senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Random

5 Ramalan Jurugambar Perkahwinan Tidak Akan Kekal Lama

Adenan by Adenan
May 30, 2019
in Random
perkahwinan

Foto: Cari

222
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Setiap perkahwinan mesti selalu inginkan kebahagiaan. Namun kebahagiaan kadang-kala susah untuk bertahan lama. Ada petanda perkahwinan itu tidak akan kekal lama apabila di majlis perkahwinan itu berlangsung. Percaya atau tidak?

Manusia tidak mampu meramal apa akan berlaku kepada pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga. Ada yang berakhir dengan bahagia, ada pula yang putus di tengah jalan.

Bagaimanapun, sekumpulan jurugambar profesional yang telah merakam memori pasangan pengantin selama berpuluh-puluh tahun berkongsi pengalaman mereka di forum popular Reedit. 

Menurut mereka, daripada ribuan pelanggan yang menyewa perkhidmatan mereka sebagai jurufoto perkahwinan, ramai telah bercerai dalam tempoh masa yang singkat.

Anehnya, tanda-tanda keretakan telah dapat dihidu oleh indera keenam jurugambar terbabit sejak hari melangsungkan perkahwinan lagi. Menurut mereka, pasangan yang tidak kekal lama mempunyai satu daripada lima ciri berikut:

1 Pengantin Mudah Terganggu Dengan Perkara Kecil

perkahwinan
Foto: rsvp.ie

Contohnya, apabila ada tetamu jemputan yang lambat, baju pengantin tidak muat, mekap tidak berkenan di hati atau, hujan lebat, kemuraman akan muncul di wajah pengantin sepanjang hari. 

Banyak pasangan pengantin tidak dapat mengawal emosi terhadap perkara kecil seperti ini daripada menganggu acara perkahwinan mereka, akhirnya tidak kekal lama. 

2 Pengantin Lebih Memberi Tumpuan Kepada Tetamu Daripada pasangan

perkahwinan
Foto: nbcnews.com

Pengantin lelaki atau perempuan yang terlalu memberikan tumpuan kepada menghiburkan rakan-rakan dan tetamu mereka daripada menikmati saat bahagia mereka berdua. 

ADVERTISEMENT

Ada pengantin yang kerjanya mengambil banyak gambar-gambar dengan kawan lama yang jarang berjumpa sehinggakan gambar dengan pasangan sendiri tidak sebanyak mana. Ini petanda yang menunjukkan pasangan itu tidak akan memberi keutamaan kepada keluarga sendiri kelak.

3 Kejutan Mencalit Kek Ke Muka Pasangan

perkahwinan
Foto: curetonphoto.com

Mungkin secara kebetulan, tetapi kebanyakan jurugambar profesional itu bersetuju bahawa pasangan yang membuat kejutan mencalit kek ke wajah pengantin mereka cenderung untuk bercerai dalam masa terdekat. 

BACA JUGA  "Ali XPDC Ditidurkan, Sekarang 50/50" - Minta Adakan Bacaan Yassin, Kata Isteri

Ramai jurugambar berpendapat wajah adalah tanda kehormatan dan kejutan mencalit kek ke wajah adalah simbol pasangan tidak menghormati maruah suami atau isteri masing-masing.

4 Layanan Kurang Adab Terhadap Keluarga Pasangan Ketika Majlis

perkahwinan
Foto: whatsonweibo.com

Pengantin yang tidak memberi penghormatan kepada keluarga pasangannya menunjukkan ketidak-matangan dalam menguruskan keluarga sendiri di masa depan.  

ADVERTISEMENT

Malah, ada pengantin yang berselisih faham dengan ahli keluarga pasangan sehingga menjejaskan majlis. Menurut para jurugambar tersebut, sekiranya berlaku kes sedemikian, krisis akan merebak dan berpanjangan dan berjangkit kepada keluarga baru mereka.

5 Salah Seorang Pengantin Diam Sepanjang Majlis

perkahwinan
Foto: bm.cari.com.my

Terlihat salah seorang daripada pengantin berdiam diri sepanjang masa, manakala yang seorang lagi bersuara lantang dan terlalu teruja. Menurut beberapa jurugambar, mereka boleh melihat ketidakseimbangan ini ketika mengedit gambar-gambar pengantin di mana hanya seorang yang akan tersenyum sepanjang masa. 

Mungkin pasangan yang diam itu belum bersedia sepenuhnya memiliki keluarga ataupun berkahwin kerana terpaksa. Yang pasti, tanda-tanda ini hanyalah pengamatan jurugambar sahaja.  Petikan dari bm.cari.com.my

Tags: jurugambarperkahwinananramalan

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved