – Pexels/Pixabay

Hasil kajian berdasarkan data dari Februari 2007 hingga Mei 2015 daripada Survei Perilaku Berisiko Pemuda, kaji selidik yang diasaskan di Amerika ini berkaitan dengan risiko kesihatan di masa muda, dan didapati lebih daripada 70 peratus pelajar sekolah menengah tidak memenuhi cadangan waktu tidur malam selama lapan jam.

“Laporan-laporan sebelumnya telah mendokumentasikan bahawa pelajar sekolah yang waktu tidurnya kurang dari lapan jam itu meningkatkan risiko berkelakuan merugikan,” ungkap Matthew Weaver, pensyarah perubatan di Harvard Medical School dan rakan Epidemiologi di Bahagian Gangguan Tidur dan Gangguan Circadian (jam biologi tubuh) di Hospital Brigham dan Womens.

BACA JUGA  Hari Batik Indonesia: IShowSpeed Pakai Batik Malaysia, Netizen Bergaduh, Tapi Patut Ke?

Akhir kata, disyorkan bahawa ibu bapa memberi perhatian kepada jadual tidur anak remaja mereka. Kerana, ini sangat mempengaruhi kehidupan, aktiviti, perasaan dan tingkah laku mereka.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: kajianremajasekolahtidur

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved