senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Nanoe: Alat Penghawa Dingin Yang Mampu Menyejukkan Ruang Udara Sambil Memastikan Udara Bersih & Segar

leav by leav
August 21, 2019
in Lifestyle, Teknologi
alat penghawa dingin

Foto unsplash.com/bruce mars

0
SHARES
2
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Dari sudut geografi, Malaysia terletak pada garisan khatulistiwa yang mempunyai iklim tropika iaitu panas, hujan dan lembab. Perubahan suhu dan cuaca yang tidak menentu ini membuatkan sesiapa yang tinggal atau berada di Malaysia merasa tidak selesa ditambah pula dengan pencemaran di persekitaran sepanjang masa.

Oleh itu, orang bandar pasti tahu betapa bernilainya udara yang segar. Lebih lagi dengan kehidupan di bandar yang udara telah dicemari dengan asap toksik, habuk dan bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan. Ini belum lagi ditambah dengan pelbagai bau, yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang dilakukan di rumah, seperti bau makanan, haiwan peliharaan atau dari sudut lembap ruang rumah.

Foto Panasonic Malaysia

Udara segar adalah sesuatu yang semua orang inginkan. Ia juga salah satu hadiah berharga yang boleh anda berikan kepada orang sekeliling anda termasuk ahli keluarga anda. Di sepanjang hayat kita, kita akan bernafas sebanyak 18 kilogram udara setiap hari. Jika dikira, jumlah ini akan menjadi saiz bulatan kira-kira 3 meter diameter padu, iaitu 15 kali lebih banyak daripada makanan dan minuman yang kita makan dan minum setiap hari. Ini sudah cukup menunjukkan betapa pentingnya mendapatkan udara segar yang mencukupi.

Udara segar membawa maksud ianya tidak berwarna, tidak berbau dan tidak bertoksik. Semakin bersih udara yang kita hirup, semakin banyak oksigen dan gas yang diterima. Ini bermanfaat untuk proses pembentukan sel dan pembaikan tisu tubuh badan. Baik untuk kesihatan fizikal dan juga mental.

Anda boleh mendapatkan udara yang segar untuk diri sendiri, keluarga serta orang di sekeliling anda dengan cara yang mudah. Dengan inovasi di bawah konsep Quality Air for Life dari Panasonic yang memiliki 3 teknologi canggih untuk menghapuskan dan melindungi kesihatan kita di rumah untuk mengelakkan daripada bau yang tidak diingini dan pencemaran luar yang juga termasuk:

BACA JUGA  Scan ID Pelajar Untuk Masuk Tandas Sekolah Di Perak
Foto Panasonic Malaysia

1 Sistem pengudaraan

Mencegah pencemaran dari luar yang telah memasuki ke ruang udara dengan menyahkan karbon dioksida dari dalam untuk keluar.

2 Sistem penghawa dingin

Mengawal suhu juga kelembapan dan mengelakkan kelembapan.

3 Teknologi nanoe

Teknologi unik dari Panasonic ini membantu melindungi anda daripada habuk kecil (PM2.5), kuman dan kulat di dalam rumah. Teknologi nanoe yang terdapat pada penghawa dingin Panasonic ini akan menghasilkan lebih daripada 3 trilion ion negatif. Untuk menyejukkan udara, ion ini akan melekat pada zarah-zarah debu dan menghalang pertumbuhan bakteria, virus dan kulapuk yang boleh menyebabkan udara menjadi semakin tidak sihat, dan mungkin tidak dapat anda bayangkan.

ADVERTISEMENT
Foto Unsplash.com/Suke Tran

Terutamanya, bau yang tidak menyenangkan yang berasal daripada dalam bilik, haiwan, masakan, rokok dan bau peluh yang sentiasa terperangkap pada pakaian atau perabot yang sukar dinyahkan. Namun, dengan teknologi nanoe Panasonic yang berprestasi tinggi boleh menghilangkan masalah ini dengan baik dan memastikan rumah anda dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk semua orang serta ahli keluarga anda selama 24 jam. Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi nanoe, anda bolehlah melayari web panasonic iaitu: www.panasonic.com/my atau airconditioner.my.panasonic.com/index.html

ADVERTISEMENT
Tags: Panasonicteknologiudara

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved