senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Kanser Boleh Terjadi Dan Berkembang Jika Anda Patah Hati

Adenan by Adenan
September 14, 2019
in Kesihatan, Netizen

Foto: merdeka.com

3.2k
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tahukah anda, sel kanser dalam badan kita boleh berkembang jika seseorang itu mengalami patah hati atau mengalami sesuatu yang negatif? Sudah tentu ya, kerana kebanyakan perubatan Islam juga mengatakan bahawa kanser juga mampu merebak kerana ada masalah jiwa.

Kebanyakkannya, bila orang patah hati sebab ditinggal kekasih atau orang kesayangan, ramai akan ambil mudah dengan beranggapan bahawa orang yang kita tinggalkan akan pandai reda secara perlahan-lahan. Namun, tidak semua orang boleh meneruskan hidup dengan keadaaan yang mengecewakan seperti itu.

Mungkin si dia benar-benar sudah berharap dan kamu mematah hatinya.Tahukah anda, patah hati yang teruk sangat ni boleh menyebabkan masalah jantung dan tingkatkan risiko terkena kanser? 

Patah Hati Boleh Jadi Penyakit

Foto: lifestyle.kompas.com

Menerusi laman The Diagnosa, orang yang patah hati boleh menyebabkan masalah jantung yang dikenali sebagai Sindrom Patah Hati (Broken heart syndrome) ataupun kalau dalam bahasa doktor, dipanggil Takotsubo Syndrome.

Penyakit ini berasal daripada perkataan Jepun yang membawa maksud Perangkap Sotong dan ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Dr Sato mendapati pesakit mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun. 

Nama ini diambil daripada perkataan Jepun yang membawa maksud “Perangkap Sotong” dan perkara ini ditemui oleh Dr Hikaru Sato pada tahun 1991. Pada ketika itu, Dr Sato mendapati pesakit ini mempunyai pembesaran abnormal pada ventrikel kiri jantung. Bentuknya sama seperti perangkap sotong bagi orang Jepun.

Pesakit juga selalunya akan mempunyai simptom yang sama seperti serangan sakit jantung iaitu sakit dada dan sesak nafas. Tetapi apabila penyiasatan telah dibuat, ternyata ia bukan disebabkan serangan sakit jantung.

BACA JUGA  Saluran Darah Otak Pelajar Cemerlang Pecah Sebab Teralu Kuat Belajar, Doktor Ini Selar Kenyataan Netizen

Dan ia boleh berlaku pada semua golongan terutamanya mereka yang mengalami tekanan hidup yang sangat teruk. Tekanan tersebut menyebabkan badan menghasilkan hormon tekanan seperti adrenaline menyebabkan jantung dipam dengan lebih kuat. Hasilnya jantung sebelah kiri membesar disebabkan bahagian kiri jantung mempunyai otot yang lebih besar berbanding bahagian jantung yang lain.

ADVERTISEMENT
kanser
Foto: timeturk.com

Kajian terbaru ini melibat 1600 orang peserta yang mempunyai sejarah Sindrom Patah Hati. Majoriti daripada pesakit tersebut mempunyai peningkatan risiko kanser yang banyak kata Dr Templin yang merupakan salah seorang pengkaji dalam kajian tersebut.

Sindrom Patah hati ini pada mulanya dikaitkan dengan masalah jantung sahaja. Tetapi kajian terbaru mendapati ia boleh meningkatkan risiko kanser pada seseorang jika dia pernah mempunyai sejarah masalah tersebut.

“Sebagai contoh bagi wanita yang berumur dibawah 44 tahun selalunya mempunyai risiko kanser sebanyak 0.4%. Tetapi mereka yang mempunyai sindrom patah hati ini meningkatkan risiko tersebut kepada 8%. Bagi mereka yang berumur 45 -64 tahun pula mempunyai risiko sebanyak 2% untuk menghadapi kanser.. Tetapi dalam masalah ini, ia meningkat pada hampir 22%.”

Mengikut kajian sebelum ini, terdapat pelbagai punca kepada kanser dan salah satunya adalah stress yang melampau. Mungkin kajian ini telah menjadi bukti untuk menguatkan bahawa salah satu punca kepada kanser adalah stress yang terlampau teruk.

ADVERTISEMENT

Kanser yang selalu dihadapi oleh mereka adalah kanser payudara, kanser usus, kanser paru-paru dan juga kanser kulit.

Sindrom Patah Hati bukan sahaja memberi kesan yang buruk kepada jantung. Tetapi ia juga dapat meningkatkan risiko untuk berlakunya kanser. Akhir kata, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Kalau dan hilang ataupun lari, boleh cari yang lain.

Tags: Kanserpatah hati

Popular Minggu Ini

  • Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    Mak Neelofa Pegang Erat Tangan Jefri Nichol?

    4 shares
    Share 2 Tweet 1
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    229 shares
    Share 92 Tweet 57
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    424 shares
    Share 170 Tweet 106
  • 15 Tempat Menarik Di Maran Pahang Untuk Diterokai

    74 shares
    Share 30 Tweet 19
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    142 shares
    Share 57 Tweet 36

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved