senangcite.
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan
No Result
View All Result
Senang Cite
No Result
View All Result
Home Teknologi Gajet

Apple Mungkin Lancar iPhone Boleh Lipat Tahun Depan Dengan Harga Ramalan RM6,300

leav by leav
January 11, 2022
in Gajet

Sumber foto: Appleinsider.com

0
SHARES
0
VIEWS
Kongsi Di FacebookKongsi Di WhatsAppKongsi Di Telegram

Khabar angin kewujudan telefon skrin lipat Apple kembali bertiup kencang dan terkini, peranti yang didakwa sedang dibangunkan oleh Apple itu akan mempunyai ciri yang sama dengan telefon lipat Android Galaxy Z Flip keluaran Samsung.

Maklumat ini diperkukuh dengan kenyataan tweet oleh @dylandkt.

1/3 For those who are curious about a foldable iPhone, Apple is definitely working and testing multiple prototypes that contain foldable displays. Too many compromises still exist with foldable display technology though.

— Dylan (@dylandkt) January 6, 2022

Untuk pengetahuan, selain Samsung dengan Galaxy Z Flip, hampir kesemua pengeluar telefon pintar dari China kini juga turut melancarkan telefon skrin lipat dan yang terbaru, model Huawei P50 Pocket.

Selain memastikan teknologi ini lebih matang, Apple juga ingin melihat sejauh mana trend pasaran peranti skrin boleh lipat ini mampu bertahan kerana beberapa peranti yang hangat diwar-warkan sebelum ini tidak lagi berada di pasaran sekarang.

Mereka juga tidak mahu iPhone ketinggalan dari segi teknologi jika konsep ini digunakan pada produknya.

Seperti reka bentuk tanpa takuk dan skrin penuh, mereka mahu memastikan mana-mana ciri atau teknologi baharu yang digunakan pada iPhone adalah futuristik dan relevan, bukan sekadar trend.

Penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo juga berpendapat model ini hanya akan dikeluarkan seawal 2023 sekiranya Apple dapat menyelesaikan isu berkaitan teknologi ini dan mungkin akan dijual pada harga sekitar AS$1500 (~RM6,300) atau lebih tinggi. Demikian memetik Apple Insider.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
BACA JUGA  Tiada 'Notch' Pada iPhone 12 Kelak
Tags: Applegajetiphone

Popular Minggu Ini

  • Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    Bil Elektrik Melambung? Ini Trick Korang Kena Guna Pakai

    59 shares
    Share 24 Tweet 15
  • 15 Tempat Menarik Di Manjung Perak Yang Mesti Singgah

    415 shares
    Share 166 Tweet 104
  • 15 Tempat Menarik Di Jeli Kelantan Mesti Datang

    254 shares
    Share 102 Tweet 64
  • 17 Tempat Menarik Untuk Team Building Di Selangor & KL

    138 shares
    Share 55 Tweet 35
  • Teman Malaysia: Servis Bawa Warga Tua ke Hospital, Jaga di Rumah dan Berjalan-jalan

    1 shares
    Share 0 Tweet 0

senangcite. ialah saluran berita santai yang menyampaikan isu bisnes, ekonomi dan kewangan dalam cara yang mudah faham dan kelakar. Disasarkan kepada Gen Z dan profesional muda, ia menjadikan berita berat terasa macam cerita — penuh dengan jenaka, budaya pop dan sketsa yang relatable.


A part of CMV. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Val Media Sdn Bhd (201801039139 / 1301170-H). All Rights Reserved

  • Dasar Privasi
  • Pengiklanan / Advertise
  • Kewangan
  • Teknologi
  • Travel
  • Lifestyle
  • Islamik
  • Pengiklanan

A part of Involve Media Network. We may earn a commission for purchases made through our links

Copyright © Involve Media Sdn Bhd (1301170-H). All Rights Reserved