senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Kesihatan

Suntikan Pencegahan Kehamilan Pertama Di Dunia Untuk Lelaki Akan Dipasarkan

leav by leav
November 27, 2019
in Kesihatan, Sains
suntikah cegah hamil lelaki

Foto: Unsplash.com

0
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Sekiranya kita bercakap mengenai kaedah mencegah kehamilan, kebanyakannya dikaitkan dengan golongan wanita. Contohnya, pil perancang, suntikan, pemasangan implan dan juga IUD.

Selain daripada kaedah vasektomi atau penggunaan kondom, setakat ini tiada produk atau kaedah kehamilan untuk pencegahan kehamilan yang dibuat untuk golongan lelaki dalam usaha menjarakkan kehamilan isteri.

Walau bagaimanapun, dalam laporan baru-baru ini memetik The Hindustan Times, The Indian Council for Medical Research telah menyediakan alat kontraseptif yang biasa untuk lelaki dengan keberkesanan 97.3% tanpa apa-apa kesan sampingan.

Alat kontraseptif ini disuntik ke bahagian vas deferens, iaitu, tiub mengandungi sperma bersebelahan dengan organ testikal.

Suntikan mengandungi sejenis polimer, Steryene Maleic Anhydride, yang telah dihasilkan sejak tahun 1970-an dalam menghalang pengeluaran sperma.

Menurut laporan, suntikan ini berkesan selama 13 tahun. Tetapi ia dikatakan sesuai dengan fungsinya kerana suntikan ini direka khusus sebagai alternatif kepada pembedahan vasektomi.

Suntikan pertama di dunia untuk lelaki itu dianggarkan mendapat kelulusan dalam masa 6 bulan sebelum dikilangkan, kata VG Somani, Drug Controller General of India.

Walaupun ada lelaki yang merasakan pencegahan untuk kehamilan adalah sesuatu yang ‘mengarut’ atau ‘mustahil’, tetapi jangan terkejut kerana semakin banyak lelaki menunjukkan minat untuk mendapatkannya dengan pelbagai faktor, seperti yang dilaporkan dalam kajian yang dilakukan The Independent.

ADVERTISEMENT

Menurut IFLScience juga, dalam tinjauan pendapat, didapati bahawa hampir 1/3 warga Britain sanggup menggunakan kaedah kontraseptif, di mana tahap ini meningkat kepada 40% di kalangan lelaki berumur 25 sehingga 49 tahun.

Menurut laporan Hindustan Times yang lain, kaedah ini dijangka mendapat perhatian seluruh dunia kerana prosedur itu dikatakan “less invasive” berbanding dengan kaedah vasektomi.

ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Kelebihan Daun Sirih
Tags: hamil

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved