senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

7 Tanda Tanpa Disedari Si Dia Bukan Jodoh Anda Yang Sepadan

leav by leav
December 6, 2018
in Hubungan
bukan jodoh yang sepadan

unsplash/racheldsz

17.2k
SHARES
104
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Jodoh adalah rahsia Tuhan yang pasti akan dinantikan semua oramg. Menjalinkan hubungan adalah satu cara yang boleh dilakukan untuk bertemu dengan pasangan sehati dan sejiwa.

Sekarang, jika anda berada dalam sebuah hubungan, anda akan tertanya-tanya apakah dia sebetulnya jodoh anda atau tidak. Bagi anda yang mungkin ingin tahu, 7 tanda berikut ini tanda dia bukan pasangan jiwa anda.

1. Dia tidak pernah menjemput anda untuk bertemu dengan orang yang terdekat dengannya

bukan jodoh yang sepadan
unsplash/henrihere

Ini adalah satu tanda bahawa pasangan anda tidak bersedia untuk komitmen. Jika ini berlaku, mereka tidak akan menjalani hubungan dengan serius. Mereka juga akan enggan memperkenalkan diri anda kepada orang yang paling dekat dengan mereka, seperti keluarga atau rakan-rakan. Yang mana yang anda mahu pilih? Pasangan yang sudah bersedia untuk berkomitmen ataupun tidak?

2. Ada teman lelaki tetapi rasa seperti orang asing, tiada chemistry di antara kita!

unsplash/veronezcaroline

Tidakkah mungkin boleh menjalinkan hubungan tanpa chemistry? Jika anda rasa gembira setiap kali anda menghabiskan masa bersama dengan pasangan, itu bermakna anda mempunyai chemistry yang baik. Tetapi jika anda merasakan sebaliknya, nampaknya ada masalah dengan hubungan anda berdua.

3. Sering lupa tentang anda, jarang bertanya khabar apabila tidak bertemu

unsplash/pablomerchanm

Bertanya khabar antara sama lain adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan. Orang yang mencintai anda akan memikirkan kewujudan anda. Sekiranya dia tidak bertemu, dia akan bertanya khabar. Sama ada melalui telefon atau menghantar teks mesej. Tetapi bagaimana jika sebaliknya? Ini bermakna dia tidak begitu kisah mengenai kehidupan anda. Bagaimana anda berdua boleh menjadi pasangan?

4. Sering berbohong, sehingga anda mengalami kesukaran membezakan antara kebenaran dan omong kosong

bukan jodoh yang sepadan
unsplash/henrihere

Berbohong adalah salah satu perkara yang dilakukan oleh semua orang. Tetapi bagaimana jika pasangan kerap berbohong? Jika berbohong sekali atau dua kali, masih boleh difahami. Tetapi jika terlalu kerap berbohong itu adalah dusta! Sehingga anda tidak dapat tahu yang mana benar dan yang tidak benar. Sekiranya anda mempunyai pasangan yang suka berbohong, itu bermakna dia tidak boleh dipercayai.

BACA JUGA  Tanda Pasangan Anda Tidak Cinta Dengan Anda Lagi

5. Mengalah memang baik, tetapi jangan secara berterusan

Pexels/Tan Danh

Apabila berhadapan dengan masalah, anda perlu mengalah dengan dirinya. Walaupun anda tahu jika itu salah. Sekiranya anda sentiasa tunduk dan membenarkan kesilapan mereka, mereka akan membiasakan diri dengan melakukan kesalahan yang sama. Dia dengan mudah akan meminta maaf, kemudian mengulangi kesilapan itu lagi.

6. Dia tidak tahu apa-apa tentang anda

bukan jodoh yang sepadan
unsplash/racheldsz

Setiap pasangan sudah pasti memahami antara satu sama lain. Bermula dari ciri-ciri masing-masing kepada tabiat yang sering dilakukan. Tetapi jika pasangan anda tidak memahami apa-apa tentang anda, ini boleh menjadi satu tanda bahawa anda berdua tidak ditakdirkan untuk bersama.

ADVERTISEMENT

7. Tidak mahu berkorban untuk anda

nsplash/rcjphoto

Dalam perhubungan, semua mempunyai kesukaran tersendiri. Apabila anda menghadapi masalah, adakah si dia bertarung dan berkorban untuk anda? atau dia hanya diam dan tidak kisah mengenai diri anda? Jika anda merasakan bahawa hanya anda hanya berjuang, dan si dia pergi sesuka hatinya, lebih baik anda tamatkan sahaja hubungan. Percayalah, anda selayaknya mendapat yang lebih baik!

ADVERTISEMENT
Tags: Cintajodoh

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved