senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Lifestyle

Jika Anda Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Gemuk

Adenan by Adenan
March 26, 2020
in Lifestyle, Netizen

Foto ilustrasi

19.6k
SHARES
250
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tahukah anda bahawa membuka lampu semasa tidur boleh menjadi punca utama anda gemuk? Perkara ini tidak mustahil kerana ianya melibatkan faktor hormon badan berkenaan dengan cahaya lampu.

Salah satu faktor untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah tidur dalam keadaan atau tempat yang gelap. Sekiranya terlalu terdedah kepada cahaya semasa tidur merupakan satu amalan yang tidak sihat.

Umumnya menurut sains, semakin malam dan semakin gelap keadaan di keliling, tubuh kita akan mudah merasa letih dan mengantuk. Ini kerana, semakin meningkat waktu malam , hormon yang dipanggil Melatonin akan terhasil dari kelenjar pineal.

Lampu Punca Gemuk

Hormon Melatonin berfungsi membantu memberi reaksi positif bagi tubuh kita bersedia untuk berehat. Hormon ini juga berfungsi menguatkan daya tahan sistem imunisasi seseorang. 

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, satu kajian di Amerika Syarikat mendapati, individu yang tidur dengan lampu terbuka atau komputer / tv terpasang dikaitkan dengan 

a. peningkatan 5kg berat badan atau lebih

b. peningkatan risiko 10% BMI

c. risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

ADVERTISEMENT

Joan Roberts, seorang pengamal biologi telah menjalankan satu kajian terhadap haiwan mengenai tidur di tempat gelap. Haiwan uji kaji tersebut dibiarkan tidur dalam keadaan lampu terpasang pada waktu malam dan kadar hormon melantoninnya dicatat. Hasil keputusan yang diperolehi menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock’ yang mengawal masa tidur – sedar manusia.

Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan, pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif masih merupakan punca utama obesiti. Jadi sebelum kita membuat keputusan untuk tidur dalam keadaan lampu menyala atau terpasang, ingatlah bahawasanya:

BACA JUGA  7 Tips Fesyen Untuk Lelaki Pendek

1. Hormon melatonin boleh bekerja dengan baik dalam keadaan gelap untuk mengawal kesihatan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser.

2. Keadaan gelap memberi lebih peluang kepada kita untuk tidur nyenyak dan tenang. 

ADVERTISEMENT

3. Sel-sel tubuh kita yang rosak lebih cepat dibaiki oleh tubuh dalam keadaan gelap.

4. Keadaan gelap memberi lebih peluang untuk hilang berat badan dengan lebih mudah

Jangan lupa tutup lampu malam ni! Nanti gemuk~

Tags: lampu terbukatidur

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved