senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Sains

Tak Usah Dibenci, Ada 4 Fungsi Kehadiran Lipas Di Muka Bumi

leav by leav
January 24, 2019
in Sains

The New York Times

137
SHARES
59
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Siapa yang tidak menjerit apabila mendapati serangga ini tiba-tiba muncul dan terbang tanpa arah? Ini boleh mendatangkan kemarahan dan rasa jijik dengan kehadiran makhluk ini, adakah anda pernah fikirkan apa fungsi mereka di dunia ini?

Janganlah dibenci. Kewujudan mereka sangat penting dan akan membuat anda berfikir dua kali untuk membunuh mereka. Apakah itu? Berikut inilah penjelasannya.

1 Sumber makanan untuk haiwan lain

Pixabay/torstensimon-5039407

Lipas adalah sumber protein dan nutrien penting bagi sesetengah haiwan, seperti katak, burung, dan haiwan lain yang bersifat insektiviti atau pemakan serangga ini. Walaupun tiada kehadiran lipas di muka bumi tidak akan membuat haiwan ini pupus, Srini Kambhampati, seorang profesor dan Ketua Jabatan Biologi Universiti Texas, menjelaskan dalam laporan Live Science bahawa ini masih akan mengurangkan kadar populasi.

Populasi yang menurun ini akan memberi impak kepada pemangsa yang lebih besar yang memakannya. Secara tidak langsung, ketiadaan lipas akan mengganggu rantaian makanan.

2 Lipas mengandungi nitrogen yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan

Pixabay/divotomezove-1979640

Lebih lanjut, Kambhampati menjelaskan bahawa kotoran lipas mengandungi nitrogen yang mereka dapati dari memakan bahan organik yang mereput. Nitrogen ini sangat penting dalam kitaran hidup tumbuh-tumbuhan. Apabila lipas mati, jatuh dan bercampur dengan tanah, tumbuhan menyerap nitrogen yang terkandung di dalamnya.

Kitaran hidup tanaman yang terganggu akan mengganggu kitar hidup haiwan lain yang hidup dari makan tumbuhan. Ketiadaan lipas mempunyai kesan besar terhadap kelangsungan hutan, serta makluk hidup yang mendiaminya.

3 Memberi inspirasi kepada penyelidik untuk membuat teknologi prostetik dan robotik

canadianbusiness.com

Laman The Rainforest Site mengatakan bahawa kaki lipas sangat efisien. Bentuk dan fungsinya telah dikaji oleh penyelidik untuk membangunkan teknologi prostetik dan robotik. Radio awam WNYC melaporkan bahawa beberapa graduan Universiti Pennsylvania menjalankan penyelidikan menggunakan kaki lipas untuk pembangunan teknologi prostetik. Hasil kajian ini pastinya bermanfaat bagi pengguna prostetik di masa hadapan.

BACA JUGA  Mengawal Kehadiran Lipas Di Kediaman Anda

4 Memberi inspirasi untuk mencipta ubat-ubatan antibiotik yang berkesan

Pixabay/jarmoluk-143740

Laman Utne memberitahu bahawa otak lipas mengandungi sembilan molekul antibiotik yang melindungi mereka daripada bakteria berbahaya. Sesetengah kajian mendapati bahawa antibiotik dalam otak lipas adalah sangat berkesan terhadap bakteria E. coli dan bakteria MRSA yang diketahui menyebabkan jangkitan yang teruk dan sukar untuk dirawat.

ADVERTISEMENT

Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu para penyelidik untuk mengembangkan ubat antibiotik yang berkesan terhadap bakteria berbahaya bagi manusia. Manusia yang dijangkiti dengan bakteria berbahaya tertentu dapat pulih dan sembuh dari keadaan mereka.

Tak tersangka, ya? Haiwan yang kita ketahui hanya sebagai perosak mempunyai manfaat dan fungsi tersendiri. Kita tidak boleh meremehkan kewujudan mereka di bumi ini.

ADVERTISEMENT
Tags: lipas

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved