senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Gajet

Produkviti Bermula Dengan Pilihan Bijak, Bateri Siri Mate 20 Huawei Dengan Pengecasan Kelajuan Pantas Dan Tanpa Wayar

leav by leav
January 11, 2019
in Gajet

Huawei

337
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Adakah tahun 2018 adalah tahun yang produktif buat diri anda? Bagi ramai orang, telefon pintar hanya digunakan untuk mengisi masa lapang sahaja. Malangnya, menggunakan peranti teknologi seperti itu boleh membuang masa anda.

Memiliki telefon pintar yang betul sebenarnya boleh meningkatkan tahap produktiviti, malah juga mengubah tabiat buruk anda!

Inovasi Huawei menjadikan mereka yang terunggul pada tahun 2018 ini. Lebih kurang sebulan yang lalu, Huawei telah secara rasmi mengumumkan Huawei Mate 20 Pro yang memberi tumpuan pada kualiti gambar, kestabilan yang lebih tinggi dalam juga prestasi permainan video dan kecekapan kuasa yang lebih tinggi dan banyak lagi.

Hidup lebih bermakna dengan Huawei Mate 20 Pro

Hadir dengan dua warna utama, Emerald Green dan Twilight, reka bentuk nipis dilengkapkan kamera 4 titik di belakang, skrin OLED bersaiz 6.4 inci melengkong resolusi tinggi, malah lebih selesa dan mudah untuk dipegang dan digenggam dengan jari. Ini menjadikan Huawei Mate Pro 20 adalah telefon yang terbaik yang berada di pasaran buat ketika ini.

Yang paling menarik, Huawei Mate 20 Pro hadir dengan pengimbas cap jari di paparan skrin yang menyala apabila diperlukan. Fungsi ini sekaligus memudahkan urusan harian anda, meningkatkan kecekapan dan produktiviti anda ketika melakukan sesuatu!

Bayangkan saja anda perlu menyiapkan urusan tertentu yang memerlukan anda menyiapnya secepat mungkin dan pantas tanpa sebarang masalah, contohnya membalas e-mel, membuat planning di aplikasi planner, membuat nota, atau membuat jemputan dan sekaligus tugasan-tugasan yang lain.

Di sini, keupayaan sebuah telefon mempengaruhi cara penggunaannya dan produktiviti diri anda. Lebih-lebih lagi melibatkan urusan pekerjaan penting setiap hari. Pengurusan masa adalah paling penting buat kita semua bagi memastikan produktiviti kerja.

BACA JUGA  Langkah Berani Huawei: Pelancaran HarmonyOS Next Cabar Apple dan Google
Foto: Huawei

Di penghujung tahun 2018, dengan peranti Huawei Mate 20 Pro, Huawei telah melucutkan sensor monokromnya, yang digunakan untuk kombinasi sensor warna untuk memberikan definisi gambar cantik – Huawei mengatakan, peranti Huawei Mate 20 Pro menggunakan sensor yang lebih besar dan lebih baik menjadikan sensor monokrom menjadi tidak perlu.

ADVERTISEMENT

Di penghujung tahun 2018, tentu ada banyak pesta,reunion atau majlis perjumpaan yang perlu anda hadiri. Sudah tentu, aktiviti mengambil gambar kenang-kenangan adalah aktiviti wajib. Dengan kamera Huawei Mate 20 Pro yang dilengkapkan dengan tiga kamera, gambar yang diambil adalah sangat cantik dengan kombinasi sensor warna dan sensor monokrom.

Foto: Huawei

Hasilnya, gambar yang super-duper cantik dengan tiga lensa kamera utama yang berbeza. Satu kamera 20 megapiksel, 40 megapiksel, dan satu lagi kamera 8 megapiksel.

Foto: Huawei

Pengecasan pantas SuperCharge 2.0 menjimatkan masa dan masa adalah wang ringgit, setuju? Ini membantu anda menjadi lebih produktiviti setiap hari.

ADVERTISEMENT

Jika anda seorang yang jenis mengadap telefon lama setiap hari, sama ada atas urusan kerja, bermain atau lain-lain, hayat bateri biasanya tidak dapat menampung keperluan penggunaan telefon anda. Sebagai contoh, jika anda bekerja sebagai khidmat pelanggan atau jurujual, bateri telefon adalah sangat penting untuk menjalankan panggilan harian.

Inilah pentingnya SuperCharge 2.0, bateri tahan lama 4200 mAh pada Huawei Mate 20 Pro mengecas sampai 70% dalam masa hanya 30 minit sahaja dengan pengecasan 15W, yang paling tercepat di dunia. Peranti Huawei Mate 20 Pro ini juga mempunyai pengecasan tanpa wayar.

Foto: Huawei
Foto: Huawei

Terutama apabila anda dikelilingi oleh rakan-rakan di sekeliling anda yang menggunakan iPhone, ini adalah peluang anda untuk show-off di hadapan mereka! Apabila anda pergi bercuti dengan rakan-rakan dan tinggal di hotel yang sama, ketika tidak cukup kepala charger, pengecas tanpa wayar ini adalah penyelamat!

BACA JUGA  Sesuai Untuk Student Universiti, Laptop Huawei Matebook D Paling Recommended
Foto: Huawei

Buat pengguna Mate 20 Series, anda juga akan menikmati keistimewaan VIP dari rakan VIP Huawei seperti Malaysia Airline, Sheraton Imperial Group, Aerocentric, Plaza Premium Lounge, Auto Bavaria dan sebagainya.

Huawei tidak hanya mengeluarkan model peranti telefon pintar, syarikat itu juga mengeluarkan siri Mate 20 baru dengan laptop Matebook X Pro dan jam tangan Watch GT.

Foto: Huawei

Matebook X Pro sesuai untuk para designers dan gamers

Foto: Huawei

Sudah tentunya anda tidak gemar membawa laptop yang berat ketika keluar berjumpa dengan klien atau untuk berdiskusi, terutamanya apabila tempat berjumpa adalah di dalam gedung membeli-belah yang memaksa anda untuk berjalan kaki dan jauh.

Model laptop Matebook X pro keluaran terbaru Huawei ini yang mempunyai rekaan mutalic Uni-body, sangat nipis (14.6mm) dan ringan (1.33kg). Tidak hanya itu, ia juga dilengkapi sensor pengimbas cap jari dan panel paparan skrin resolusi 3K yang menakjubkan! Guna saja sentuhan jari sebagai shortcut; tak perlu pening kepala lagi.

Skrin berskala besar bernisbah 91% kurang bingkai juga menarik ketika anda menonton filem atau siri tv di waktu santai dengan dilengkapi sistem bunyi Dolby Atmos. Suasana seperti ketika menonton filem di pawagam. Jika anda berehat atau bercuti, anda boleh mengajak kawan-kawan berkumpul untuk menonton bersama-sama.Tak perlu risau, Matebook X Pro memiliki bateri 57.4Wh yang boleh bertahan selama 15 jam waktu penggunaan.

Hadir dalam 2 versi, Matebook X Pro didatangkan dengan keupayaan pemprosesan yang lebih cepat dan lebih kuat. Sememangnya sesuai untuk para designers mahupun gamers. Sesetengah gamers juga adalah streamers yang mempunyai kebiasaan untuk merekodkan gameplay secara live di youtube, twitch. Ini dapat membantu untuk merakamkan video yang lancar dan cantik.

BACA JUGA  Ini Telefon Yang Patut Miliki, Dilengkapkan 4 Kamera A.I Terkini Dengan Selfie Yang Sempurna

Prestasi grafiknya yang menonjol ini berbeza dengan ultrabook yang lainnya yang kebanyakkan bergantung pada grafik UHD620 dari Intel. Sememangnya berpuas hati!

Foto: Huawei

Ia juga mempunyai sensor cap jari pada butang kuasa. Dan seperti biasa, tidak kisah susunan spesifikasinya, ketahanan bateri laptop adalah sangat penting, yang sepatutnya mencukupi untuk penerbangan lintas negara, hari mesyuarat yang panjang atau kelas yang bersambung-sambung untuk pelajar universiti, bukan?

Foto: Huawei

Di samping Mate 20 Pro dan Matebook X Pro, pada siri Mate 20 Huawei juga melancarkan jam smartwatch yang berfokus pada kecergasan menggunakan sistem pengoperasian sendiri, LiteOS yang dinamakan Huawei Watch GT.

Bateri Huawei Watch GT bertahan sehingga 2 minggu

Foto: Huawei

Kehidupan bukan sahaja tentang bekerja secara produktif, mengekalkan gaya hidup aktif yang sihat juga adalah sama penting bagi mengimbangi dan menguruskan tahap tekanan stres. Smartwatch ini tahan lasak kerana reka bentuk bezel seramiknya, diperbuat dengan keluli tahan karat dan salutan DLC dengan paparan skrin AMOLED, ianya sangat dinamik dan langsing.

Foto: Huawei

Dengan jam tangan baru ini sebagai penaman anda, ia dapat mengurus aktiviti harian anda dari status kesihatan, ke keselamatan (GPS) dan juga tidak banyak menghabiskan masa anda untuk pengecasan sehingga penuh.

Akhiri tahun 2018 anda dengan menjadi seorang yang produktif, berikan peluang kepada peranti Huawei untuk anda cuba hari ini, untuk maklumat lanjut, klik pautan berikut ini.

Laman Web/Huawei Online Shop
Facebook/Huawei Malaysia

Tags: huawei

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved