senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

6 Fakta Menarik Tentang Kaum Dayak Di Sarawak

leav by leav
December 2, 2018
in Lifestyle
kaum dayak sarawak

reddit.com

3.4k
SHARES
234
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Adalah sangat tepat jika anda ada perancangan untuk melancong ke Sarawak yang memiliki khazanah alam, adat-resam dan budaya yang pelbagai. Kaum Dayak di Sarawak dikenali dengan orangnya yang sangat peramah. Malah, mereka akan rasa terhina jika ada tetamu yang berkunjung dan tidak dilayan dengan baik.

Namun, sebelum itu pastikan anda mengetahui adat resam suku kaum Dayak berikut ini terlebih dahulu, ya!

1. Kehidupan orang Dayak sangat menghargai keharmonian alam

beritadaily.com

Orang Dayak sangat menghargai keharmonian dengan alam. Malah, mereka juga memiliki kesenian mereka tersendiri, yang sinomim dengan alam persekitaran. Orang Dayak juga tidak suka akan kekerasan. Walaupun begitu, mereka memiliki ketegasan, apalagi jika ketenangan hidup digoda untuk menciptakan aroma perang. Jadi awas, anda tidak seharusnya menyakiti perasaan mereka.

2. Gadis Dayak adalah permata yang berharga

nst.com.my

Permata yang bergemerlapan adalah metafora yang tepat untuk gadis-gadis dari kaum Dayak. Kecantikan mereka tidak boleh diragukan lagi. Bagi mereka, perempuan Dayak bukannya hanya calon isteri yang membuat kerja-kerja rumah. Gadis-gadis Dayak adalah permata berharga yang harus dijaga sebaik-baiknya.

3. Menghargai adat resam, pengunjung tidak boleh sewenang-wenangnya

Eyeem.com

Walaupun di zaman kemodenan, orang Dayak masih sangat menghargai estetika. Malah, kesenian mereka dihiasi dengan ukiran dan rekaan yang indah yang setiap satunya mempunyai makna-makna tersendiri.

4. Mandau bukan hanya senjata, tetapi juga warisan yang sangat berharga dan simbol kepahlawanan

bharian.com.my

Mandau atau juga dipanggil Parang Ilang bukan hanya senjata tetapi mempunyai peranan penting. Objek ini adalah simbol keberanian dan kepahlawanan suku-suku kaum Dayak. Ia juga merupakan aksesori wajib bagi penari lelaki yang dipadankan dengan pakaian tradisional pahlawan, Terabai atau Baju Perisai. Mandau diperlakukan dengan baik dan tidak digunakan sembarangan. Hanya boleh digunakan ketika keadaan mendesak yang mengharuskan pemilik untuk membela diri atau bertarung.

BACA JUGA  Cuba Rekomendasi 2 Deodoran Ini Untuk Putihkan Celah Ketiak Dan Bebas Bau

5. Jangan membalas pemberian mereka dengan wang

douglas-uggah-embas.blogspot.com

Orang Dayak melayan tamu mereka dengan hati yang tulus. Mereka tidak mengharapkan upah atau balasan. Jika anda ingin membalas kebaikan mereka, jangan berikan wang tetapi berilah barangan atau cenderahati tanda kenang-kenangan.

6. Kunjungi ketua masyarakat atau tuai rumah

Astro Awani

Orang Dayak sangat menghargai tetamu mereka. Untuk itu, kita harus memperkenalkan diri kepada tuan rumah. Kunjungi ketua masyarakat atau tuai rumah untuk berkenalan. Setelah itu, jangan hairan jika anda akan disambut dengan pelbagai jamuan. Contohnya, juadah makanan, tarian, dan upacara adat. Jangan ditolak, kerana ini boleh melukai hati tuan rumah.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: dayak

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved