senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Cara Genius Memupuk Minat Membaca Anak-Anak Anda

Adenan by Adenan
October 28, 2019
in Family

Foto: mynewsvipes.com

91
SHARES
5
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Memupuk minat membaca anak-anak bukannya mudah. Bagi sesetengah ibubapa, kebanyakan mereka guna cara paksaan. Betul kan? Memaksa anak membaca kadang kala membuat anak lebih degil untuk membaca. Namun, kita harus mencari jalan untuk memupuk anak-anak suka membaca. Tabiat membaca mampu menambahkan ilmu pengetahuan mereka sedikit demi sedikit.

Ibu bapa mesti peka dengan keperluan anak-anak supaya boleh membaca dengan baik. Justeru, terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh kedua-duanya bagi memastikan kebolehan membaca anak mereka berada di tahap yang sepatutnya.

Memupuk Minat Membaca

Bagaimanapun kehadiran teknologi baharu seperti telefon pintar, tablet dan juga komputer pastinya menyukarkan ibu bapa dalam membantu proses perkembangan pembacaan anak-anak. Hal ini kerana anak-anak yang terdedah kepada peralatan elektronik lazimnya akan mudah hilang fokus serta cepat bosan dengan sesuatu perkara.

Memupuk Minat Membaca
karteldakwah.com

Melalui petikan laman www.hijabnheels.com ada beberapa cara yang bagus untuk menambah minat membaca untuk anak-anak anda.

Zahirkan apa yang dibaca

Berikan buku yang mampu memberikan inspirasi untuk kanak-kanak itu melakukan aktiviti. Selepas itu, bantu mereka untuk merealisasikan apa yang dibaca. Sebagai contoh, jika anak-anak itu membaca buku bergambar mengenai mainan LEGO, dapatkan mainan berkenaan untuk mereka.

Sementara itu, jika anak-anak meminati subjek Sains dan Astronomi, ibu bapa boleh membawa anak mereka ke tempat-tempat seperti Planetarium, Petrosains dan Aquaria.

Raikan penulis 

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Jadinya, kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada penulis-penulis terkenal dengan cara mengadakan satu perayaan di rumah bersempena dengan penulis berkenaan. Sebagai contoh, ibu bapa boleh merancang untuk menyambut tarikh lahir penulis tempatan yang terkenal iaitu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said misalnya.

Pada sambutan tersebut, ibu bapa boleh memperkenalkan karya-karya penulis tersebut kepada anak-anak mereka. Dengan itu, perasaan ingin tahu dalam diri anak-anak tersebut pastinya akan mendorong mereka untuk membaca karya-karya penulis tersebut.

ADVERTISEMENT

Tonton filem yang diadaptasikan daripada buku

Aktiviti membaca buku boleh menjadi sesuatu yang membosankan bagi anak-anak jika ianya tidak diselang-selikan dengan aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu, tambahkan keterujaan anak-anak untuk membaca dengan cara menonton filem yang diadaptasikan daripada buku yang mereka baca.

BACA JUGA  6 Jenis Hiasan Perkahwinan Popular Sepanjang 2018

Terdapat ratusan filem yang diadaptasi daripada buku seperti filem Harry Potter, Alice In Wonderland dan banyak lagi.

Baca sambil memasak

Aktiviti memasak pastinya akan menjadi lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama anak-anak. Tetapi bagaimanakah cara untuk memastikan mereka menjadi pembantu tukang masak yang baik.

Caranya adalah ambil mana-mana buku masakan dan suruh mereka bacakan resepi, bahan-bahan dan juga cara masakan yang perlu dilakukan. Biarkan mereka memilih jenis masakan yang terdapat pada buku tersebut

ADVERTISEMENT

Tubuhkan kelab buku

Bagi menambahkan lagi pengalaman membaca seorang kanak-kanak itu, ibu bapa boleh menubuhkan sebuah kelab buku. Tujuan kelab itu didirikan adalah bagi membolehkan anak-anak berkenaan untuk berkongsi pengalaman membaca bersama ibu bapa dan juga orang lain.

Di samping itu, aktiviti kelab buku juga boleh menambahkan keyakinan untuk anak-anak itu berinteraksi serta berkongsi pandangan mahupun idea dengan orang lain.

Bagi mendapatkan ahli untuk kelab tersebut, sarankan anak mengajak rakan-rakan mereka untuk menyertai kelab tersebut. Ibu bapa juga boleh mengajak rakan-rakan mereka bersama-sama dengan anaknya untuk menyertai kelab berkenaan. Selepas itu, tetapkan tarikh dan tempat yang sesuai bagi mengadakan aktiviti kelab buku.

Hadirkan buku bagi setiap masalah yang dihadapi

Setiap kanak-kanak pastinya akan berhadapan dengan masalah dalam kehidupan harian mereka. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu memandang perkara ini sebagai satu masalah, tetapi sebaliknya peluang untuk menggalakkan anak-anak untuk membaca.

Untuk setiap masalah yang dihadapi oleh anak-anak seperti penjagaan basikal, pemeliharaan haiwan kesayangan mereka dan juga masalah dengan kawan-kawan, ibu bapa boleh menghadiahkan buku yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak mereka. Cara ini berupaya untuk memberikan perspektif kepada anak berkenaan dengan kepentingan buku.

BACA JUGA  Tanda-Tanda Suami Sedang Memikirkan Wanita Lain

Semoga bermanfaat untuk ibubapa bijak. Jom kongsikan kepada ibubapa yang lain.

Tags: anakmembacaminat

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved