senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Kita Sebenarnya Tiada Masalah Kewangan, Yang Kita Ada Adalah Masalah Emosi

leav by leav
March 14, 2017
in Netizen

Foto ilustrasi

58
SHARES
39
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

MASALAH EMOSI BAKAL GRADUAN: PEERS PRESSURE

Baru-baru ni saya berkesempatan berkongsi idea & persepsi yang patut bakal graduan bina sebelum mula bekerja.

1 bab ialah tentang pemilikan kereta. Saya katakan jangan limitasikan pemahaman pengangkutan = kereta. Pengangkutan adalah 1 medium yang bawa anda dari poin A ke poin B.

Ianya bukan 1 rukun untuk anda selepas mula kerja, wajib beli kereta. Gunalah pengangkutan yang boleh dengan kemampuan dahulu.

“Ko biar benar mat, kerja engineer, duduk kolumpo, takkan pakai kancil cabuk saja” .. tipikal persepsi negatif masyarakat kita yang ukur kejayaan & kekayaan melalui besi beroda yang bakal buruk dan susut nilai dari semasa ke semasa.

Maka kitapun, atas desakan kawan-kawan, keluarga mahupun jiran-jiran sekampung yang hanya berjumpa setahun sekali selama 5-10 minit, berhutang lah sehingga 7-9 tahun semata-mata hendak memenuhi persepsi mereka. Yang menanggung hutang tiap2 bulan selama 7-9 tahun ialah kita, yang sampai ikat perut pun kita. Ada kawan-kawan, jiran sekampung tu hulur duit bila kita sesak di tengah bulan?

Maka saya berikan idea pada mereka. Kereta yang anda mampu beli tunai tu lah sebenarnya tahap kemampuan anda (dah nk sangat limitasikan pengangkutan = kereta). Sebab apa berhutang? Sebab tak mampu kan.

1 lagi idea saya berikan, beli kereta secara tunai wa imma kancil buruk pun. Sewa kereta mewah dan bawa pulang ke kampung kalau dah tak tahan sangat dengar jiran sekampung perli. Tiap-tiap tahun, tukar kereta sewa lain. “Berjaya sungguh mat ni, tiap2 tahun tukar kereta”. Bukan siapa yang tahu anda bawa kereta apa di KL..hu3

ADVERTISEMENT

Poin di sini ialah kadang-kadang kita sebenarnya tiada masalah kewangan, yang kita ada masalah emosi. Kita banyak buat silap disebabkan faktor emosi berbanding rasional, terutama sekali bila kita kurang ilmu khususnya bab kewangan. Sebab kita hanya ikut tipikal kehidupan biasa-biasa orang lain.

BACA JUGA  Tafsiran Maksud Pemberian Hadiah Dari Kekasih

Living the Malaysian dreams orang kata. Baru 1-2 tahun kerja, nak beli rumah besar atas tanah. Siap perli lagi kawan-kawan yang duduk ‘rumah merpati’. Beli besi beroda yang bakal buruk lebih dari kemampuan sebab nak bergerak dari poin A ke poin B. Alasan famous – nak bagi keselesaan pada anak. Walhal budak tu umur 1-5 tahun bukan dia tau kereta tu besar ke tak. Alahai..emosi.

Bila sesak, sanggup ikat perut diri & keluarga makan ala kadar. Bawa pulang pendapatan, tiap-tiap bulan kira nak bayar pada tuan (bank) dahulu. Bayar duit rumah bulan-bulan, tapi duduk hanya 2-3 jam sebelum tidur. Lepas tu ulang balik semula rutin. Bayar duit kereta bulan-bulan, 8 jam tersadai di tempat parking. Bangla juga dapat selfie dengan kereta kita..haha.

Kalau anda marah dengan status ni, baguslah. Ya Allah, hari ini aku dah sampaikan pesan pada mereka supaya buka mata dan akuilah kesilapan sendiri.

ADVERTISEMENT

Esok-esok bila saya dah tiada, renung-renungkanlah nasihat ini. Peace y’all.

Bukan bermaksud untuk menayalahkan mana-mana pihak, tapi kita sebagai empunya badan tahu mana lebih baik, juga lebih bijak untuk mengurus kewangan diri, tidak salah untuk berbelanja, namun perlu bersesuaian dengan kemampuan.

Sumber: Zulkhairi Bin Zulkifli

Tags: emosikewangan

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved