senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Tips Ini Pasti Mampu Memikat Lelaki Idaman Anda

Adenan by Adenan
October 20, 2019
in Hubungan

Foto: wanista.com

424
SHARES
86
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Istilah perigi cari timba sememangnya sudah tidak diguna pakai pada zaman kini, jika anda menaruh harapan kepada mana-mana lelaki, berterus terang dan terimalah kata putus dengan hati terbuka, “tidak cuba, tidak tahu” kan?

Tidak menjadi satu kesalahan jika anda yang meluahkan cinta terlebih dahulu kepada si dia, jangan pula nanti menyesal jika melihat si dia bersama dengan orang lain kerana anda tidak pernah usaha untuk memikat hati si dia.

Ini antara cara mencairkan lelaki idaman anda, hanya kepada mereka yang berani sahaja mampu melakukan hal-hal ini;

Foto: caracinta.com

Ambil tahu hobi lelaki tersebut

Untuk memudahkan anda, anda peru tahu hobi lelaki idaman anda.Apa hobi dia ? Jangan sampai segala-gala tentangnya anda ambil tahu pula. Lelaki tidak suka ada orang lain yang mengganggu ketenteramannya. Cukup sekadar hobinya.

Pikatlah lelaki idaman anda dengan hobinya. Cuba sedaya upaya untuk menyukai hobi lelaki tersebut. Namun jangan nampak ‘fake’ atau berpura-pura.

Berikan dia peluang untuk rapatkan diri dia dengan anda

Berikan si lelaki itu peluang untuk merapatkan diri dia dengan anda. Jangan biarkan diri anda selalu hilang dari pandangan si dia. Kita tidak tahu perasaan lelaki tersebut terhadap anda. Dengan memberi peluang kepada dia untuk rapat dengan anda, untung – untung si dia akan memikat anda.

Cetuskan isyarat yang mengelirukan

Berlagak seperti anda suka akan dia tetapi tidak mengatakannya secara terang  – terangan. Ada kala anda tunjukkan pada si lelaki tersebut bahawa anda suka padanya. Ada kalanya anda tunjukkan pada dia bahawa anda tidak berminat padanya. Signal yang bercampur antara suka dan tidak akan menjadikan lelaki tersebut tidak keruan. Perasaan tidak keruan ini memudahkan anda untuk mendapatkannya kerana si dia sememangnya fokus pada anda.

BACA JUGA  Tips Halau Tikus, Salah Satunya Guna Sayur Dari Pasar

Cabar si dia untuk kenal anda.

Jadi seorang yang berbeza dengan perempuan yang dia kenal dan rapat. Jadikan diri anda istimewa di pandangan si dia. Jangan lepaskan dia dari genggaman anda. Sentiasa lakukan perkara yang boleh menarik perhatian si dia. Lelaki percaya akan cinta pandang pertama.

ADVERTISEMENT

Tunjukkan minat padanya

Untuk gunakan teknik ini anda perlu berhati – hati kerana bukan semua lelaki mempunyai ego yang tinggi. Lelaki tidak suka di cabar. Jika anda tunjukkan bulat – bulat pada dia bahawa anda tidak minat akan dia, dia akan rasa tercabar. Ada lelaki akan berhenti mengejar jika anda tidak tunjukkan minat, ada juga lelaki yang mempunyai ego yang besar akan cuba berkali – kali memikat anda bagi membalas cabaran yang anda lancarkan.

Tarik tali dengannya

Pada permulaan perkenalan, anda tolak ajakan si dia untuk keluar bersama. Jangan tolak bulat – bulat kerana ia mungkin akan melukakan hati si dia. Anda tolak dengan memberi alasan yang logik seperti ada kenduri, ada janji kucing sakit dan sebagainya. Tolak baik – baik dengan memberi senyuman yang manis. Ini akan menjadikan si lelaki lebih bermotivasi untuk memikat dan jatuh cinta pada anda.Berdiam diri selepas memberi respon yang baik.

Jika anda suka akan lelaki ini dan ingin memenangi cinta si dia, anda perlu beri respon jika anda di pikat oleh si dia. Selepas itu, anda diamkan diri anda. Jika lelaki tersebut rasa seperti kehilangan diri anda, berikan dia isyarat bahawa anda sukakan dia. Perbuatan ini boleh menguatkan perasaan cinta lelaki itu pada anda.

Kepada wanita yang mempunyai masalah untuk mencari pasangan boleh mencuba tips ini, berkesan atau tidak itu bukan menjadi persoalannya asalkan kita berusaha kerana dimana ada usaha di situ ada jalannya.

ADVERTISEMENT
Tags: Memikat lelaki idamantips

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved