senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

8 Makanan Paling Berkesan Untuk Kempiskan Perut

leav by leav
July 20, 2019
in Kesihatan
makanan kempiskan perut
24
SHARES
2.4k
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Perut adalah salah satu anggota badan yang paling elastik dan mudah untuk diregangkan. Lemak perut yang terus berkumpul boleh dikatakan menjadi masalah umum bagi ramai orang.

Bukan sahaja perut yang mengganggu penampilan membuat tubuh kelihatan kurang menarik, ia juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit hati berlemak.

Ramai orang mencuba diet untuk kempiskan perut, tetapi ini bukan penyelesaian yang tepat. Cara terbaik untuk mengecilkan perut ialah memilih jenis makanan yang dimakan dan membuat senaman setiap hari.

Berikut ini adalah beberapa jenis makanan untuk mengempiskan perut yang paling berkesan! Mari lihat di bawah ini.

1 Tembikai

Foto rawpixel.com

Tembikai terdiri daripada 91 peratus air. Ini menjadikannya makanan pembuka selera yang baik. Anda akan rasa kenyang dengan cepat tanpa mengambil sejumlah besar kalori.

American Dietetic Association mendedahkan bahawa tembikai adalah makanan yang sempurna untuk mengurangkan lemak pada perut. Selain itu, tembikai juga menjadikan perut anda kenyang lebih lama dan membantu mencegah dehidrasi.

Tembikai mengandungi banyak vitamin B1, B6, dan C, kalium, dan magnesium menjadikannya buah yang baik untuk diet rendah kalori dan lemak.

2 Kacang Badam

Foto pexels.com

Almond mengandungi sejumlah lemak yang sihat yang boleh membantu anda agar tidak makan terlalu banyak. Satu kajian di American Journal of Nutrition Clinical menunjukkan bahawa makan badam dapat menekan rasa kelaparan.

ADVERTISEMENT

Badam mengandungi banyak magnesium yang merupakan komponen penting untuk membina otot. Malah, badam dipercayai mengurangkan risiko penyakit jantung. Di samping itu, badam kurang kalori, jadi tidak akan menambah lemak ke perut anda. Oleh itu, makanan ini sangat sesuai untuk dinikmati sebagai makanan ringan.

3 Saderi

Foto pexels.com

Saderi atau celery adalah salah satu sayuran rendah kalori dan serat. Saderi juga mengandungi kalsium dan vitamin C yang boleh mengurangkan berat badan. Anda yang tidak menyukai saderi dalam salad atau sup, boleh memprosesnya menjadi jus minuman. Jus saderi sangat berguna, terutama sebelum makan tengah hari atau makan malam.

BACA JUGA  [Video] "Kawan Cakap Cam Mayat Bangun" - Netizen, Wanita Ajar Cara Betul Bangun, Elak Sakit Belakang

4 Timun

Foto pexels.com

Timun adalah makanan rendah kalori yang disukai oleh ramai. Setiap 100 gram timun mengandungi kira-kira 96 peratus air dan hanya mempunyai 45 kalori. Makan timun setiap hari adalah satu cara yang sihat dan berkesan untuk menghilangkan racun berbahaya. Timun mengandungi banyak mineral, serat, dan vitamin yang baik untuk sistem pencernaan. Secara tidak langsung, timun baik untuk mengurangkan berat badan.

5 Tomato

Foto pexels.com

Tomato yang masak dan mentah elok untuk dimakan setiap hari. Tomato mengandungi kalori yang kecil, tetapi menyimpan sebatian 9-oxo-ODA. Ini dapat membantu mengurangkan lipid dalam darah dan mengawal lemak perut. Di samping itu, antioksida yang dipanggil lycopene pada tomato juga menyediakan pelbagai faedah tambahan. Sebagai contoh, mengurangkan kedutan, melawan kanser, dan mengurangkan tahap kolesterol.

ADVERTISEMENT

6 Alpukat

Foto pexels.com

Avocado kaya dengan serat yang membantu anda rasa kenyang. Buah ini merupakan sumber asid amino yang dipanggil lecithin yang berguna untuk mengawal berat badan. Alpukat juga mengandungi lemak yang sihat, dapat meningkatkan proses pembakaran lemak perut. Di samping itu, alpukat mempunyai ciri-ciri anti-penuaan, anti-kulat, dan anti-bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan.

7 Epal

Foto pexels.com

Epal mempunyai serat yang banyak, flavonoid, phytosterol, dan beta-karoten, yang akan menjadikan perut rasa kenyang. Berdasarkan kajian di Brazil, seseorang yang makan tiga atau lebih epal setiap hari lebih banyak kehilangan berat badan daripada mereka yang tidak. Sebatian semula jadi dalam epal yang dikenali sebagai pektin berguna untuk penurunan berat badan. Sebenarnya, sebatian ini dapat mengurangkan risiko kanser usus besar.

8 Nanas

Foto pexels.com

Nanas mengandungi enzim bromelain yang mempunyai keupayaan anti-radang. Enzim ini me-metabolisma protein secara langsung berkaitan dengan saiz perut.

Penyelidikan di University of Maryland menunjukkan keupayaan anti-bakteria bromelain membantu melawan bakteria yang menyebabkan cirit-birit. Di samping itu, ia adalah sangat berkesan untuk menyembuhkan gangguan usus. Oleh itu, saiz perut boleh menjadi lebih kecil kerana anda bebas daripada keluhan perut kembung.

BACA JUGA  Adakah Makan Mi Segera Dicampur Nasi Berbahaya? Ini Penjelasannya

Apabila anda bertekad untuk mengecilkan perut anda dengan bersungguh-sungguh bersenam, ditambah dengan cara pemakanan untuk mengecilkan perut di atas, ini dapat membantu anda menghasilkan hasil yang maksima. Lakukan prinsip ini secara konsisten dan sabar, kerana tiada apa-apa dapat diperolehi secara cepat. Gittew! Semoga maju jaya!

Tags: makananperut

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved