senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Netizen

Duit Simpanan Hampir RM300,000 Dimakan Serangga Dalam Tin Milo

leav by leav
January 5, 2022
in Netizen, Tips
1
SHARES
105
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Telah tular di platform media sosial beberapa buah video memaparkan ratusan wang kertas rosak teruk dipercayai dimakan serangga.

Duit simpanan itu berjumlah hampir RM300,000 dimakan serangga di dalam tin Milo. Menurut sumber, wang itu dimiliki seorang wanita emas yang menyimpannya di dalam tin Milo tersebut.

Setelah sekian lama menyimpannya di dalam tin, warga emas itu mahu membukanya kerana mahu mengira jumlah wang yang ada tetapi malangnya kebanyakan wang kertas itu sudah rosak.

“Ada berpuluh-puluh ikat wang kertas RM100 yang setiap satunya bernilai RM10,000 dalam tin tersebut.”

“Dianggarkan jumlah keseluruhan wang tersebut hampir mencecah RM300,000,” katanya.

Menerusi hantaran video yang dikongsi itu lagi, jelas menunjukkan beberapa keping wang kertas bernilai RM100 rosak angkara serangga berkenaan yang hidup dan membiak di dalam tin tersebut.

Sementara itu, warganet memberi cadangan agar wang tersebut dibawa ke BNM untuk ditukar kepada wang yang baharu namun ada sebahagiannya yang sudah rosak sepenuhnya.

Bukan semua duit rosak hilang nilainya, ini tips cara tukar duit rosak di BNM

Jika wang anda rosak, ramai yang memilih untuk menyimpan sahaja dan akhirnya mungkin semakin rosak. Adakah anda tahu bahawa tidak semua wang yang rosak hilang nilainya?

ADVERTISEMENT

Ramai di antara kita beranggapan wang yang rosak hanya boleh ditukar di Bank Negara Malaysia (BNM). Kita sebenarnya boleh menukar wang yang rosak di bank perdagangan (Maybank, CIMB, RHB dan lain-lain) selain daripada BNM.

Namun begitu, ada juga kes wang kertas rosak teruk seperti terbelah dua, hangus teruk dan tidak nampak denominasi wang, lebih baik kita merujuk kepada BNM.

‘Corresponding Currency‘ ialah wang kertas atau bil yang memenuhi kriteria dan piawaian kualiti untuk dipelihara dalam pekeliling.

BACA JUGA  5 Perbezaan Orang Kaya Dan Orang Miskin Ketika Menggunakan Duit

Wang kertas atau duit syiling tulen Malaysia dianggap tidak sesuai untuk edaran asal sekiranya mempunyai salah satu kriteria ‘wang rosak’ yang telah ditetapkan BNM.

ADVERTISEMENT

Berikut pula kriteria dan penilaian wang kertas rosak, bersumberkan dari petikan di Penang News Group.

Kriteria untuk “Wang Kertas Rosak”:

1 Kotor / Lusuh

Kotoran umum atau ketulan pada permukaan wang kertas.

2 Lembik

Lipatan berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada struktur atau tekstur nota.

3 Renyuk

Lipatan rawak berganda ke atas keseluruhan wang kertas. Pengecutan menyebabkan keadaan visual wang kertas itu merosot (termasuk Wang Polimer). Pengecutan wang polimer berlaku kerana terlalu terdedah kepada haba.

4 Contengan

Wang kertas yang mempunyai perkataan, tanda, simbol, lukisan yang dilukis malah ditulis pada permukaan wang kertas dengan sengaja.

5 Warna Pudar

Perubahan warna sebahagian atau semua permukaan seolah-olah telah dibasuh atau terdedah kepada bahan kimia.

6 Koyak

Wang kertas koyak dalam sebarang saiz atau mana-mana hala yang melebihi saiz 5mm pada mana-mana bahagian wang kertas.

7 Berlubang

Wang kertas mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang yang saiznya melebihi 5mm (lubang dawai kokot dan lubang jarum boleh diterima).

8 Diubahsuai

Bahagian wang kertas yang sama dicantumkan semula menggunakan pita pelekat atau gam.

9 Lipatan pada bucu

Lipatan bucu yang kekal dan tidak boleh diterbalikkan, yang menyebabkan panjang atau lebar wang kertas berkurang/melebihi daripada 5mm.

10 Dibakar / Dimakan oleh anai-anai

Kerosakan yang disebabkan oleh pembakaran atau menggigit pada mana-mana bahagian yang melebihi saiz 5mm.

11 Cantuman wang kertas

Wang kertas yang sama yang dipisahkan kepada beberapa bahagian dan hanya beberapa bahagian sahaja yang dicantumkan; atau sebahagian daripada wang kertas berbeza yang dicantumkan.

12 Tiada ciri keselamatan

Satu atau lebih ciri keselamatan pada wang kertas didapati hilang atau rosak apabila diperiksa secara manual (secara visual).

BACA JUGA  Parut Di Dada Datuk Azizulhasni: Simbol Keberanian Yang Tidak Ternilai

Penilaian untuk nilai muka (denominasi) duit Rosak:

Wang Kertas Cacat

Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya.

Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.

Terdapat tiga kategori nilai penebusan bagi wang kertas cacat seperti yang berikut :
(i) Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;

(ii) Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau;

(iii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal.

Wang Kertas Rosak

Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja.

(i)Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil.

(ii) Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis).

Duit Syiling Cacat

Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling itu memenuhi syarat-syarat berikut:
• Duit syiling tulen
• Rupa bentuknya dapat dikenalpasti
• Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus

BACA JUGA  Berat Gadis Ini 110Kg Turun Kepada 66Kg, Makan 6 Kali Sehari

13 Kes-kes yang meragukan

Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada BNM untuk penilaian.

Wang Bagaimanakah sesuai untuk digunakan di dalam edaran?

Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria berikut:

• Tulen dan bukan palsu
• Tidak berlubang, koyak, bertampal atau hilang beberapa bahagian daripadanya
• Bersih secara keseluruhannya dan tidak terlalu kotor
• Warna yang tidak luntur, terutamanya pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
• Tidak berconteng

Duit syiling Malaysia dianggap sesuai untuk edaran semula apabila memenuhi semua kriteria berikut:

• Tulen dan bukan palsu
• Tidak kotor atau berubah warna (akibat tindak balas kimia, terbakar, kotoran atau terlalu lama dalam edaran)
• Tidak cacat (contohnya berlubang, kemek, dipotong atau hilang sebahagiannya)
• Tidak ganjil

Tags: duitwang

Popular Minggu Ini

  • tempat menarik di manjung perak terkini

    15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    406 shares
    Share 162 Tweet 102
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    132 shares
    Share 53 Tweet 33
  • Apa Maksud Huruf M Pada Telapak Tangan?

    121 shares
    Share 116 Tweet 2
  • 15 Tempat Menarik Di Bachok Kelantan Yang Terbaik

    222 shares
    Share 89 Tweet 56
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    249 shares
    Share 100 Tweet 62

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved