senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Hubungan

Tanda-Tanda Awal Rumah Tangga Mulai Retak

leav by leav
March 13, 2017
in Hubungan
tanda rumah tangga retak

Foto: twitter.com

43
SHARES
118
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Kegagalan rumah tangga yang berpunca disebabkan orang ketiga mudah mendapat perhatian warganet. Siapapun mereka, pasti akan rasa bersimpati. Walaupun telah cuba sedaya upaya memulihkan masjid yang dibina namun usaha tidak kesampaian.

Berikut 15 tanda rumah tangga mula retak supaya wanita lain di luar sana ‘aware’ dengan keadaan rumah tangga mereka.

1. Telefon masing-masing menjadi asing sampaikan anda tak tahu pasangan ada nombor telefon yang lain. Terdapat sms yang bernada mesra di dalam inbox telefon pasangan anda. Atau, inbox dan sent items sentiasa kosong walaupun memory card tidak full. Malahan pasangan juga akan memarahi sekiranya anda meneliti telefon bimbit mereka.

2. Pasangan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook, group Whatsapp dan lain-lain lagi. Kekerapan pasangan dengan laman sosial melebihi jumlah kebersamaan anda dengan mereka.

3. Kurangnya komunikasi dua hala dengan pasangan. Kadang-kadang sehingga membawa kepada keengganan untuk berbicara antara satu sama yang lain. Banyak berahsia.

4. Tiada lagi ungkapan kasih sayang atau panggilan mesra seperti sebelum ini. Pasangan juga semakin acuh tak acuh kepada anda. Hubungan intim semakin berkurangan, sebulan mungkin dua, tiga kali.

5. Lebih banyak menghabiskan masa bersama rakan-rakan atau kerja berbanding dengan pasangan. Sikapnya di rumah juga semakin dingin dan kurang mesra. Mahukan kebebasan sendiri.

6. Suka memarahi, memburuk-burukkan dan menjatuhkan air muka pasangan di hadapan orang lain terutamanya pihak keluarga. Pasangan juga tidak mahu mengalah sekiranya berlaku persengketaan. Tiada segan silu menceritakan keburukan pasangan kepada orang luar.

ADVERTISEMENT

7. Gagal menjadi seorang pendengar yang baik! Percaya atau tidak hubungan yang mesra sebenarnya bermula daripada komunikasi yang berkesan di antara kedua-dua belah pihak. Apabila tidak ada pihak yang mahu menjadi pendengar ketika perbincangan, maka di situlah timbulnya bibit-bibit keretakan rumahtangga.

BACA JUGA  Tidak Hanya Sekadar Bercinta, Tanda-Tanda Lelaki Serius Menjalin Hubungan

8. Semakin melupai tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, perkenalan dan hari jadi pasangan. Tambah teruk, pasangan juga semakin berat tulang menghadiah dan memberikan penghargaan kepada kamu.

9. Jarang atau mungkin tidak pernah memberitahu alasan pergi ke mana-mana, mengapa pulang lewat dari pejabat dan sering keluar ‘outstation’. Perasan dia mulai suka lepak hingga lewat malam dengan kawan-kawan?

10. Pertengkaran sering terjadi meski pun ianya cuma disebabkan oleh masalah yang kecil. Ada sahaja kesilapan yang cuba diselongkar oleh pasangan untuk mencetuskan api pergaduhan sehinggakan kedua-dua belah pihak merasa lebih baik ketika tidak bersama.

ADVERTISEMENT

11. Mula merasa lebih senang dengan orang lain. Lebih gemar mengadu masalah dengan orang lain daripada pasangan. Sejujurnya apabila anda merasa lebih tenang bersama orang lain berbanding pasangan, ini bererti rumahtangga anda benar-benar semakin retak.

12. Anda mula mengungkit-ungkit keburukan pasangan. Pasangan tak jaga badan, pasangan tak pandai masak, pasangan mengabaikan, sebenarnya kamu mencari alasan untuk mencari yang lain.

13. Tidak selesa untuk keluar bersama. Jika ingin keluar bersama, cuba mencari tempat-tempat yang tak ramai orang, rahsia dan tersorok. Lebih suka main sms atau telefon daripada berbual bersama. Mahu pulang ke rumah dengan segera.

14. Mula berkeras dengan pasangan, Naik tangan dan maki hamun. Malahan rumahtangga akan semakin retak sekiranya kalian berdua saling melontarkan bahasa yang kasar dan menyakitkan.

15. Dulu sejam berpisah dah rindu, kini asyik panas bila bersama.Sampai tidak boleh tengok muka masing-masing rasa nak marah. Lebih selesa tidur bersendirian atau mengelak daripada berjumpa. Rasa sakit hati kalau tengok wajah pasangan. Sudah tidak mahu berusaha lagi untuk baikkan hubungan. Rasakan lebih baik berpisah dari hidup bersama.

BACA JUGA  Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak Jauh

Semoga dengan perkongsian ini, kedua-dua belah pihak, si suami dan isteri bersama-sama memperbaiki hubungan dan berbincang jika salah satu daripadanya menunjukkan perubahan seperti di atas.

Tags: Cintapasanganrumah tangga

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62
  • SST Dikuatkuasa 1 Julai Ini: Bagaimana Ia Mempengaruhi Harga Barang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved