senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Jangan Lepaskan Perempuan Yang Ada Ciri-Ciri Ini

leav by leav
August 2, 2024
in Hubungan
Jangan Lepaskan Perempuan Yang Ada Ciri-Ciri Ini
18.4k
SHARES
316
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dalam mencari calon isteri, jangan hanya fokus pada penampilan fizikal. Walaupun agama adalah yang utama, penting juga untuk mencari pasangan yang pandai menguruskan kewangan.

Jika calon isteri anda mempunyai 7 ciri-ciri ini, cepat-cepatlah masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi jika dibiarkan lama-lama, nanti dia disambar orang lain. Berikut adalah ciri-cirinya:

1 Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang suka menyimpan wang dan tidak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kalau anda ingin membelikan hadiah, dia akan berkata, “Tak payahlah, simpan je duit tu.”. Dia juga bukan jenis yang setiap kali berjumpa asyik meminta hadiah mewah.

2 Tidak Kisah Makan di Kedai Biasa

Jika anda ajak makan di kedai biasa atau warung, dia tidak kisah asalkan makanan sedap. Tidak seperti sesetengah wanita yang hanya mahu makan di restoran mahal.

3 Tidak Segan Naik Kereta Secondhand

Dia tidak kisah dengan jenis kereta yang anda pakai, dan tidak malu dengan keluarga serta kawan-kawannya. Tidak meminta anda tukar kereta setiap kali.

4 Tidak Meminta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi, dia tidak meminta barang mahal seperti beg tangan LV, jam tangan Rolex, atau makeup mahal. Setiap kali keluar bersama, tidak meminta bunga ros atau hadiah yang mahal.

5 Ingin Kenduri Kahwin Sederhana

Dia hanya ingin mengadakan kenduri kahwin yang sederhana dan mampu. Tidak meminta majlis perkahwinan yang mewah sehingga perlu membuat pinjaman peribadi. Hantaran pun tidak meletakkan harga yang tinggi.

6 Tidak Meminta Bercuti Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis yang ingin bercuti sana sini sebelum kahwin untuk mencipta kenangan. Lebih suka mencipta kenangan selepas berkahwin.

ADVERTISEMENT

7 Tidak Kisah Gaji Anda Sedikit

Dia tidak kisah jika gaji anda lebih rendah daripada dia. Jangan berpura-pura dan menerima anda seadanya. Yang penting, anda bertanggungjawab.

BACA JUGA  6 Hadiah Ulangtahun Perkahwinan Membuatkan Suami Lebih Sayang

Manusia tidak sempurna. Jika pasangan anda tiada ciri-ciri di atas, jangan tinggalkan dia. Bimbing dan ajar dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan masing-masing untuk kehidupan yang lebih bahagia.

Jom sama-sama belajar ke arah kebaikan. Pada masa kini, wang bukan segala-galanya, tetapi semua perkara memerlukan wang. Jika anda terus membazir, mungkin kedudukan kewangan masa hadapan anda akan terjejas.

ADVERTISEMENT
Tags: Cintaperempuan

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    118 shares
    Share 47 Tweet 30

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved