senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle Family

Adakah Kongkong Punca Anak Kemurungan?

Adenan by Adenan
June 11, 2024
in Family, Hubungan, Lifestyle
Adakah Kongkong Punca Anak Kemurungan?
0
SHARES
37
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Table of Contents

  • 1. Bagaimana mengongkong anak boleh menyebabkan kemurungan
  • 2. Tanda-tanda kemurungan pada kanak-kanak
  • 3. Kenapa kanak-kanak yang dikongkong memberontak?
  • 4. Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa

Mengongkong atau menyekat kehendak anak-anak merupakan satu isu yang luas. Ada perkara yang boleh diberi kelonggaran, dan ada juga yang perlu disekat. Namun, adakah mengongkong anak itu sebenarnya punca kepada kemurungan anak-anak kita?

Mengongkong anak merujuk kepada tindakan ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengawal atau mengatur segala aspek kehidupan anak mereka, termasuk keputusan kecil yang biasanya boleh dilakukan oleh anak sendiri.

1 Bagaimana mengongkong anak boleh menyebabkan kemurungan

benarkah sekolah online merosakkan kesihatan mental kanak-kanak
Foto ilustrasi – unsplash.com


Memiliki cahaya mata adalah puncak kegembiraan setiap wanita bergelar ibu sehingga setiap detik dilalui bersama si kecil ingin dirakam dan tidak mahu terlepas walaupun sesaat. Ada kalanya, sikap ibu bapa yang terlalu bimbang akan si kecil menyebabkan mereka sentiasa mengawasi pergerakan anak agar tidak jatuh, tercedera atau mengalami apa sahaja ancaman hatta digigit nyamuk.

Sikap sebegitu berlarutan sehingga anak membesar, malah pengawasan yang keterlaluan boleh menyebabkan kanak-kanak berkenaan rimas dan secara tidak langsung boleh menyebabkan si kecil kemurungan.

2 Tanda-tanda kemurungan pada kanak-kanak

rezeki anak takkan terputus
Foto ilustrasi – Unsplash

Tanda-tanda kemurungan pada kanak-kanak boleh termasuk perubahan dalam selera makan atau tidur, kelesuan, kehilangan minat dalam aktiviti yang mereka sukai, kesukaran menumpukan perhatian, dan perubahan tingkah laku seperti menjadi lebih mudah marah atau sedih.

3 Kenapa kanak-kanak yang dikongkong memberontak?

Sebab Kanak-kanak Perlu Minum Banyak Air
Foto ilustrasi – unsplash.com

Memetik laman hijab&heels, menurut Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Zuria Mahmud, kanak-kanak yang terlalu dikongkong akan memberontak apabila mereka besar kelak. “Bagi anak-anak, ibu bapa adalah contoh terbaik dan oleh sebab itulah ibu bapa perlu mewujudkan sikap mesra dengan anak. Semua ibu bapa berniat baik untuk melihat anak membesar dengan selamat sehingga menganggap tindakan sedemikian seperti mengongkong atau terlalu berkeras adalah cara terbaik dalam mendidik anak,” katanya.

BACA JUGA  Move On Dari Putus Cinta: Panduan Lengkap 12 Langkah

Kanak-kanak yang diberi kebebasan untuk meneroka akan membesar menjadi insan berdikari. Kebanyakan pakar kanak-kanak berpendapat ibu bapa perlu memberi sedikit kebebasan untuk anak-anak meneroka sesuatu perkara dengan cara mereka.

ADVERTISEMENT

4 Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa

anak ayah
Foto fathers.com

Misalnya, kebanyakan ibu terlalu bimbang apabila si kecil mula belajar untuk berjalan. Bagi memudahkan si kecil, kebanyakan ibu bapa akan meletakkan anak di dalam alat untuk membantu si kecil berjalan (walker). Ada ibu bapa yang mengikat alat berkenaan pada sesuatu bagi menghalang si kecil bebas bergerak dengan niat baik untuk mengelakkannya daripada kemalangan seperti terlanggar kerusi atau meja.

Sebaliknya, dengan membiarkan si kecil bebas meneroka, si kecil mungkin akan terbabit dalam kemalangan kecil seperti terlanggar bucu meja atau kerusi. Pengalaman itu akan mengajar kanak-kanak berkenaan untuk lebih berhati-hati apabila melalui bucu meja atau kerusi. Malangnya, perbuatan berkenaan tidak membantu si kecil untuk memahami kesilapan yang mungkin berlaku. Biarkan si kecil merangkak untuk mereka belajar meneroka persekitaran.

Cara terbaik adalah ibu bapa hanya mengawasi anak dan pada masa sama memberikan mereka kebebasan untuk meneroka apa sahaja perkara yang mereka ingin lakukan. Jika si kecil merangkak, biarkan sahaja mereka bergerak ke semua arah tapi pastikan mereka tidak mengutip bahan yang ada di lantai dan tidak memasukkannya ke dalam mulut. Begitu juga apabila membawa si kecil ke padang permainan, biarkan mereka lepas bebas, namun tetap mengawasi si kecil supaya tidak berlari jauh dari pandangan mata.

Dengan kebebasan sedemikian, si kecil membesar dengan fahaman ibu bapa membenarkan mereka melakukan apa sahaja, namun ada batasnya dan pada masa sama ibu bapa tetap menyayangi mereka.

ADVERTISEMENT

Popular Minggu Ini

  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    221 shares
    Share 88 Tweet 55

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved