senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Sedekah RM5: Lelaki Kongsi Pengalaman Diludah Seorang Pelarian Burma

leav by leav
January 4, 2022
in Netizen

Foto ilustrasi: Bharian

0
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Tular di platform media sosial beberapa hari ini, sebuah video yang memaparkan perilaku seorang kanak-kanak dipercayai Rohingya berang dirakam oleh seorang pengguna jalan raya.

Sebahagian daripada warganet menyokong, dengan alasan mereka yang melarikan diri ini tidak diberi peluang yang sewajarnya di Malaysia. Sehingga, komuniti ini terpaksa hidup mengemis.

Kalau aku dapat budak ni memang dia bernasib malang la jawabnya. Sial punya perangai.

Lokasi bukan di bumi Malaysia tapi di Cheras Darul Rohingya 😂😂😂. Rm50 dan rm10 kot budak tu dpat😁 pic.twitter.com/vjrBCCM8T9

— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) January 2, 2022

Tetapi, bagi mereka yang menegur pula, warganet melihat kumpulan pelarian ini bertindak di luar kawalan sejak mereka berada di Malaysia.

Tingkah laku kanak-kanak itu terhadap pengguna jalan raya ini mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia yang menontonnya.

Antaranya, seorang lelaki di twitter bernama Opu Tendriburang Daeng Rilaka telah berkongsi kisah pengalamannya menampar seorang kanak-kanak Myanmar yang kurang ajar yang ditulis di akaun twitternya sendiri. Inilah kisahnya.

“Cerita pasal aku lempang budak pelarian Burma dekat depan Lot10 ini, ada jalan cerita. Aku dapat tempahan dekat tingkat satu Lot10 masa buat Grab. Masa aku parkir motor, ada dua lagi rider Grab yang baru lepas kena paw dengan budak-budak itu.”

“Seorang rider bagi RM2.00. Budak-budak pelarian ini marah-marah. Mintak dekat seorang lagi rider pulak. Bagi yaasin. Rider tu bagi RM5.00. Dia ludah sebab dia nak RM10.00. Lepas itu dia datang dekat aku pulak. Sama jugak. RM5.00 tak mahu, nak RM10.00 juga. Aku cakap tak ada. Dengan aku pula dia ludah.”

“Tengok rider Grab tadi kena ludah aku dah menyirap. Kena dekat diri sendiri. Aku bagi penampar, tak lah kuat. Mereka lari dekat lorong-lorong bukit bintang tu. Aku dengan dua rider lagi pun berboraklah, makin kurang ajar semua. Tak lama selepas itu. Ada seorang gaya abang-abang pelarian datang nak beduk.”

ADVERTISEMENT

“Dua orang dan seperti berumur. Datang dengan cara memang mahu bergaduh. Nasib baik dua lagi rider tadi itu tak lari. Tengok cara mereka jenis garing juga. Kami bertekak depan Lot10. Memang masing-masing dah pegang helmet dah. Masuk sahaja confirm kami hempuk.”

Tolong basmi kegiatan minta sedekah di tengah-tengah jalan macam ni. Peminta sedekah disyaki warga asing (rohingya). Merbahaya kepada pengguna jalan raya. Lokasi fly over lebuh raya DUKE menuju ke Greenwood, Gombak. pic.twitter.com/5LtHJAxoUR

— genki sama (@__hafizhilmi) May 22, 2020

“Tidak lama selepas itu, pengawal keselamatan Lot10 datang. Sagang. Nak gaduh tempat lain, kata pengawal keselematan berbangsa Nepal. Taiko burma tu masa nak balik. Dia siap tunjuk muka kami seorang demi seorang sambil buat isyarat suruh kami beringat kalau jumpa dia lagi. Mereka ingat orang Malaysia ini cap ayam.”

“Sambil tunjuk nombor plat motor kami tiga orang. Tapi alhamdulillah. Tak pernah jumpa dah sampai sekarang. Dah kena tembak mati mungkin. Samseng sangat dekat tempat orang. Aku ini bukan jenis bergaduh punya orang. Sebab aku bukan fighter, apa lagi lah gangster.”

“Tapi cara mereka dah melampau. Siapa sahaja tak marah. Lagi nak kesiankan migran juga manusia. Sampai budak-budak dah tahap kurang ajar. Sampai cara dah mengugut,” katanya dalam ciapan yang kini sudah dikongsi lebih dari 2,500 kali.

ADVERTISEMENT

Dia faham bahawa penyokong hak asasi manusia mahukan peluang yang lebih baik untuk kumpulan yang melarikan diri. Tetapi baginya, dia tidak dapat menafikan bahawa sebahagian daripada kumpulan pelarian ini bertindak di luar kawalan dan kurang ajar.

Cerita pasal aku lempang budak pelarian burma dekat depan lot10 tu. Ada jalan cerita dia. Aku dapat order dekat tingkat 1 lot10 masa on grab. Aku park lah motor. Masa aku park motor tu ada dua lagi rider grab yang baru lepas kena paw dengan bebudak tu.

— Opu Tendriburang Daeng Rilaka (@rudyakhbar_) January 3, 2022

“Mereka [kumpulan yang mempertahankan pelarian] ini tahu tak pelarian Rohingya, Uyghur dekat Ampang, pelarian perang arab kebanyakannya kurang ajar dekat negara Malaysia. Pelarian ini dah macam ada kumpulan kongsi gelap mereka sendiri. Jangan persoal kenapa tak bagi mereka kerja, sebab tu mengemis.”

BACA JUGA  “Tak Boleh Ni, Alergik. Nanti Bengkak Bibir” - Tengku Hassanal Tolak Makan Daging Kerbau

“Persoalannya kenapa dibenarkan masuk, kalau masuk cara haram, kenapa tak dibendung habis-habis. Rakyat sendiri masih ramai susah menderita,sibuk angkut puak-puak ini masuk.”

“Yang mana rasa dekat Twitter ini ramai pengikut. Tolong jangan bersetuju dengan ciapan aku. Sebab boleh tahan ramai jugak pejuang migran juga manusia. Dan boleh jadi ada yang sokong anda setiap masa. Jangan kena cancel sebab setuju dengan ciapan aku.”

“Daripada kesiankan Rohingya. Lebih baik tolong Gurkha. Baca sejarah Rohingya. Kemudian baca sejarah Gurkha pulak. Arwah atuk aku cakap masa terima pingat dari Queen Elizabeth masa dia dalam servis RAMD dulu, ramai jugak Gurkha dapat pingat. Baik tolong Gurkha ada untung,” katanya.

Tags: pelarianpengalamansedekah

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved