senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Hampir 90% Lelaki Curang Adalah Disebabkan Sukar Mengawal Nafsu

Adenan by Adenan
April 26, 2019
in Hubungan, Lifestyle, Netizen
15.5k
SHARES
84
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Curang memberi maksud tidak setia, tidak jujur, tidak lurus hati, dan mengkhianati hubungan sekaligus memberi impak negatif dari perlakuan ini. Mengupas lebih lanjut masalah curang yang menimpa realiti kehidupan yang melibatkan hubungan insan bernama lelaki dan wanita dari laman maskulin.com.

Berlaku curang atau dicurangi sudah menjadi liku-liku kehidupan. Sama ada mereka dapat mengatasi masalah ini tidak, ramai yang berserah pada takdir kesudahan kecurangan yang berlaku dalam perhubungan tersebut. Bagi individu yang terlibat dengan kes curang, anda tidak terlambat untuk berfikir tentang baik dan buruk perlakuan anda tersebut.

CURANG UNTUK SUKA-SUKA

Banyak kes curang yang kantoi melibatkan pasangan kekasih yang belum lagi berumahtangga atau lebih dikenali cinta monyet. Ia sama saja dengan istilah ‘teman tapi mesra’. Istilah ini selalunya tidak disedari oleh pihak pasangan kerana individu yang sedang memainkan peranan curang tersebut sering menggunakan alasan hanya ‘teman’.

Maka, pasangannya pula mampu berbuat apa-apa dan hanya berdiam diri untuk mengelakkan dari dicop sebagai cemburu buta. Biasanya, pasangan curang sama ada lelaki atau wanita telah pun mempunyai satu hubungan yang serius. Sebagai contoh sudah menjadi kekasih atau tunangan orang.

Akan tetapi mereka ini masih gemar bermain cinta dengan individu yang lain tanpa pengetahuan pasangan mereka. Pernah dengar ayat ini? “Tunang untuk kahwin bro, skandal untuk sedap-sedap” atau “yang itu tak boleh usik, stok laki/bini. Yang lain tak apa”.

Kata-kata orang yang selalu curang

Walaupun ia hanya ayat biasa dalam percakapan harian, ianya membawa niat tersirat untuk situasi curang sebenarnya. Individu yang gemar berlaku curang sering menganggap perlakuan tersebut tiada erti dan tidak mempunyai maksud tertentu menuju kepada sesuatu yang rasmi dalam perhubungan.

BACA JUGA  Hai Jodoh, Harap Awak dan Saya Akan Dipertemukan Tak Lama Lagi

Punca Curang

Foto: allwording.com

1. Masih belum bersedia untuk menjalinkan sesuatu hubungan tetapi kerana telah BERJANJI maka mereka terpaksa mengotakan janji tersebut.

2. Kecanggihan teknologi sekarang mengajar erti curang tanpa disedari pasangan sendiri.

3. Kurangnya ilmu agama di dada. Iaitu tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk terhadap hubungan mereka.

ADVERTISEMENT

4. Terlalu baik kepada individu lain menyebabkan wujud satu kemesraan dalam persahabatan dan akhirnya berakhir dengan cinta. Alasan yang sering diberi sekiranya kantoi adalah ‘tersuka’.

CURANG DALAM PERKAHWINAN

Foto: mariage.com

Banyak juga berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini. Lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga. Ujian yang berat adalah kecurangan bila sudah berumahtangga.

Contohnya, suami/isteri yang mempunyai kekasih gelap di luar rumah. Ianya berlaku tanpa pengetahuan pasangan mereka. Tetapi terdapat juga sebahagian kes pasangan mengetahui bahawa suami/isteri mereka mempunyai skandal tetapi malas untuk menghadapi masalah tersebut.

Terdapat banyak punca curang melibatkan pasangan yang sudah berkahwin. Tetapi kali ini Maskulin kupas tiga puca utama yang sering melanda. Teliti pucanya di bawah.

ADVERTISEMENT

Punca Curang Dalam Rumahtangga

Nafsu Seksual

Tiada kepuasan layanan seksual dari pasangan menyebabkan pasangan kecewa lalu ‘makan luar’ dan mewujudkan kecurangan dalam rumahtangga.Nafsunya gagal dipuaskan oleh pasangan hidup.

Bernafsu besar

Pantang melihat peluang di depan mata lalu digunakan sehabis baik. Walaupun sedar diri sendiri sudahpun mempunyai teman hidup yang halal tetapi mereka masih lagi gemar bermain cinta dengan individu selain pasangan mereka.

Dendam

Makan hati dengan kecurangan pasangan menyebabkan si dia juga mendapatkan individu lain untuk dijadikan skandal. Erti kata lain, pembalasan kecurangan untuk kepuasan hati. Untuk buktikan siapa yang lebih hebat tanpa memikirkan kesan burukyang bakal terjadi pada rumahtangga mereka.

BACA JUGA  20 Tanda Pasangan Anda Curang

Kerjaya

Suami/isteri yang terlalu sibuk menyebabkan pasangan sunyi dan mencari alternatif lain. Pembahagian masa yang tidak betul juga menyebabkan kecurangan. Jika anda bekerja secara berkumpulan melibatkan lelaki dan wanita, elakkan berada terlalu lama di tempat kerja bagi mengelakkan wujudnya faktor curang.

Penyelesaian Untuk Pasangan yang belum berkahwin

Bagi anda yang suka mainkan hati wanita, sebaiknya anda hentikan niat anda itu, jangan kerana ego yang tinggi dan sukakan perhatian, ada hati yang terluka. Belajar untuk setia sebelum berkahwin, jangan nanti perangai buruk itu terbawa-bawa salam alam perkahwinan kelak.

Hargai wanita dan serius dalam menjalinkan hubungan, jangan ikutkan nafsu semata-mata. Tahukah anda, melukakan hati wanita yang benar-benar mencintai anda adalah satu kerugian yang besar. Bukan semua wanita mampu menerima baik dan buruk yang ada pada kita. Jika anda sudah tidak suka, maka berterus terang lah dengan pasangan, jangan memberi seribu harapan dan akhirnya anda tinggalkan begitu sahaja.

Penyelesaian untuk pasangan yang sudah berkahwin

Bila berlakunya kecurangan dalam hubungan suami isteri, sudah pasti isteri yang akan menjadi mangsa cemuhan. Isteri akan dianggap tidak pandai menjaga suami dengan baik.

Sebenarnya mencintai wanita lain setelah memiliki isteri ialah mencintai kerana nafsu semata-mata. Kaji dahulu rasa cinta itu, jika benar anda ingin mengahwini wanita lain kerana tidak mempunyai zuriat, sebaiknya minta izin isteri terlebih dahu agar tidak menjadi duri dalam kehidupan anda kemudian hari.

Sebaiknya sebagai suami isteri, tolak ansur itu sangat penting dan amat digalakkan. Harus menerima baik buruk pasangan dan cuba memahami pasangan. Jangan kerana rasa sayang sudah hilang, begitu mudah anda melepaskan. Jika anda ingin melepaskan, ingatlah ketika payahnya anda hendak mendapatkannya dahulu.

BACA JUGA  5 Kerugian Apabila Menipu Dan Curang Dengan Pasangan

Hasil kajian dari Dr.Satoshi Kanazawa pakar Psikologi Evolusi dari Sekolah Ekonomi & Sains Politik London, mengatakan lelaki yang sudah berumahtangga apabila mereka curang, ia memiliki IQ yang rendah.

Tags: curanglelaki curangnafsu

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved