senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Games

5 Pilihan Senjata Yang Harus Dimiliki Di PUBG Untuk Dapatkan Chicken Dinner

leav by leav
December 25, 2018
in Games
5.2k
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Ada pelbagai senjata yang tersedia di PUBG Mobile, dan anda bebas memilih mana-mana senjata yang anda mahukan. Anda boleh mendapatkan senjata ini dari loot di beberapa lokasi, dan ada juga senjata tertentu yang hanya dapat diperolehi dari air drop.

Tetapi, untuk terus hidup di PUBG Mobile dan memenangi chicken dinner, sudah tentu anda tidak boleh memilih senjata yang salah. Sekarang ini ada lima senjata hebat yang anda mesti ada dan anda wajib miliki.

1. Karabiner 98 Kurz

youtube.com

Senjata ini dikenali sebagai Kar98k atau K98k, dan merupakan senjata yang sangat popular pada zaman Perang Dunia Ke-2. Senjata ini adalah senjata yang kerap digunakan oleh tentera-tentera Nazi.

Di PUBG Mobile, senjata ini juga salah satu senjata kuat yang terkenal. Kar98k ini termasuk jenis Sniper Riffle, dan biasanya anda boleh menggunakannya di atas bumbung bangunan atau bangunan terbuka.

2. Groza

youtube.com

Senjata ini dari jenis Assault Riffle, dan anda hanya boleh mendapatkannya dari air drop. Groza mempunyai kapasiti peluru sebanyak 500, dan anda boleh menggunakannya untuk menembak musuh semasa berlari. Senjata ini dapat membunuh banyak musuh dengan cepat. Groza adalah senjata yang sesuai untuk anda gunakan di tengah pertempuran yang melibatkan banyak pemain.

3. MK 14 EBR

bluestacks.com

MK 14 EBR (Enchanted Battle Rifle) adalah senjata yang biasa digunakan oleh Angkatan Laut Amerika Syarikat. Senjata ini sesuai untuk menembak musuh pada jarak dekat, atau jarak sederhana. Di samping itu, senjata ini juga mempunyai ketepatan yang tinggi. Dan mempunyai damage yang kuat. Tetapi dalam permainan PUBG, senjata ini termasuk senjata yang sukar dicari, atau dianggap jarang dijumpai. Anda hanya boleh mendapatkan senjata ini melalui air drop. Oleh itu, jika anda mendapati ada air drop, berharaplah agar senjata ini berada di dalamnya.

BACA JUGA  6 Sebab Telefon Huawei Nova 3 Menjadi Pilihan Para Mobile Gamers

4. AKM

youtube.com

AKM ini adalah senjata yang paling dicari, dan digunakan oleh ramai pemain PUBG Mobile. Ini antara senjata yang anda boleh dapati dengan mudah di tempat-tempat yang menyediakan loot. Walaupun mudah dicari, senjata ini mempunyai banyak damage yang tinggi. Ada pemain PUBG yang mendapat chicken dinner menggunakan senjata ini sahaja.

5. AWM

Quora.com

AWM adalah senjata dari jenis Sniper Rifle. Di PUBG Mobile, anda boleh bergantung kepada senjata ini berdepan musuh dengan cepat. AWM mempunyai damage yang sangat berbahaya. Senjata ini sesuai untuk menembak musuh dalam jarak sederhana, dan anda hanya boleh mendapatkan senjata ini dari air drop. Senjata ini membuat bunyi yang cukup besar ketika menembak, dan ini dapat membuat musuh anda tahu kedudukan anda. Oleh itu, apabila anda menggunakan senjata ini, pastikan anda menyasarkan tajam sasaran sebelum menembak.

ADVERTISEMENT

Itulah 5 senjata yang anda harus ada dalam medan pertempuran di PUBG Mobile. Jika anda ingin chicken dinner, ketika anda looting, anda akan mendapat senjata ini. Selamat bertempur!

ADVERTISEMENT
Tags: PUBG Mobile

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved