senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Kelebihan Minum Kopi Buat Penglihatan

leav by leav
October 5, 2018
in Kesihatan

Foto ilustrasi - Pexels/Yogendra Singh

82
SHARES
11
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Siapa saja yang tidak suka minum kopi? Kecuali mereka yang mengalami gangguan alergi, hampir semua orang suka minuman ini. Tidak hanya boleh menghilangkan rasa mengantuk, kopi juga disebut-sebut boleh menambah semangat dan membantu kita menumpukan perhatian dengan lebih baik. Tidak hanya itu, minum kopi juga boleh memberi impak kepada visi kita?

Menurut pakar kesihatan Marc Leavey, dari Mercy Medical Center di Baltimore, Amerika Syarikat, minum kopi ternyata dapat memberikan kesan positif bagi penglihatan kita. Kandungan di dalamnya boleh membuat bahagian anak mata sedikit lebih besar. Memang, pembesaran ini tidak akan kelihatan dengan ketara, namun, kita biasanya akan merasakan pandangan akan menjadi lebih jernih. Atas sebab ini, ramai yang merasakan sensasi yang lebih segar selepas minum kopi.

Foto ilustrasi – Pexels/Kaboompics .com

Kebanyakan orang berfikir bahawa kopi boleh memberi tenaga tambahan apabila kita lembap atau lesu. Malah, pada hakikatnya, kopi tidak memberi tenaga sama sekali. Kandungan kafein di dalamnya boleh menyebabkan kita menahan mengantuk lebih baik. Menurut Matteo Franceschetti dari Eight, disebutkan bahawa kafein di dalam kopi mampu menyekat adenosine di dalam otak, sejenis sebatian kimia yang membuat kita rasa mengantuk. Dengan tidak mengantuk, kita pasti akan rasa lebih cergas dan segar untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Minum kopi juga boleh memberikan kesan buruk. Ada orang yang merasakan sensasi jantung berdebar setelah meminumnya. Malah, sesetengahnya mengalami peningkatan asid perut. Selain itu, berdasarkan kajian yang hasilnya diterbitkan dalam jurnal Psychopharmacology, 62 peserta dewasa yang minum kopi selama 7 hari berturut-turut mengalami kesan tidak peka terhadap kesakitan. Walaupun hal ini kelihatan baik, pakar kesihatan menyebutkan bahawa keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kerana kita memperlekehkan adanya gejala kesihatan dan tidak berusaha mengatasinya.

BACA JUGA  Minuman Manis Tingkatkan Risiko Kanser - Kajian
Foto ilustrasi – Pexels/Chevanon Photography

Jadi, bagaimana agar kita tidak mengalami kesan sampingan ini selepas minum kopi? Franceschetti menasihatkan untuk minum hanya satu hingga dua cawan sehari. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa minum kopi sehingga empat cawan boleh memberi manfaat kesihatan, tetapi jumlah ini kadang-kadang berlebihan untuk keadaan kesihatan orang ramai.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: Kopimatapenglihatan

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved