senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Anak Hanya Rapat Dengan Kita Sehingga Dia Berusia 12 Tahun

leav by leav
March 9, 2017
in Netizen
anak perempuan

Foto: Unsplash.com

0
SHARES
15
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Semalam aku mengeteh bersama tiga lagi rakan dari jam 11 hingga jam 1.30 pagi. Macam-macam hal yang kami bincang dan borakkan. Di antara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.

“Anak-anak kita ini, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu, dia mula masuk ke sekolah asrama.

“Makin jauh dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itupun kalau kita tak sibuk,” katanya.

Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberikan idea dan pandangan. Kesimpulannya, kamu semua bersetuju dengan apa yang dia kata.

Benarlah, walaupun anak itu tidak ke asrama sekalipun, dia sudah meningkat remaja. Bila menginjak usia remaja, dia mula ada rahsia, mula ada rasa ingin berteman, mula ingin ruang untuk diri mereka. Biasalah, remaja. Kita pun pernah jadi remaja, kan?

Mereka mula pandai berdikari, tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap, jauh sekali.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. Enam bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi perniagaan yang seterusnya.

anak kedua
Foto: pexels.com

Bila tanpa kerja, seharian dia berada di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah dan melayan apa jua permintaan mereka. Penat, tetapi dia puas. Letih tetapi hubungan dia dengan anak lebih berkualiti dan rapat.

“Agaknya Allah sengaja menguji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.

ADVERTISEMENT

Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar barunya itu. Lebih gah dan besar berbanding perniagaan sebelum ini. Tetapi kali ini dia sudah pandai membahagikan masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu dan kali ini dia ingat.

BACA JUGA  Hindari 7 Ayat Negatif Pada Anak Anda

Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang di masa akan datang.

Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja. Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.

Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa. Harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya. Jangan sehingga anak itu membesar, hanya tinggal kenangannya dengan bibik yang kekal di ingatan. Jangan!

ADVERTISEMENT

Anak itu harta dunia akhirat.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Tags: anak

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved