senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Jangan Cari Yang Sempurna, Jika Yang Sederhana Sudah Cukup Membahagiakan

Nina by Nina
January 8, 2019
in Hubungan

projectturnabout.org

841
SHARES
46
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram
pexels.com

Kita tidak perlu mencari yang sempurna untuk dijadikan pasangan hidup sekiranya yang sederhana sudah cukup untuk membahagiakan kita. Kita harus bersyukur kerana apa sahaja yang kita miliki sekarang akan lebih membahagiakan kita sekiranya kita mengucapkan terima kasih kepadanya.

Terus bersyukur dan tidak perlu mengejar perkara yang tidak pasti terutamanya jika ia kelihatan sempurna tetapi ia belum pasti lagi akan membuat anda bahagia.

1. Jangan Cari Yang Sempurna Kerana Kesempurnaan Mutlak Hanya Milik Allah SWT

Kita tidak sepatutnya memikirkan ingin memiliki pasangan yang sempurna dalam segala hal, sama seperti pemiliknya. Jika kita terus mencari dengan kriteria yang kita inginkan, pastinya kita akan sendirian sepanjang hidup.

Bertenanglah dengan diri sendiri, tidak perlu menjadi hebat dalam mencari pasangan hidup. Kita cuma perlu merasa selesa dengan kehidupan dan agama kita. Itu sudah cukup untuk kita sebagai asas untuk mencintai dia dan membina masa hadapan dengan dia.

2. Kita Melihatnya Biasa Sahaja, Namun Dia Mempunyai Hati Yang Bersih Dan Sikap Yang Sangat Luar Biasa Kepada Kita

Pastinya kita melihatnya hanya biasa dan sederhana. Tetapi setiap kali dengan kita bersama dengannya, kita merasakan kebahagiaan kerana dia mempunyai hati yang begitu besar untuk mengasihi dan mencintai kita.

Dia mempunyai sikap yang boleh membuat kita berasa selesa. Adakah kita masih mahukan orang lain jika kita sudah mempunyai seseorang seperti ini kerana yang kita anggap sempurna itu belum tentu dapat membahagiakan kita seperti yang dia lakukan.

pexels.com


3. Ketika Kita Sibuk Mencari Yang Sempurna Maka Yang Terbaik Akan Hilang

Satu perkara yang perlu kita fahami dalam mencari pasangan jangan hanya fokus pada kelebihan, tetapi pastikan kita dapat menerima kelemahannya kerana sebenarnya, cinta dibina atas dasar penerimaan dan kepercayaan bersama.

BACA JUGA  8 Ciri Bad Boy Yang Menarik Perhatian Gadis

Apabila kita terlalu tertumpu pada mencari yang sempurna ketika itulah kita akan kehilangan seseorang yang terbaik dalam hidup kita. Untuk menjadi yang terbaik seseorang tidak perlu menjadi sempurna dalam segala-galanya kerana orang yang mempunyai banyak kelemahan masih boleh menjadi yang terbaik. Oleh itu, jangan fokus pada kesempurnaan tetapi fokuslah pada yang terbaik.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Tags: cinta agungpasangan sempurna

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved