senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Gaya Rambut Menarik ‘Glow In The Dark’ – Urban Hair Style

Adenan by Adenan
August 14, 2019
in Lifestyle
96
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Pasti anda sangat teruja bila melihat gaya rambut menarik ‘glow in the dark’ urban hair style. Bagi anda yang mengikuti perkembangan fesyen semasa, pasti sudah cukup pelik dengan pelbagai gaya dan trend rambut termasuklah Galaxy Hair, Rainbow Hair dan Pastel Hair yang diperkenalkan sebelum ini.

Trend rambut terkini yang boleh anda cuba dikenali sebagai Glow In The Dark Hair.

Gaya Rambut Menarik
Foto: Cari.com.my

Sesuai dengan namanya, warna rambut ini akan kelihatan menyala dengan terang semasa anda berada dalam kegelapan.

Dicipta oleh seorang penggaya rambut bernama Guy Tang, gaya rambut ini sebenarnya belum lagi mudah untuk didapati.

Tambahan pula anda tidak boleh melakukan proses untuk mewarnainya sendiri di rumah, tidak seperti pewarna rambut yang biasa.

Gaya Rambut Menarik
Foto: cari.com.my

Hanya profesional sahaja yang boleh melakukannya kerana rambut perlu melalui proses bleaching terlebih dahulu.

Selepas itu baru rambut anda akan diwarnai dengan cat rambut neon. Sedikit ‘highlight‘ dan ‘ombre‘ akan menjadikan rambut semakin menarik perhatian.

Bayangkan sahaja melangkah ke pesta dengan gaya rambut sebegini, pasti anda yang makan menjadi tumpuan utama.

ADVERTISEMENT

Tips Penjagaan Rambut Glowing

Rambut yang diwarnakan biasanya lebih mudah untuk menjadi kering dan rosak. Jadi, anda harus untuk mengikuti beberapa cara untuk merawat rambut agar lebih sihat walaupun rambut anda telah diwarnakan. Berikut adalah lima cara penjagaan rambut berwarna supaya tidak kering dan rosak iaitu:

1. Jaga Kelembapan Rambut

Jika mewarnakan rambut, biasanya anda akan merasakan rambut menjadi lebih kering dari sebelumnya. Penyelesaian daripada masalah ini adalah anda harus rajin merawat rambut supaya dapat mengekalkan kelembapannya. Anda juga boleh menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti minyak zaitun selama 30 minit sebelum syampu rambut.

BACA JUGA  Keselamatan Perbankan Dalam Talian: 10 Langkah Untuk Melindungi Diri Anda

Setelah itu, anda harus menggunakan conditioner setiap kali selesai basuh rambut dan gunakan masker rambut untuk sekali seminggu agar dapat mengekalkan kelembapan rambut. Anda juga wajib membawa conditioner yang boleh digunakan pada bila-bila masa.

2. Kurangkan Hair Styling

Tidak dapat dinafikan lagi selepas anda mewarnakan rambut akan menjadi lebih kering dan rosak. Bagi mengelakkan kerosakan rambut yang lebih teruk, anda harus mengurangkan proses styling rambut seperti rebonding ataupun curling kerana haba yang dihasilkan daripada alat styling ini akan menjadikan rambut berwarna anda akan lebih mudah kering dan rosak.

ADVERTISEMENT

3. Gunakan Syampu Khas

Anda disarankan untuk menggunakan syampu khas kerana rambut berwarna memerlukan rawatan yang istimewa sedangkan syampu biasa tidak memenuhi keperluan rambut yang diwarnakan. Anda juga tidak digalakkan untuk menggunakan syampu anti-kelemumur pada rambut yang telah diwarnakan kerana ia mengandungi bahan-bahan kimia yang agak keras sehingga dapat menjadikan warna lebih cepat pudar dan rambut menjadi lebih kering.

4. Basuh Rambut Dengan Air Sejuk

Gunakanlah shower cap sekiranya anda kerap mandi dengan menggunakan air suam setiap hari supaya rambut anda tidak sering terkena air suam. Hal ini kerana rambut yang sering dibasuh dengan menggunakan air suam akan menyebabkan folikel rambut lebih mudah terbuka sehingga dapat mengurangkan kelembapan rambut anda. Jadi, anda haruslah menggunakan air sejuk setiap kali membasuh rambut.

5. Gunakan Serum

Selepas menggunakan syampu khas dan juga menjaga kelembapan rambut, anda perlu menggunakan serum kerana ia mengandungi banyak vitamin yang baik untuk memulihkan keadaan rambut. Gunakanlah serum ketika rambut anda masih separuh kering agar kandungan serum tersebut masuk ke dalam folikel rambut. bejelita.com

Tags: glowhair

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved