senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Random

Amalkan Gaya Hidup Sihat Dirumah Sementara Anda Disekat

Adenan by Adenan
March 22, 2020
in Random

Foto ilustrasi

0
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Amalkan gaya hidup sihat sementara pergerakkan anda di sekat oleh kerajaan sekarang. Anda harus ikut setiap peraturan yang kerajaan buat untuk anda demi keselamatan masing-masing. Anda juga boleh buat senaman ringan di rumah, dan tak perlu keluar untuk membuat sebarang senaman.

Dirumah, anda boleh buat beberapa senaman seperti berlari setempat, tekat tubi, bangkit tubi dan banyak lagi. Melihat keadaan darurat sekarang, kita harus pastikan kesihatan kita kekal dan berada dalam keadaan optimum. Pastikan anda bersih dan selamat bagi membendung masalah wabak virus Covid-19.

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :

  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:

  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.

Makan Secara Sihat

  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Contoh 1 sajian:

Bijirin, produk bijirin dan ubi
½ cawan nasi (putih atau perang)½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)1½ keping capati½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuranBuah-buahan
½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)½ biji jambu berukuran sederhana1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan kejuIkan, ayam dan daging
1 gelas susu1 cawan dadih1 keping keju1 ketul paha ayam saiz sederhana1 ketul paha ayam saiz sederhana2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok

BACA JUGA  Kebaikkan Buah Manggis Pada Diet Anda

Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

ADVERTISEMENT
  1. Melengahkan-lengah
  2. Minum banyak air
  3. Menarik nafas panjang
  4. Membuat sesuatu
  5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengunyah sesuatu
  7. Membasuh tangan
  8. Mandi dengan kerap
  9. Melakukan senaman regangan
  10. Memohon doa

Klik di sini untuk keterangan selanjutnya..

Lakukan Aktiviti Fizikal

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.

Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Aktiviti fizikal

  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:

ADVERTISEMENT
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
Berjalan kakiAktiviti reganganAktiviti berkebun yang ringanBerjalan lajuBerbasikalBerenangMenariLompat taliAerobikBerlari-lari anakTurun naik tangga

Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.

BACA JUGA  Cinta Lama Kembali Lagi, 4 Alasan Yang Mungkin Terjadi
FFrequency : (Kekerapan)3 – 5 kali seminggu
IIntensity (Effort) : (Kehebatan)Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi semasa menjalankan aktiviti.
TTime : (Masa)Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
TType : (Jenis)Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani Stress

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:

  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

Semoga bermanfaat untuk anda di rumah.

Sumber: https://www.myhealth.gov.my/

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved