senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Sains

4 Fakta Saintifik Orang Yang Suka Berjaga Lewat Malam Biasanya Orang Yang Lebih Pintar

leav by leav
January 26, 2019
in Sains

stylemagazin.hu

16.5k
SHARES
108
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pernah merasakan lebih mudah untuk berfikir pada waktu malam? Anda mungkin seorang yang bijak! Menurut Psychology Today, orang pintar biasanya lebih suka berjaga di waktu malam (aktif pada waktu malam) berbanding orang yang mempunyai IQ biasa. Dalam satu kajian yang membabitkan golongan muda, ditunjukkan bahawa individu pintar terbukti suka tidur lewat malam pada hari-hari biasa.

Dalam sebuah kajian dari Study Magazine, Satoshi Kanazawa, seorang pakar psikologi di London School of Economics And Political Science, melaporkan bahawa purata IQ dan pola tidur mempunyai hubungan yang rapat. Hubungan ini membuktikan bahawa orang yang menghabiskan purata lebih banyak berjaga pada waktu malam adalah individu yang cerdas.

Kebanyakan orang pada umumnya akan mempunyai corak tidur yang teratur dan mudah, manakala orang yang mempunyai kecerdasan rata-ratanya akan mengalami gangguan tidur jadi memilih untuk berjaga pada waktu malam. Malam masih digunakan untuk melakukan sesuatu aktiviti, menulis sebagai contoh.

Orang berjaga waktu malam biasanya menangkap maklumat sepanjang hari dan memprosesnya pada waktu malam. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang mungkin masih menjadi perdebatan tentang akibat kekurangan tidur yang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Walaupun, ada sisi positif mengapa orang-orang berjaga waktu malam adalah orang yang pintar.

1 Pada waktu siang, seolah-olah fikiran anda tidak boleh memberi tumpuan kepada sesuatu

Unsplash/elizabeth lies

Pada waktu siang, fikiran anda mungkin berada di mana-mana seperti berimaginasi. Malah, waktu siang dalah masa yang paling kreatif yang anda boleh dapatkan. Tetapi pada waktu malam, sisi paling menarik dari anda mula muncul. Waktu malam adalah masa untuk anda mengeluarkan kebolehan anda dan membiarkan diri anda melepaskan ‘topeng’ yang meliputi anda sepanjang hari.

BACA JUGA  Tanda Seseorang Sebenarnya Mempunyai IQ Yang Tinggi

2 Rutin tidak wujud dalam kamus anda, kerana bagi anda kehidupan mesti dinikmati seperti air mengalir

Unsplash/Lena Bell

Berjaga lewat malam akan sentiasa menjadi rutin harian anda. Tidak kira sama ada anda mempunyai pekerjaan ‘9 to 5‘, anda akan tetap berjaga larut malam. Dan itu menjadikan anda orang yang agak memberontak dan dapat menentang tradisi yang ada. Dalam sebuah surat akhbar akademik, “Why The Night Owl Is More Intelligent,” yang diterbitkan dalam jurnal Psychology And Individual Differences, menjelaskan andaian bahawa dalam beberapa waktu ini, orang cenderung bekerja pada waktu siang dan tidur pada waktu malam. Dan tidak lagi mengejutkan bahawa orang yang berjaga sehingga larut malam adalah orang yang dapat mengembangkan tahap pemikiran mereka, tidak dapat mendiamkan diri hanya kerana orang lain memberitahu untuk tidur kerana sudah lewat malam.

3 Seorang yang open-minded

Perkara yang berlaku pada waktu malam, sudah tentu anda tidak boleh mendapatkannya pada siang hari. Malam adalah masa untuk anda membuka fikiran dan waktu untuk para penyair untuk menulis puisi, pemuzik mencipta lagu, dan seniman menemui karya-karya hebat mereka.

Ketika mereka berjaga lewat malam, mereka menemui banyak perkara apabila orang kebanyakan sedang tidur. Mereka ingin mencuba batas mereka dan menerokai kegelapan untuk membawa lebih banyak cahaya pada siang hari.

ADVERTISEMENT

4 Orang yang suka berjaga lewat malam juga seorang yang proaktif

Unsplash/Jp Valery

Peribahasa inggeris mengatakan, The early bird may get the worm, but the night owl gets the whole jar. Apabila morning person mungkin mendapat peluang untuk melihat cacing yang keluar dari lubang menjelang waktu pagi, orang berjaga lewat malam telah melihat cacing masuk ke lubang sebelum awal pagi.

BACA JUGA  Roket Jeff Bezos Dikatakan Mirip Kemaluan, Inilah Sebabnya

Bangun pagi adalah sesuatu yang positif dan proaktif, tetapi berjaga pada waktu malam adalah sama pentingnya. Kerana mereka yang tidur larut malam (walaupun pagi) adalah beberapa langkah di hadapan mereka yang bangun awal. Terdapat beberapa perkara yang hanya boleh diterokai pada waktu malam dan tidak akan diperolehi oleh mereka yang bangun awal, itu adalah idea-idea yang segar dan baru.

Demikian tadi, telah mendedahkan fakta di sebalik orang yang suka berjaga larut malam. Adakah anda salah seorang daripada mereka?

ADVERTISEMENT
Tags: berjaga waktu malampintar

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved