senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Dunia

Peningkatan! AS Kini Potong China Jadi Negara Paling Banyak Kes Positif Di Dunia

Adenan by Adenan
March 27, 2020
in Dunia
0
SHARES
1
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Amerika Syarikat (AS) kini disahkan mempunyai kes jangkitan COVID-19 paling tinggi di dunia dengan mencatatkan lebih daripada 83,500 kes positif.

Merujuk kepada rajah data terkini oleh Johns Hospkins University, AS telah mendahului China  (81,782 kes) dan Itali (80,589 kes).

Malah, jumlah kematian turut merekodkan sebanyak lebih 1,100 pesakit yang terkorban akibat wabak itu.

Situasi dahsyat itu membuatkan presiden, Donald Trump meramalkan bahawa negara itu akan kembali bekerja dengan ‘lebih cepat’, selepas kira-kira 3.3 juta pemberhentian (operasi kerja).Gambar: Google

“Mereka perlu kembali bekerja, negara kita sedang kembali, negara kita ini bergantung kepada mereka dan saya fikir ia akan berlaku dengan begitu pantas.

“Kita akan mengambil bahagian untuk negara kita, kita akan mengambil bahagian yang besar untuk negara kita supaya ia tidak akan jadi lebih serius dan kita boleh lakukannya.

“Ramai orang salah faham apabila saya mengatakan perlu kembali (bekerja), sebaliknya mereka perlu mengamalkan sedaya upaya untuk penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan, tidak berjabat tangan dan semua perkara yang telah kita sebutkan,” katanya di White House pada Khamis.

Memandangkan AS kini sudah mendahului China, Trump turut mengatakan pada wartawan bahawa, “Anda tidak akan tahu berapa jumlah sebenar (kes) di China,”

ADVERTISEMENT

Beliau menjelaskan akan berhubung dengan presiden China, Xi Jinping melalui telefon pada Khamis malam.Peta menunjukkan statistik jangkitan COVID-19 di AS yang tinggi. Gambar: Google

Dalam satu surat kepada gabenor negeri pada Khamis, Trump mengatakan pihaknya merancang untuk melaksanakan garis panduan penjarakan sosial persekutuan yang boleh memberi panduan kepada sesetengah kawasan untuk melonggarkan sekatan.

Trump menulis tentang ‘pertempuran yang panjang’ dan menyebut protokol pengesanan ‘kuat’ mungkin membenarkan beberapa daerah untuk lebih selamat melawan COVID-19.

BACA JUGA  Tak Mengenal Darjat, Ratu Elizabeth II Positif Covid-19

Katanya, garis panduan baharu itu akan mencipta zon risiko rendah, sederhana dan tinggi yang akan membolehkan kerajaan  untuk memberi panduan sama ada untuk mengekalkan atau meningkatkan penjarakan sosial dan sebarang langkah mitigasi yang lain.

ADVERTISEMENT

Bolehkah Trump akan meminta semua rakyatnya kembali bekerja?

Tidak. Pada awal bulan lalu, Trump meletakkan tempoh 15 hari untuk memperlahankan kadar penularan COVID-19 dengan menggesa semua rakyat negaranya untuk mengurangkan skala interaksi awam secara drastik buat masa ini.

Tetapi garis panduan (baharu) itu adalah secara sukarela dan tidak melibatkan semua perintah nasional.Presiden AS, Donald Trump. Gambar: Google

Namun Perlembagaan AS menjelaskan setiap negeri mempunyai kuasa untuk mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam, di mana para sarjana memaksudkan ia adalah berkenaan tanggungjawab gabenor untuk memutuskan waktu bila sekatan wabak itu akan berakhir.

Presiden AS itu telah menggunakan kuasa persekutuan untuk menangani wabak, seperti Akta Bantuan Kecemasan & Bantuan Bencana Stafford yang membenarkan penggunaan dana sebanyak 10 bilion dolar untuk kecemasan negara.

Beliau juga bertindak di bawah Akta Pembuatan Pertahanan yang membenarkannya untuk menggerakkan kilang menghasilkan bekalan perubatan.

Semoga AS mampu menangani dengan membuat solat hajat selepas zohor nanti, inyallah.

Sumber: BBC

Tags: covid-19

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • 16 Tempat Menarik Di Tampin Untuk Diterokai

    116 shares
    Share 46 Tweet 29

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved